March 30 2021, 10.40 pm


Saya mula melabur saham 2 minggu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (bermula) pada Mac 2020.

Saya rasa kebanyakan rakyat Malaysia pun tak pernah istilah PKP sebelum tu.

Dan tiada siapa yang dapat jangka kira akan hidup dalam fasa 'lockdown'.


Saya dah bertahun ada akaun CDS, tapi tak pernah pun cuba untuk beli saham.

Sebabnya, pelaburan saham ni sangat berisiko tinggi.

Boleh jadi modal yang kita laburkan boleh hangus 100%. Ini kisah benar.

Sebab tu saya sediakan 'payung' sebesar-besarnya sebelum terjun dalam dunia pelaburan saham ni.


Saya berumur 30 tahun waktu tu. Dan dah ada simpanan 6 bulan gaji dalam tangan saya.

Semuanya saya sumbat dalam Tabung Haji. (Boleh juga masukkan dalam ASB, tapi saya malas nak uruskan bab zakat).

Tabung Haji bukan sekadar tabung untuk pergi haji semata-mata sahaja ya. Tapi taung pelaburan.

Tabung Haji dan ASB ni merupakan pelaburan berisiko rendah - bermakna pulangan rendah.

Secara umumnya pulangannya sekitar 7% atau lebih rendah,

Tahun 2021 ni, dividen TH ialah 3.1% selepas dizakatkan. ASB pula 5% (Selepas dizakatkan, hanya 2.5% sahaja).

Mana lebihi untung - Tabung Haji atau ASB?

Jawapan saya, dua-dua pun tak untung. Sebab tu jangan letak duit banyak-banyak dalam ni, melainkan anda terlebih kaya dan sangat bijak.


Saya jadikan TH sebagai backup plan, dengan simpanan 6 bulan gaji saya sumbat dalam ni.

Dan saya ada lebihan duit sebanyak 6 bulan gaji lagi dalam tangan saya (True story.)

Saya pun pergi bank pelaburan (investment bank) dan minta tolong eksekutif yang bukakan akaun CDS saya untuk ajar cara jual beli saham.

6 Mac 2020. Inilah tarikh bersejarah saya mula melabur saham secara serius.

Saya beli saham 10 buah syarikat selepas membuat fundamental analysis, dan melabar menggunakan cara 'value investing' atau pelaburan nilai.

Maksudnya, saya akan beli saham, dan simpan bertahun-tahun lamanya. Bukan beli pagi, jual petang. Melabur secara pasif, bukan aktif dan jangka masa yang lama sekitar 3 hingga 5 tahun.


2 minggu kemudian, PKP bermula.

Banyak sektor ekonomi ditutup. Rakyat tak dibenarkan keluar rumah tanpa urusan penting.

2 minggu pertama saya melabur, nilai saham saya susut 15 peratus. Lebih kurang 2 bulan gaji saya tu.

Saya terduduk. Mak saya kata, taknak jual ke?

Saya cakap, biar dulu.

Minggu ketiga, nilai saham saya mula naik.

Minggu kesepuluh, nilai saham saya dah melibihi sikit jumlah modal yang saya dah keluarkan. Maksudnya, dah balik modal la.

Sejak tu, nilai saham saya tak pernah lebih rendah daripada modal.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Waktu PKP bermula, saham sarung tangan getah dan sektor kesihatan tengh melonjak naik.

Entah macam mana, saya boleh pulak terbeli saham satu syarikat sarung tangan dan dua syarikat kesihatan

3 syarikat ni la yang jadi saham bangsawan dalam portfolio

Harga saham syarikat sarung tangan tu pernah melonjak sampai 5 kali ganda harga saya beli.

Memang rasa kaya gila waktu tu.

Walaupun sekarang ni nilainya dah pun susut jadi 2 kali ganda harga saya beli, tapi masih tak makan modal, Saya masih untung. Heh.

Ini graf portfolio saya dalam setahun ni.


Garis biru tu modal yang saya dah keluarkan untuk pelaburan saham ni. Tiap-tiap bulan saya beli saham pada harga yang lebih rendah daripada nilai syarikat tu.

Garis jingga tu nilai portfolio setiap minggu.
Selepas setahun melabur, nilai saham saya ialah 17.61% daripada jumlah terakhir yang saya masukkan.

Ada je 3 daripada syarikat yang saya beli tu rugi. Sebab tu saya beli saham daripada 10 buah syarikat.
Omputih cakap, "Don't put all your eggs in one basket".
Satu bakul jatuh, semua isinya pecah.
Letaklah 10 biji telur dalam 10 buah bakul.
Satu jatuh, ada sembilan yang masih elok.

Akhir kata, silalah cuba sendiri melabur saham. Banyak je peluang untuk buat duit dalam pelaburan saham ni.
Pastikan ada simpanan 6 bulan gaji dalam TH+ASB, kemudian buat pelaburan saham guna duit lebihan yang ada dalam tangan kita.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...