February 10 2021, 12.23 am


Saya ada tertonton cerita ni di TV Okey hari Ahad lepas, dan saya rasa cerita ni agak bagus.

Jalan ceritanya mudah je. Cerita pasal Tania budak liar yang larikan diri daripada bapak dia sebab takut masuk lokap, dan entah macam mana boleh pulak jadi ustazah jadian kat rumah anak yatim.



Awal-awal cerita, Tania ni digambarkan sebagai minah motor. Tapi watak Isyariana ni lembut sangat la sampai tak percaya dia ni minah motor. Kalau dia tomboy dan kasar sikit ala-ala Janna Nick mungkin lebih baiklah.

Actually, cerita ni akan lebih okey la kalau bab agama tu diberi sedikit penekanan. Tania versi Ustazah Salina tu nak mengajar tajwid, lepas tu dia pengsan sebab dah ketakutan gila-gila, dan mengaku kat Ustaz Badrun yang dia bukannya ustazah. Saya expect ada la jugak sikit scene pasal Ustaz Badrun ajar sikit-sikit pasal Islam kat Tania ni. Jadi cerita ni ada sedikit pengisian tentang Islam. Saya macam kurang puas hati sebab tak nampak scene Tania cuba untuk belajar mengaji mukaddam atau Tania mula minat untuk dengar kuliah agama, tiba-tiba kat hujung-hujung cerita Tania dah pandai mengaji. Mungkin sebab kekangan masa siaran yang menyebabkan bahagian ni terpaksa dikeluarkan.

Waktu Tania dengan bapak dia melawat semula rumah anak yatim tu, bapak dia ada bagi sumbangan. Lepas tu Kak Zila menggeletis semacam. Scene berikutnya bapak Tania tanya pasal Kak Zila. Tania pun kenenkan bapak dia dengan Kak Zila. Bapak dia pun tiba-tiba mengaji. Saya dengan mak saya terbahak-bahak ketawa masa tengok cerita ni kat tv.

Sebenarnya cerita ni elok jugak la dipanjangkan dalam bentuk drama bersiri. Lagi best kalau main time nak buka puasa. Banyak sebenarnya input menarik boleh sumbat dalam cerita ni. Cerita macam ni la yang peminat drama Melayu nak tengok. Kat Indonesia, tersebarnya pengaruh Islam ke seluruh rantaunya adalah kerana sinetron yang mencecah tujuh musim dan beribu-ribu episod. Walaupun jalan cerita merepek dan melarat-larat, tapi ada jugak scene berunsur dakwah. Inilah pentingnya drama Melayu dalam kehidupan seharian kita, kerana ianya sedikit sebanyak mengajar kita tentang agama Islam. Kalaulah stesen televisyen, penerbit dan pengarah mula beri penekanan kepada aspek ni...

Isyariana, Ayda Jebat dan Shasha Abedul ni sedara jauh ke? Muka macam fotostat je semuanya...

Drama ni sedikit sebanyak menceritakan semula kisah hidup saya satu ketika dulu. Membesar sama sahaja dengan orang lain, tapi sampai satu masa, kita mula meihat dunia ni dengan 'mata hati' yang berbeza.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...