25 Ogos 2012, 11.40 am
Entri kali ni takde kaitan langsung dengan Latihan Industri - sebab tengah cuti seminggu beraya.
Ingat tak ni siapa? Jawapannya ada kat bawah. Sila terus membaca. ;) |
18 Jun 2012, Sabtu
nc: Mama, nak kunci kereta. Nak bawak Avanza.
Mama dengan abang pandang saya balik. Saya sengih.
Mama: Nak pergi mana?
nc: Reverse kereta je.
Avanza biru metalllic tu parking depan pelita. Malam nanti budak-budak tu nak main bunga api.
Mama plan nak beraya terus kat Kampung Bukit Kapar. Kami berlima tidur kat kampung.
Takde la jauh sangat dari rumah lama. Boleh je mengulang pergi pagi balik petang.
Tapi sebab nak buat orang tua happy, kami pun setuju je tidur sana.
Plan nak reverse kereta tiba-tiba bertukar jadi lawatan sambil belajar ke UiTM Puncak Alam.
(Puncak Alam dengan Kapar tersangtlah dekat)
First time la drive Avanza ni kat jalan besar.
Seronok jugak memandu ni. Especially 70 km/h kat selekoh. Lepas tu kena marah dengan abang. Haha.
Malam tu buka tomyam. Masak untuk 11 orang macam buat kenduri kahwin. Banyak gila isi seafood nya.
Dan tunggu pengumuman raya kat TV1. Esok raya!
Kalau banding tahun lepas, tahun ni la paling banyak buat ibadah tambahan.
Terisi jugaklah Ramadan kali ni. Dan Ramadan dah pun meninggalkan kita.
Rasa syahdu sangat.
Kalau tahun lepas boleh menangis sampai tiga harkat je.
Tahun ni lapan harkat la.
***********
19 Ogos 2012, Ahad
Pagi ni bangun subuh
macam biasa. Mama masak lauk-lauk raya macam tahun lepas, except for saya tak
sentuh langsung makanan tu. Tak tahu kenapa. Terlebih kenyang kot. Malam tadi
dah bantai 2 balang kuih kat rumah tamu kat rumah nenek kot. Balang dah kosong sebelum pagi Syawal.
Kami pergi surau seawal
8 pagi dengan pak cik yang duduk tak jauh dari rumah nenek. Katanya parking cepat
penuh. Kami tiba di surau dan ikut bertakbir bertentangan dengan mimbar.
This is my family.
Mama, abang, adik and
another adik.
Me? You won’t find my face in this blog. Heh.
Me? You won’t find my face in this blog. Heh.
Sebelah pagi kami ada kat Kampung Bukit Kapar.
Tengah hari sikit gerak ke Klang Utama.
Tapi tak ambik gambar.
Petang kat Banting. Rumah Mak Long. Juga rumah pusaka arwah Opah.
And my Opah is Chinese.
(Ibu kepada arwah Abah)
Malam, balik rumah lama. Sleep.
20 Ogos 2012, Isnin
Hari tu dah belajar merempit kat jalan.
Hari ni praktis lagi, tapi kat padang Pandamaran je la.
Balik Kapar.
Kat rumah kakak Mama nombor 4.
Rumah kakak Mama nombor 2.
Dan tidur lagi kat Kapar.
21 Ogos 2012, Selasa
Bangun pagi, jejalan.
Petang balik Klang. Eh, Kapar pun masih kat Klang.
Raya kat rumah sebelah.
22 Ogos 2012, Rabu
Kakak Abah datang raya kat rumah kami
23 Ogos 2012, Khamis
Open house kat rumah adik mama.
And this is my anak-anak buah.
Ingat Mia?
Saya pernah tulis kat sini.
24 Ogos 2012, Jumaat
Beraya dengan kawan kelas lepas Asar.
25 Ogos 2012, Sabtu
Open house kat rumah kakak mama nombor 3.
Mia
0 comments:
Post a Comment