8 September 2012, 8.05 am





2 September 2012, Ahad
"Takpe.. As boleh pergi sendiri.."
"Takpelah.. Mama hantar sampai depan bus-stop.."

Saya pun dah malas nak bersuara lagi.
Mama pun temankan sampailah ke perhentian bas kedia burger kat depan sana.
Dan mama duduk sebelah saya, sampailah bas Kampung Delek-Klang datang.
Saya bersalam dengan mama.
Naik bas dan tengok mama kat luar.
Bas pun bergerak ke Klang.

Ni first time la saya nak balik rumah kat Meru naik bas.
Biasanya mama hantar guna Avanza.
Saje balik sendiri sebab tak nak susahkan mama.
Dan minggu akhir LI pun. Next week dah start kuliah.

Hari ni balik sorang je la.
Adik lelaki saya saya ada urusan esoknya.

Bila kira-kira balik, elaun LI yang saya boleh claim nanti ade la dalam RM4k.
Tapi ni bukan syarikat bayar.
mana datang duit ni?
Dari langit la.. :)

Skylight in my 'rumah baru'


3 September 2012, Isnin
Mari siapkan report. Khamis kena hantar.
Tangkap gambar staf. Tau nama tapi tak pernah ambik tau nama penuh.

Staf kat Elec3.
 This is the workshop.

"Kau takde kerja hari ni kan?" tanya abang Firdaus.
"Ha'ah."
"Meh sini. Bawak kamera."

Ada apa pulak ni..

Kami pun sampai tingkat atas bangunan CRE. Dekat Training Room 2 kalau tak silap.

Pintu dibuka.
Muka-muka engineer.
Memang sah ada event besar kat sini.

"Apa ni?"
"Hari ni ada breakout"
"Blackout?"
"Breakout. Diorang akan bincang pasal rancangan KEV untuk 5 tahun akan datang."

Confirm benda serius ni.

"Aku nak kau ambik gambar HOD, ambik gambar MC sikit, ambikgambar staf, etc"

Now i get it....

Saya pun join la engineer, execs, pomen-pomen, dengan technician - walaupun saya tersangatlah takde kaitan. Budak praktikal je pun.
Tapi kira dah dapat pendedahan awal la walaupun taraf student je.



 Our HOD of GF3.


 Sedang saya duduk, tiba-tiba ada orang masuk.
Saya tengok muka dia.
Macam pernah nampak...
Tapi rasa bukan orang GF3 ni..
Siapa ye.. Kat mane ternampak muka orang ni..

"Tuan Haji pun dah sampai, so saya serahkan kepada tuan Haji la untuk berucap sebab ada meeting pukul 10 katanya." kata HOD.

Bilik tu jadi sunyi.

Siapa orang ni? Sampai HOD pun nampak respect gila kat beliau.

Jangan-jangan....

Saya panfdang ke kiri, menghadap supervisor merangkap mentor saya, Encik Azari.
"Ini CEO kan?"
Dia angguk.

Mangai.. Seumur hidup aku praktikal kat sini memang tak pernah terserempak dengan CEO.
Kira ada tuah la bawak DSLR datang sini.
 The CEO.
 CEO dan HOD.
Sesi bergambar.

 Makan sarapan.
 Ini gambar staf GF3 yang tahun lepas punya.


 Makan lagi.
 Lepas Zohor. Merayau jap.

 Balik kat breakout session.

"Jom tengok tempat nak ambik gambar esok."
"Hah?"
"Esok diorang nak ambik gambar staf GF3 ramai-ramai macam kat situ"

Saya tengok gambar yang tergantung kat dinding dewan makan tu.
Semua pakai baju smart.
Setahun sekali je diorang berkumpul macam ni.

Eh, aku ambikkan gambar diorang??
But for me, itu pun dah kira sebagai satu penghormatan besar untuk diorang.
Sebab saya datang sana dengan takde elaun, tapi diorang treat saya baik sangat.
And they're always want me to get involved in almost everything in their activities.

They trust me.

"Tahun lepas kitorang ambik kat sana"
Abang Firdaus tunjuk kat arah kawasan pintu pagar tak berbumbung.
"Itu kitorang tangkap waktu pagi. Esok diorang nak tangkap 12 tengah hari,"

Hish.. Tak rentung ke diorang nanti?

"So aku rasa tangkap kat sinilah, walaupun sempit."


Saya pergi tingkat atas balik.
Ambik gambar sikit.




Dan mula prepare untuk gambar esok.
Mula fikir nak main setting apa. ISO berapa. etc.

~End of Day 47~

4 September 2012, Selasa

Pagi-pagi tolong abang Firdaus susun kerusi.
Kami susun kat luar. Depan parking lot depan.
Cuaca pun mendung. Takkan ada orang mengadu terik.
Tangkappagi-pagi ni best sebab waktu tu muka orang ceria lagi masuk kerja.


Testing.. Testing..


And I become part of their history.

Hari ni ada jamuan raya untuk GF3.
Abang Firdaus pun mintak saya tangkap gambar diorang.
Dan breakout session pun masih berlangsung.

Saya lepak kejap kat Elec3.
Belajar fotografi dengan abang Zail the Assistant Foreman.
Dia pakai Canon.

"Kau, sni cepat.." kata Abang Firdaus.
Saya ikut kat belakang beliau.
"Kenapa"
"KEV Dragon dah sampai"

Amende? Dragon? Naga?
KEV bela naga ke?
Diorang simpan naga air kat jeti ke?

"Tu.."

Oh my.. the legendary dragon..
Sebelum ni pernah nampak dalam gambar je..

Beliau ialah ex-HOD GF3 sebelum pergi ke Manjung.
>>>  Manjung Coal-fired Power Plant.
Dulu HOD, Sekarang CEO kat Manjung!!!
Daripada mulut-mulut staf sini, dia memang 'legend'.

"Ambik gambar diorang."


Saya amek gambar jap kat parking lot.
Tengah prepare untuk jamuan raya.








 KEV Dragon (kiri).

"Cantik ye gambar-gambar kau" tanya Encik Asri the HOD (Head of Department)
"Hee........"
"Kau pandai buat banner"
Saya pandang dia balik.
"Tau."
"Aku ingat nak gantng banner kat parking lot ni. Ada gambar-gambar kitorang yang kau tangkap ramai-ramai tadi"

Mangai.. HOD sendiri mintak aku design banner?
Do you know how BIG this thing is for the organization?
IT WILL BE AN HONOUR!!!

"Ok. Nanti kita bincang lagi la."

Saya rasa nak melompat sampai petala kelapan je bila dapat personal request ni.
Bangga kot!!!

Petang
"Abang Najib.. Bawak saya tengok UPS..."
"Tapi aku nak pergi ECP. (Electrochlorination Plant)"

Ala... Saya dah buat muka seposen..

"Tapi aku boleh bawak sekali la kau pergi sana"

YES!!!

Kenapa nak pergi UPS?

Because this is my project.
My MAIN PROJECT for Industrial Training report.
My FINAL YEAR PROJECT next year.
My own, personal PROJEK SARJANA MUDA.
Dan memang tajuk ni yang akan di'propose'.
Diilhamkan oleh mentor saya sendiri, Ir Nor Azari Azis minggu lepas.











 

Part ni,, kita citer lain kali la.
Sebab banyak lagi 'rahsia'  yang saya belum teroka.
But I will jot it here someday.


Ni gambar diorang tahun lepas.
Waktu KEV Dragon jadi HOD.

~End f Day 48~

5 September 2012, Rabu

Bawak laptop, dan start menaip.
Ni la first time bawak laptop pi kerja.
Sebab kalau menaip lepas balik rumah, tak sampai setengah jam konfem tumbang .
Penat gila.

Dan dapat jugak kad kahwin dari Abang Azizul.
Hujung September ni nikah.
Ada walimah kat Jeram 7 Oktober ni.
Masih berteka-teki mahu pulang ke Klang ataupun tidak (waktu tu dah ada kat UTM)

AJ ~ Azizul Jannah
Dua-dua orang lokasi perkahwinan kat PJ.
Satu PutraJaya
Satu lagi Pekan Jeram.

~End of Day 49~

6 September 2012, Khamis

Tekak kering.Badan pun panas.
Badan panas semacam.
Sah dah kena demam.

Tapi sebab report, saya paksa jugak untuk datang.


Cepat-cepat ambik cawan, tadah air, dan minum.
Dan batallah puasa 6 yang keenam ni.


Mintak semakan dan penerangan terakhir pasal UPS tu daripada mentor.

"Eh, cantik gambar tu! Kat mane ni?"
Saya nampak gambar gunung salji kat desktop beliau.

"Ni.. Switzerland"
"Wah... Best la berjalan.."

Kemudian beliau bukak folder, dan tunjuk lagi banyak gambar.
Switzerland, Germany, Austria, Brazil, Jepun, dan entah mana sudut dunia lagi dia tak terbang.

"Ini orang panggill.. Top of Europe?"
"Hah.. Saya pernah dengar..."
Jungfraujoch. Try Google.

Dan dalam gambar tu jugak ada gambar beliau dan kawan terbaring atas salji.
Main bentuk rama2 tu ke? (geselkan tangan dengan kaki kat salji sampai jadi bentuk rama-rama.)

"Itu.. Aku pening..."

Uik??

"Bila kau tengok salji kiri kanan, pening tau!"
Saya eglak.Macam orang kerja kat pelantar minyak la.
Hari-hari nampak laut.
Dia baru sehari kat sini, dah nak pitam.

"Tapi bunga-bunga tepi jalan dia.. Cantik gila!"

Eropah memang cantik.
Saya pun ada cita-cita nak sampai ke Jerman sana.
Sebab arwah abah pernah sampai sana.
Gambar yang beliau bawak balik tu memang kenangan dia.
Dan saya pun nak bawak balik gambar yang saya tangkap sendiri.

"Jom!!" Abang Firdaus ajak.
Kami pergi ke Kapar naik Grand Livina abang Firdaus.
Kami pergi bersama abang Azdi dan Abang Azizul.

Masuk KFC. Diorang belanja bucket dengan barrel.
Pergi Bubble Teabuzz. Beli air.
Bbble Teabuzz ni macam Cool Blog la.

Balik, makan sama-sama.
Sorang lagi tu puasa.
So, saya baham ayam tu sorang-sorang la.


Siapkan report...
Demam pun tak kebah lagi ni..
Pening..


~End of Day 50~

7 September 2012, Jumaat

Hari ni pergi kerja sendiri. Pinjam motor adik.
Sorang lagi tu nak pergi awal. Saya nak pergi lewat.
Demam pun demam. Badan tak kuat sangat dah ni.

Dan nyaris-nyaris nyawa melayangkat atas jalan raya.
Sebab tu saya perlukan pertolongan dia dalam 12 minggu ni.

Print kat Kpar.
Kemudian binding.
Masuk kerja 10.20 am.
Siapkan log book.

Pukul 11,

Mintak cop. Mintak nasihat. Mintak maaf.

"Saya datang sini lagi, boleh?"
"Boleh.. Datang je. nanti aku ajar macam-macam."

Atas meja tu ada beg warna pink. Ada tulisan Ariani. Ada tulisan Shawl.
Barang perempuan.
Ni mesti...

"Tadi N bagi ni ye?"
"Ha'ah. Perempuan.. Biasa la.. Kita lelaki ni, hari last practical pun memang bagi apa-apa.."
Kami berdua gelak sekuat-kuatnya.

Bukan tak nak bagi.
Sebabnya, saya memang kena datang balik sini.
Hadiah tu macam takde makna la.
Kalau bagi barang, maknanya "Lepas ni kita dah tak jumpa lagi".
Men's logic. Common sense.

Apa pun yang N tu bagi, saya tak nak ambik tau la.
Yang saya yakin sangat, bukan shawl, pashmina mahupun tudung bawal untuk bagi Encik Azari pakai.


Jumpa Puan Ida dan Encik Kamil. Encik Karim takde.
Submit report. Bagi punch card sejak bulan Ju lepas.
Pulangkan helmet dengan report LI pelajar lama.
Salam dengan Encik Kamil

Saya pun balik ELEC3.
Tangan dihulur untuk bersalam.

"Eh.. Apa ni.." tanya abang Firdaus.
"Nak balik dah.."
"Ah.. Takde..Takde.. Selama ni kau tak bersalam pun dengan aku. Dah hari last baru nak bersalam."

Saya undur, dan tak toleh ke belakang. Capai beg dan tolak pintu.

"Yelah.. Yelah.. Meh sini salam cepat.."

Saya terus berjalan. Tak toleh lagi.
Ego lelaki memang besar.

Korang nak sangat sombong dengan aku kan?
Aku pun boleh sombonglah!!!!

Betul-betul kat hujung CRE tu saya berhenti.

Tapi kalau aku mati dulu...

Saya berlari-lari masuk balik ELEC3.
"Eh? Kau datng balik?"
"Takut tak sempat..."
Dan diorang pun ketawa.

Saya tengok keliling. Abang Firdaus hilang entah ke mana.
Say bersalam dengan Abang Najib. Abang Halim, Abang Wandi, Abang Azizul dan Abang Azdi.
Dan pekerja-pekerja lain.

"Nanti saya datang balik!!!"

 Keluar gate jam 12.
"Hari ni last practical ye?" tanya abang guard.
"Ha'ah"
"Semoga berjaya!"

Kami bersalam kat kaunter.


Dan LI saya pun tamat..


Farewell.


Tengah hari, pergi Masjid Setia Alam.
Terserempak dengan abang Hafizuddin Tajuddin. (Sekarang orang Setia Alam. Dulu PJ)

Petang tu saya belanja adik makan kat Tesco Setia Alam.
Sizzling Noodle dengan Cool Blog.

Kemudian basuh baju kat rumah, dan kejar bas ke Klang.

Klang-Kampung Delek

This is my report. The same version that I've submitted to the training section.
I leave it here, because I want to share the experience and knowledge with everyone.


"Kakak, I've finished my LI today. Masuk 10.20. Balik pukul 12. Haha. Just hantar report je. And balik Johor Ahad ni."

"Wah2. Tahniah. Lepas i da masuk tahun 4. Da jadi senior ni."

Sem depan tak jumpa dah dengan 'orang-orang lama' ni.
Diorang dah takde dah kat UTM lepas ni.

Catatan Log Book saya pun berakhir kat sini.
Mohon maaf atas seagla silap dan salah.
Atas semua yang sengaja yang 'ter'sengaja.
Dan kepada yang akan bawa diri nanti, jangan lupa orang kat sini.
Rajin-rajin la hantar khabar, ye?
Dijangka lepas ni akan terima banyak jemputan makan nasi minyak.
Boleh jumpa kot time tu.

May Allah bless.

Farewell.

Assalamualaikum.

~End of Day 51~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...