14 Mac 2012,6.49 am
13 Mac 2012
“Ok. Kita mulakan sesi ice breaking kita.”
Kami bertujuh dah buat satu bulatan. Ada jugak orang Klang
kat UTM rupanya.
Sekreteriat Mahasiswa Selangor, atau SMS buat perjumpaan
malam ni, lepas Isyak kat Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor. Our very first
meeting, and we’re the very first batch. Kiranya kami nilah sebahagian daripada
sejarah dalam penubuhan sekretariat ni.
“Nak start dengan sape dulu neh?” tanya fasilitator sorang
ni. Dia perempuan.
Semua senyap.
Jawapan klise: Ladies first la. Takkanlah aku yang duduk
tepi ni kena start dulu kot…
“Kita start dengan senior saya dululah.”
Haha. Padan muka ‘senior’ tu. Siapalah senior budak ni. Cian
dia. Kikiki.
Fasi tu halakan tangannnya tepat ke arah saya, sambil
tersenyum.
“Sekolah Telok Gadong kan?”
Mata saya dah membulat. Eh, kau cakap dengan aku ke? Macam
mana boleh tahu nama sekolah aku ni?
“Macam mana kenal?” tanya saya. Aura terkejut tu tak hilang
lagi. Agak terujalah jugak. Sekolah tu sekolah menengah harian biasa je. Tak
ramai pelajar kami yang dapat masuk IPTA. Lagi-lagi UTM world class ni. (world
class la sangat.. wifiutm pun hampeh!!). Tiba-tiba, kat ceruk-ceruk hujung
selatan Asia ni, ada jugak orang kenal aku.
Rupanya kami satu sekolah, and she’s my junior. Serius beb.
Terkejut. Saya tak kenal pun siapa dia. (Bab junior-senior sekolah ni tak
payahlah ajak bercerita dengan saya. Saya tak kenal diorang pun). Masa saya
Form 5, dia Form 3. Saya SPM, dia PMR. Saya Tahun 3, dia Tahun 1.
“Macam mana boleh kenal saya?”
“Selalu nampak kat sekolah. Kawan abang Amir Zaki kan?”
Kahkahkah. Amir Zaki bin Ayob merangkap ketua kelas tu
memang banyak kawan. To be more specific, kawan perempuan. Aku pun heran macam
mana diorang boleh kenal. Lagi pelik budak perempuan ni cam aku – sedangkan aku
tak kenal dia.
Bila imbas balik apa yang dah berlaku lima tahun lalu, rasa
kelakar jugak. Pergi mana-mana, mesti bawak buku. Suka betul baca buku rujjukan
Physics - macam baca novel je. Top 3 kat kelas tatkala kebanyakan pelajar
tersungkur. Tu yang dapat title Physics Prince kat sekolah. Lagipun, saya bukannya
suka bermasyarakat dengan orang sekeliling. Tanya sepatah, jawab setengah
patah. Bagi jawapan seringkas mungkin. Bercakap bila perlu je. Agak pendiam la.
Aktiviti ko-kurikulum, ambik Pengakap dengan Kelab Sains dan Matematik. Tak
pernah datang perjumpaan Badminton. Tapi markah ko-ku 70% and above. Hebat kan?
Taknak jadi pengawas. Tak suka kaler biru. Tak nak ‘tercalon’ dalam senarai
nama ‘insan-insan yang kena baca doa tiap-tiap Isnin time perhimpunan’. Malu
woo…. Pernah dipilih jadi pengawas koperasi (kat tempat lain, namanya kiosk).
Tapi saya reject. Cikgu kata saya terer matematik. Elok berniaga. Saya taknak,
sebab kena berdepan dengan manusia. “Ya, nak beli apa?”. Ayat-mengayat ni buat
saya tebal muka. Tiap-tiap petang, selalu pergi kelas tuisyen. Berkawanlah
jugak dengan budak ACS dengan budak High School. BUT NO GIRLS. Takde MGS. Takde
Convent. Takde Raja Zarina.
So, bila masanya saya nak kenal dengan junior? I’m not
interested with them. Really.
Saya 17 tahun pun waktu tu. Tak boleh nak kata dah matang.
Sebab kematangan tu tak diukur dengan usia. Saya taraf budak-budak je masa tu.
Live for yourself. Live in your own small world. Teruskan je hidup sebagai
pelajar – dengan skor sebanyak mungkin A1 – dan hal-hal lain tolak tepi. Not my
bisnes. Not even love and relationship. Pemikiran saya berubah secara drastik bila dah masuk matrik kat hujung utara sana, dan masuk utm kat hujung selatan
sini.
Tapi saya lebih sukakan diri saya hari ni. Senyum tu tak
pernah lekang. Happily intoxicated. Ceria overdose. Mesra alam . Walaupun orang
tanya sepatah, saya masih jawab setengah patah. Overall, dah berubah 140
darjah. Ada banyak ruang untuk diperbaiki. InsyaAllah.
“Nama saya Nat Cure. Panggil ‘N’.”
The ‘N’ is just the beginning.
1 comments:
suka gaya NC menulis..ala2 Hlovate..terbaikk..
p/s:kalau NC menulis cerpen@novel mesti gempak (^_^)
Post a Comment