23 Julai 2012, 6.11 pm




23 Julai 2012, Isnin

Unit 5 ada overhaul.
Berlangsung selama 8 hari.
Maknanya ada bahagian yang diorang tutup, dan berhenti beroperasi untuk satu tempoh.
Kami - saya dan N - ikut diorang tutup cast resin transformer (kalau tak silaplah).
Lantai pun banjir je. Penuh dengan air laut.
Ingatkan diorang basuh lantai tu.
Rupanya ada massive overflow.





This is the transformer.




Saya pun gatal-gatal tinggalkan diorang sekejap.
Tengok generator kat tingkat atas.
And this is exciter room. Diorang guna EX2000 Excitation System dari GE (General Electric).
Tapi pintu ni berkunci.

Excitation system ni berfungsi untuk bekalkan elektrik ke rotor.
Ada current, ada magnet.
Magnetic flux pulak akan potong wayar kat stator apabila rotor berputar..
Dan stator akan dapat induced current.
Dan elektrik pun dibekalkan kepada pengguna.
Satu generator untuk Unit 5 boleh hantar 500 MW.
Tapi tu permintaan pelanggan.
Sebenarnya dia generat 617 647 kVA.
Kena main dengan power factor dan reactive power.
Reactive power pulak bergantung kepada inductance dan capacitance.

Tak paham takpe. Hee...

~End of day 26~


24 Julai 2012, Selasa

Dari pagi, masuk tengah hari, masuk petang, kami berdua 'berteleku' kat meja.
Tak berjalan langsung ke power plant mahupun jeti.

Dan kami tak berbual langsung.

Ya.. I'm quite kekok la dengan orang perempuan ni.
Tak tau nak sembang apa.

Ni je gambar yang diambik hari ni.
Lepas habis kerja dan time tengah tunggu N keluar pintu pagar.






~End of Day 27~


25 Julai 2012, Rabu


Abang Firdaus ajak saya pergi ESP - Electrostatic Precipitator.
Ada bushing rosak. Kena tukar kabel.
Bushing ni penebat untuk high voltage.
Kalau pendawaian kat rumah, pakai getah je yang balut wayar tu.
Busing ni dibuat daripada jubin marmar kat rumah (antara bahannyalah).
Mungkin ada campuran pasir dengan simen.

Saya panjat atas bumbung ESP. Nampak macam-macam yang selamani nampak kat paras laut je.








Ni bushing.







nc: Nak panjat atas tu boleh?

Saya tunjuk kat chimney.

 A. Firdaus: Boleh.

Selamba je dia cakap macam tu. Staf yang kerja dua tahun pun tak pernah naik sampai situ.
Macamlah ada mandat besar nak pergi sana.

nc: Jom naik.
A.F.: Boleh.

Dia jalan, dan tengok kat bawah. Ada pintu besi kat bawah chimney.

A.F.: Pagar pun tak kunci.

Eh?? Dia ajak betul-betul ke?

nc: Boleh naik betullah ni?

WAHH!!! Macam tak caye je boleh naik!!!

Rais: Tapi kalau pergi sekarang dah panas dah. Tengah hari tak sesuai.

Ala....

So kami pun setuju untuk panjat esok. Kena citer kat N!


Petang, masuk power plant.
Main kat Debris Filter System.






~End of Day 28~


26 Julai 2012, Khamis


Saya ikut abang Firdaus pergi power plant.





Dan mula masuk chimney.
Tingginya 170 meter.
Bila dah berdiri kat bawah tu..

Macam terkena sambar dengan halilintar.
Eh?? Biar betul??
Aku nak panjat benda ni???

Boleh rasa nadi ni berdenyut laju.

A.F.: Nak naik tak?
nc: Err... Nak...

Memang ragu-ragu.

Kami naik lif. Maksimum 140 kg.
Lebih dan kurang 3 orang.



Tempat ni ada 4 tingkat.
Ground floor dipanggil Level 0.
Nak naik atas je ambik masa 4 minit.

AF: Dah sampai.
nc: Eh?? Ni je???

Satu tingkat yang tersangatlah gelap.

nc: La.. Ingatkan bolehlah tengok laut ke.. Boleh tengok Kapar ke..
AF: Tu. Ada tingkap.

Alahai.. Tingkap berhabuk yang memang tak boleh tembus langsung.

AF: Haha.. Tu. Ada tangga. Kena panjat yang ni je.

Buat lawak pulak abang Firdaus ni..

Kami bertiga panjat tangga vertical tu.
Jantung saya dah berdebar-debar menanti apa yang ada kat atas tu.
Kepala dah keluar dari 'lubang', dan..

Ada tembok.

Saya berdiri untuk lihat permandangan di sebalik tembok tu.
Jengketkan sikit hujung kaki, dan..

"PAM!!"

Saya rebah ke lantai. Rasa dah hilang setiap sel darah merah dari dalam badan.
Takde lagi oksigen dapat masuk dalam paru-paru. Dah tak boleh nak berdiri!!!

AF: Cuba berdiri. Panjat kat tembok sana.
nc: Tak nak.. Saya gayat...

Sesi pujuk-memujuk berlangsung selama 1 minit.
Lepas kena paksa, saya kuatkan diri untuk menjengah lagi.

Subhanallah...
Hilang terus rasa takut tu.
Nak ikutkan, mengggigil juga sebab angin yang bertiup 170 meter atas laut Ni kencang jugak.

Dapat tengok Kapar.
Dapat tengok Selat Melaka. Kalau cerah boleh nampak Sumatera.
















Tembok untuk halang 'pengunjung' jatuh.





Ni tangga vertical.
Petang, masuk power plant.
Betulkan apa entah.

~End of Day 29~


27 Julai 2012, Jumaat

Kami tak masuk plant.
Main motor kat bengkel je.










Petang, lepas Solat Jumaat.
/*
nc: N!! Pointer aku 2.76!!

Saya jerit dari 'seberang' bilik.
Macamlah bilik tu besar sangat.

Hari ni result exam sem lepas keluar.
Untuk sem lepas, pointer untuk seluruh sem 3.26. Bangga tau! Paling tinggi sejak masuk UTM.
Tapi memang dah pulun habis-habislah.. Tak sia-sia aku belajar dan berdoa.
Tak dapat dekan pun takpe. Masih boleh bangga dengan diri sendiri.

AF: Kenapa sikit sangat?
nc: Hehe.. Ala.. Engineering kan susah..

Tinggal dua semester. Tahun depan, jam kredit naik 17.
Konfem bizi gila.
Dan tinggal satu sem.
Macamlah sempat kejar 3.00, kan?

Pendek citer, kena dapat 3.75 la sem depan dengan sem lagi satu.
Baru CGPA atas 3.00.

nc: Susahlah nak dapat 3.00 pun.
AF: But nothing is impossible.
nc: Sempat ke? Dahlah sem depan jadual boleh tahan.
AF: Awak yang cakap susah.

Eh?? Dia nak main psikologi dengan aku ke?

AF: Cuba cakap "Subjek Tahun 4 senang". Setiap kata-kata tu doa. Dia akan main jugak dengan sel dalam otak.

Saya tekun mendengar. Dan saya tau N pun tengah dengar jugak dari seberang sana.

AF: Fikir balik kenapa kamu belajar.

Saya diam.

AF: Kenapa kamu solat?
nc: Sebab Allah suruh.
AF: Kenapa kamu belajar?
nc: Sebab.. Mak suruh..

Dia ketawa.

nc: Jawapan standard, Allah suruh.
AF: Bukan jawapan standard.. tapi memang tu jawapannya.

AF: Ikhlaskan diri. Belajar kerana Allah. InsyaAllah pointer tu akan datang.
nc: Apa beza belajar untuk pointer dengan belajar untuk Allah?
AF: Belajar untuk pointer.. Dia dapat pointer je la..

nc: Tapi kalau belajar untuk Allah, takyah kejar pointer?
AF: Bukan macam tu.. Ilmu tu memang penting. Takkanlah kita nak pergi berperang tanpa ilmu?

AF: Hari tu kita ada bincang.. Kenapa Allah cipta kita?
nc: Sebagai khalifah dengan hamba?
AF: Tu jawapannya.

Betul jugak. Bukan nak kata pointer tu tak penting.
Tapi orang yang pointer bagus pun takde jaminan dapat kerja.
Atau dia dapat kerja, tapi hidup dia tak semestinya berkat.

Dan akhir sekali, semuanya bergantung kat kita.
Nak dapat pointer tinggi atau rendah, nak berjaya atau gagal, seuanya terletak kat bahu kita.

Tinggal dua sem je.
Sempat ke?

I'm not prodogy.
Just an ordinary student.
Plus some extraordinary effort.

Petang tu, saya dan N belajar banyak benda tentang kehidupan.
*/

~End of Day 30~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...