26 Ogos 2012, 10.29 am
The FYP to be. |
26 Ogos 2012, Ahad
Hari ni baru tau ada apps untuk taip guna Microsoft Word kat
Play Store. Namanya Olive Office. Sebelum ni saya ada apps untuk baca
fail."doc" je. Tak boleh taip. Lepas 10 minggu guna Samsung Galaxy Y
baru perasan benda ni. Nak buat apa benda ni? Untuk blogging jugak. Nanti dah
jumpa internet kat rumah lama boleh copy paste je. Takyah tunggu jumpa wifi Streamyx
baru sibuk nak menaip. Sebelum menaip pulak sibuk Google la, Facebok la, etc.
Kerja 10 minit jadi 10 jam. InsyaAllah saya cuba rajin2 menaip guna smartphone
ni.
Dan hari ni jugak birthday abang saya yang ke-XY.
Lepas mama hantar saya dan adik lelaki kat rumah baru, kami
pun berjalan sampai ke
Tesco Setia Alam. Makan hotplate Yee Mee. Setia Alam ni kawasan
yang baru bukak. Kalau nak pergi Shah Alam dari Klang Sentral, kami kena lalu
tempat ni. Cantik la jugak.
Dan kami pun berjalan sampai ke Setia City Mall. Lepas sesat
lepas sepuluh kali pusinglah. Saya pun berhenti kat 7-11 dan tanya abang tu.
Dalam 6 petang, kitorang pun sampai. Minyak motor pun dah nak habis. Hehe.
Besar gila. Macam MidValley. Takde komuter je. Kawasan ni
pun dah nak Shah Alam. Barang branded habes. Ada Daiso. Ada SJ. Ada kedai yang
jual pakaian ori dari Korea (RM200 untuk baju biasa2!!!!), ada MPH (tak sebesar
kat Mid dengan Kinokuniya), ada pawagam, bowling, etc.
~ Tiba-tiba bangga gila jadi warga Klang. Best gila kot
tempat ni!! Dahlah seberang jalan besar je. Kawan2 sekolah nanti pun mesti
jeles bila saya dah pindah sini.
Pindah.. Tinggal je setahun lagi.. And I love that old
house..
27 Ogos 2012, Isnin
Hujan lebat sejak sebelum Isyak semalam lagi. Dahlah terlupa
bawak payung. Tertinggal kat rumah lama. Hujung minggu ni baru balik sana.
Lencunlah pagini..
Ok, tak lencun. Hujan sempat berhenti. Saya jumpa saya,
discuss pasal projek. Nak tulis report ni kena
ada Main Project. Setakat saya duduk sini, belajar benda
kecik2 je. Beliau mintak saya ukur light intensity kat power plant GF3. Kalau
tak cukup cahaya, kena tambah spotlight. Lepas tu ada kira-kira sikit.Tu citer
nantilah.
Jumpa jugak staff kat Elec3. Bersalam dengan diorang.
Abang Firdaus. Abang Najib.
Abang Halim.
Abang Wandi.
Abang Azdi.
Abang Azizul.
Abang Zaid the Assistant Foreman.
Dan Encik Hg the fomen.
Pagi ni kami berpindah ke unit baru. CECR. Central Electrical
Control Room. Jumpa Encik Mazlan Dahalan selaku CO - Control Operator.
Hari ni semua orang busy gila. Tak sempat ajar kami apa-apa.
Kami pun buat hal sendiri. Siapkan final report.Saya menaip guna hp je. Balik
rumah baru transfer data.
Tengah hari, tengok diorangsynchronise. Tapi ada masalah.
Benda ni berlarutan sampai la ke petang.
Petang tu masuk switchyard. Diorang adjust apa benda entah.
Dan synchronise lagi sekali. Ada bunyi macam besi hentak besi sekuat-kuatnya.
Maknanya dah synchronise la.
Balik je CECR, CO mengamuk bila dapat tau saya jalan-jalan
kat switchyard. Rupanya tempat larangan. Sebab budak intern takde insurans.
Tapi saya pergi dengan engineer pun. Bukan pergi sorang2 macam time pi jeti
hari tu.
I'm officially the first industrial training student yang
dapat masuk switchyard. Bangga gila!
~End of Day 43~
28 Ogos 2012, Selasa
hujan lebat sejak sebelum subuh. semua orang pun nak bawak
kereta. jalan jam memanjang. kitorang pun datang lambat. paling lambat dalam
sejarah sepanjang kat sini.
Pagi, cam biasa, duduk dan siapkan report. Dan blogging
dulu.
.......
Jam dah tunjuk jam 12 tengah hari.
Dan kitorang tak berganjak langsung dari meja ni.
Hua!!!
Bosan gila..
Packing.. Packing..Dan lari balik CRE.
Tengah-tengah panas terik.
Oh, saya sorang je yang balik CRE.
Sorang lagi tengah menaip pagi petang kat CECR.
Pintu ditolak.
"Wei!! Kau buat apa kat sini?"
"Bosanlah duduk sana. Tak belajar apa."
Saya nampak ada kotak kecik 2 biji atas trainee table.
"Apa ni?"
Suis yang akan trigger signal kat sootblower.
Yang ni lama punya. Dah rosak.
Yang ni baru.
~End of Day 44~
29 Ogos 2012, Rabu
FINALLY! Ada jugak orang yang sudi jadi tenaga pengajar.
Abang Affendy ajar kami pasal CECR ni.
15-22 kV yang generator generate ni akan masuk ke TNB punya busbar.
Busbar ni macam wayar la kalau versi keciknya.
Dan benda ni akan connect dari satu plant ke plant lain kat seluruh Malaysia.
Ada dua busbar selari MAIN dengan RESERVE.
Kalau ada satu busbar "putus", ada satu lagi ni boleh back-up.
Kemudian saya pun nak jumpa mentor saya.
Mintak tadatangan buku log.
AA.Banyaklah kau dah belajar"
nc: Banyak sangat.. (ketawa)
AA: Bila korang habis praktikal?
nc: Minggu depan.
Minggu depan? Cepatnya..
AA: Kau duduk mana?
nc: Kampung Delek.
Mata dia terbeliak. Tergambar wajah excited. pehal ni?
AA: Kampung Delek Kanan ke Kiri?
Kalau orang yang tanya soalan ni, konfem diorang pernah sampai sana.
Rupanya ramai sangat staf situ yang kenal kampung tu.
Saya pun cerita latar belakang saya, juga beliau yang asal dari Perak.
Habis je belajar dari UM, beliau dapat kerja kat kilang buat kabel.
Lepas 6 bulan, jadi consultant. Dan dapat masuk TNB.
Kerja kat situ (Kapar) sejak sebelum fasa 3 wujud.
Beliau pun buat Ir. kat sini.
Dan sekarang jadi orang besar kat GF3.
Pernah ditawarkan untuk fly ke Indonesia dengan gaji RM20k.
DUA PULUH RIBU????
nc: Encik Azari tak pergi?
AA: Kalau aku muda-muda dulu bolehlah lompat-lompat kerja. Tapi lepas umur kau naik, dah ada keluarga, takkan pikir nak kejar duit lagi.Kau akan cari kebahagiaan je.
Tapi betullah cakap dia.
Kalau cari duit sampai berhari-hari tak cukup tidur pun tak guna.
Anak-anak pulak kena tukar sekolah. Benda ni sebenarnya bagi pressure.
Dia mungkin happy, tapi family dia?
****
nc: Encik Azari, ada apa-apa suggestion tak untuk projek tahun akhir saya?
AA: (Diam beberapa saat)
Dia ambil pen dan kertas kosong.
Kemudian lukis sesuatu kat situ.
One line diagram.
AA: Cuba buat ni.
Saya merenung kertas tu.
AA: Selain power plant, benda ni jugak pakai kat kilang-kilang. Kau nak cari kerja kan? Kalau kau paham benda ni, ramai company akan carik kau.
Saya pun tercengang. Biar betik!!!
Tapi idea dia pun best jugak.
Alright. Dah ada projek.
Projek apa ni? Semester depan kita citer ek...
nc: Err... Kalau dah habis praktikal ni.. Kad hijau saya pun tamat tempoh.. So.. Boleh.. Saya.. Datang.. Sini.. Lagi.. Tak...? (tersengih)
AA: Boleh. Kau pergi je balai pengawal. Bagitau nak jumpa siapa.
nc: Tapi nak masuk plant kan kena ada kad tu, kan?
AA: Diam-diam je la..
Ahaha. Betul jugak. Kawalan kat sini tak ketat mana pun. Bila ada kes baru sibuk nak bukak bonet kereta, bonet motor, bonet basikal, etc.
Saya akan datang sini balik satu masa nanti.
Ada banyak yang saya nak belajar daripada beliau.
Lepas Zohor, saya pergi Generator Transformer.
22/275 kV.
Check kandungan air kat dalam minyak transformer.
Minyak ni rendam dalam kortak ni, nak pisahkan udara, molukel air dan benda lai daripada 'menyentuh transformer.
Atas paras 20, benda ni bahaya.
So, kena check la sample minyak ni.
(Memang ada jurutera kimia kat power plant ni)
DGA. Dissolved Gas Analysis.
Benda digital ni yang yang bagitau kandungan air dalam minyak.
Switchyard.
~End of Day 45~
30 Ogos 2012, Khamis
Encik Sukri jadi tenaga pegajar.
Dia explain lagi sekali apa yang kami belajar semalam + benda-benda baru.
Ini CECR. Monitor parameteryang berkaitan.
Macam perantara antara TNB dengan Plant ni.
Synchroscope.
Relay.
Tengah hari je, saya balik CRE.
Ikut diorang angkat SF6 circuit breaker.
Petang tu balik rumah lama.
Buka puasa dalam bas.
Hari ni dah 4 hari puasa enam.
Ada baki 2 hari lagi.
Esok off day.
Hari Kebangsaan. Hari Merdeka. Independence Day. Whatever you call it.
Oh, minggu depan jugak minggu akhir saya kat sini.
So, minggu depan la siri Log Book ni berakhir.
12 minggu. 3 bulan genap.
~End of Day 46~
0 comments:
Post a Comment