Akihabara |
Konnichiwa!!
Pelajaran 9 ~ Kata Ganti Nama
Pelajaran 10 ~ Kana 3
Jumlah keseluruhan karakter hiragana ialah 46. Hampir
separuh daripada karakter ini yang telah kita pelajari.
Na な
Ni に
Nu ぬ
Ne ね
No の
Ha は
Hi ひ
Fu ふ
He へ
Ho ほ
Bunyi
karakter Fu ふ berbeza dalam set ni, sebab ia dibunyikan
dengan huruf ‘F’ lembut, dan bukan huruf ‘H’. (Seperti menghembus nafas)
Karakter ‘N’ tidak boleh menggunakan dakuten,
tetapi karakter H boleh menggunakannya.
Karakter ‘H’ tersebut akan mempunyai bunyi
‘B’. Karakter H juga boleh menggunakan satu lagi simbol yang dipanggil
handakuten (atau dikenali juga sebagai maru).
Handakuten ialah simbol bulat di tempat yang
sama di mana dakuten berada. Karakter ‘H’ ini akan berbunyi ‘P’.
Dakuten dan Handakuten tidak boleh digunakan
serentak.
Hanya karakter ‘H’ sahaja yang boleh
menggunakan handakuten.
Pa ぱ
Pi ぴ
Pu ぷ
Pe ぺ
Po ぽ
0 comments:
Post a Comment