5 Ogos 2012, 10.03 am



Saje je bagi gambar promo ni sebesar alam.

Mohon maaf atas keterlambatan penulis menghapdet blog ni, yang sepatutnya dipublish semalam.
Sibuk sangat dari malam Sabtu sampai la ni.
>> Sibuk main Pokemon White, sibuk facebook,
>> ada iftar kat rumah Mak Teh dengan pak Teh. Ahad malam Isnin (malam tadi). Sibuk sangat. Sibuk duduk depan PC sepupu dan main Spider-Man Shattered Dimension. Lawan Electro dengan Carnage. BUSY!
>> pagi tadi baru start buat report untuk kerja tiga minggu lepas. Esok nak kena hantar kat engineer. Terbaik!


29 Julai 2012, Ahad
"Siapa yang terakhir mengenali AIR?"
Ustaz tu tanya soalan yang pelik-pelik lepas terawih.

Air = Water = H2O (liquid)

Eh, bukan semua hidupan WAJIB kenal air ke?
Air ni kan element paling penting dalam kehidupan.
Even dalam Al-Anbiya' ayat 30 pun ada menyatakan perkara yang sama.

Siapa yang tak kenal air?

"Benda yang terakhir yang kenal air adalah... IKAN."

Apakah?

Kemudian beliau menerangkan,
benda yang selalu ada depan mata kitalah yang kita tak nampak. Tak kenal.
Kita jarang-jarang hargai dan bersyukur dengan apa yang kita ada - sehinggalah ia terlepas dari tangan.

Cuba bawak ikan tu ke darat.
Waktu tu la dia kenal apa itu AIR.


31 Julai 2012, Isnin
Pagi, takdak buat apa-apa.
Baca buku je.
Petang tu, abang Firdaus ajak pergi tengok sootblower.





Soot is jelaga.
Benda hitam yang melekat kat periuk bila kena panaskan dengan gas.
Hasil daripada tindak balas hydrocarbon (selepas melalui fractional distillation atau penyulingan berperingkat)

Arang batu atau coal yang sampai daripada kapal akan dihancurkan selumat-lumatnya.
Sampai saiznya jadik kecik.
Kemudian ditiup ke arah boiler.
Coal pun terbakar.
Coal yang terbakar, sebahagiannya jadi soot.
Soot akan melekat kat dinding boiler.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Efficiency menurun, dan produktiviti menurun.

Sebab tu soot ni kena dibuang dari dinding.
Tau sprinkler yang orang pakai nak siram rumput.
Benda yang boleh pusing-pusing tula.
Konsep yang sama diorang pakai kat dalam boiler.

Kat bawah ni ala-ala landasan keretapi.
'Keretapi' (carrier) t akan dibawa terus ke boiler sana.
Carrier ni bawak stim.
Stim tu akan condense selepas di'compress'.
Dan air pun dicurah ke ladang gandum dan jadilah Koko Krun.. I mean, dicurah ke boiler.



~End of Day 31~

30 Julai 2012, Selasa

Satu hari tak masuk power plant. Bosan!!
Saya pun ambil inisiatif.
Jala kat dalam plant SORANG-SORANG.
Nak turbine. Nak tengok EDG - Emerency Diesel Generator.
 Ini EDG.

Ini turbine. Buatan GE.General Electric.


Petag, lepak je kat tepi 'taman bunga'.






 Cantik kan?






Dan nampak Encik Lim, our Assistant Foreman yang marah saya pi jeti sorang-sorang hari tu.
Dia kayuh basikal lepas kerja.
Pakai t-shirt hitam.

Dan saa tak pernah expect pun hari ini merupakan hari terakhir beliau kat Elec 3.

~End of Day 32~

1 Ogos, Rabu
Saya belajar bukak motor dari 'soket'.
Panjat tangga, dan betul-betul pegang motor kat atas udara tu.
Berat gila. N tengok je dari bawah. Memang konfem dia takkan larat nak angkat.


Dan abang Najib bawak kami ke chimney.
Kali kedua la saya naik benda alah ni.
Tapi first time untuk N.
















~End of Day 33~

3 Ogos, Khamis
Nak bukak motor.
Tapi diorang ajak pi kuarters TNB kat Kapar.

Ada buat bubur lambuk.
Saya N, abang Zul dan dua lagi budak UiTM tolong memasak.

















~End of Day 34~

4 Ogos 2012, Jumaat
Pergi bengkel.
Hari N pulak bukak motor.
Biar kotor melekit tangan dia dengan minyak. Hee..





~End of Day 35~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...