"Ahmad Faiz? Siapa Ahmad Faiz?"

"Saya," kata Faiz, sambil mengangkat tangannya sedikit.

Supervisor atau penyelia a.k.a. pensyarah Makmal Elektroteknik membaca senarai nama pelajar di tangannya.
Kami bertiga diam memandangnya.

"Ashraf?"
Saya angkat tangan.

"Oh.. Inilah Ashraf.."
Saya makin bingung. Kenapa ni?

"Saya ingat you Chinese.." kata supervisor.

"Haha.. You Chinese.." kata Ning sambil ketawa.

"Saya memang ada darah Cina" kata saya.

"HAH??"
Terbeliak. Terkejut bukan main.

Separuh
"Ayah saya separuh Cina. So, saya separuh daripada separuh Cina.."
"Oh.. You satu per empatlah.." kata Ning.

Opah saya, (ibu kepada ayah saya) iaitu Fatimah binti Abdullah merupakan anak angkat kepada pasangan Melayu.
Dan terlupa nama moyang saya.
Dan Opah berdarah Cina tulen.
Keluarga asalnya di Tanjung Sepat, Selangor.
Kemudian membesar di keluarga pasangan Melayu di Kampung Kundang, Bantig, Selangor.

Kemudian berkahwin dengan atuk saya, Ahmad bin Manap.
Dan lahirlah lima beradik, dan ayah saya, Nazlan bin Ahmad merupakan anak bongsu.

Ibu saya pula Jawa tulen, berasal dari Kapar, Klang, Selangor.

Saya berdarah Jawa (50 %), Melayu (25%) dan Cina (25%).
Lebih pekat Jawanya daripada Melayu dan Cina.
Tapi tak pandai langsung cakap Jawa...





Tujuan
"First, abang nak tanya, apa tujuan Ashraf nak beli?"

Sepi seketika.
Tiada jawapan.

"... sebab kalau beli untuk suka-suka, membazir.." sambungnya lagi.

"Erm... MUNGKIN saya minat (KOT...)"

Abang Taufik tersenyum.
"Ada orang buat bisnes.. Dapat duit.."

"Abang buat bisnes ke?"

"Ada, dululah.. Macam time ada event ke.."

"Erm.. Saya ingat.. nak tolong Badar dengan KRU.. Kadang-kadang bukan masalah kamera.. tapi 'Cameraman'.. Yelah, sekarang ni pun, Munzir dengan abang je guna DSLR. Sem depan abang last. Pastu tinggal Munzir je.. At least, ada "backup" kat sini.."

Model
"Dah decide nak beli model apa?"

"Hah?"

"Kena buat research dulu. Pilih mana yang berkenan."

"Err.. Tak terpikir nak cari.."

"Ni abang ada contoh sikit.." kata abang Taufik, sambil jarinya menekan-nekan di laptop.
Ada beberapa model yang beliau ambil dari internet.

"Ni model Nikon yang baru. Nikon D3100. Harganya bawah RM2000"
Saya rasa berkenan. Tapi model-model lain pun berkenan jugak.
(Sebenarnya tak tahu pun info pasal DSLR ni - ISO, exposure, aperture, shutter speed, etc)

"Tak tahulah nak pilih mane.."

"Takpelah, wat research sendiri, pastu bagitaw abang nak model mana.."

Saya keluarkan sehelai kertas daripada dompet.


"UISH.. DUIT APE NIE?"

Dah agak dah.
Memang SEMUA orang akan terkejut.
Rambang mata tengok nilainya.
First time saya baca resit ATM tu, speechless.
Saya belum pun berusia 20 tahun, dah ada sebanyak itu.
Senior-seniorita panggil saya OKB - Orang Kaya Baru.
Dua kali ganda biasiswa JPA (atau lebih..)
Boleh duduk UTM untuk 10 tahun lagi (haha).

"Sebab tu saya nak beli DSLR.." kata saya kepada Abang Taufik.

Saya menerima "biasiswa" satu minggu sebelum final exam 2010/2011 sem 1.

Perkongsian
Saya pernah berbual dengan abang Firdaus Abdul Rahman, tentang hidup beliau selepas kehilangan ayahnya. Waktu ni, saya baru saja pulang ke UTM selepas pemergian arwah abah.
Saya tanya, "Hidup abang susah tak sejak abang kehilangan ayah abang?"
Jawab beliau, "Allah mengambil sesuatu daripada kita, dan menggantikan sesuatu untuk kita."

Saya ingatkan, hidup saya bertambah susah sejak kehilangan abah.
Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Saya lihat lebih ramai manusia yang hidup lebih susah daripada saya.

Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada..



"Aihh... Hang pa sebok menekan, aku pun nak merasa jugak!" kata Pak Lang.

Saya tersenyum.

Tiga senior - abang Aslam, abang al-Arif (kami panggil Acheh) dan Pak Lang - berebut-rebut nak main kamera saya.

Saya biarkan je.
Bila lagi nak tengok diorang berperangai mengalahkan budak-budak?
Satu katil ada empat orang termasuk saya.
Ditambah pulak dengan kehadiran Pak Lang.
Silap-silap boleh roboh katil abang Aslam.


"Eh, ni dah off ni.. Camne nak on ni?" tanya Pak Lang.
Dua orang lagi ketawa.

"Mu cari sendiri.. Hahaha"
Diorang saje 'off'kan, nak kenakan Pak Lang.

"Ni, toggle benda ni.." kata saya.
Kamera pun ON.

Subjek pertama yang Pak Lang tangkap - Fahmin yang dah terlena dibuai mimpi.

Cahaya flash menyilaukan satu bilik.

"PAK LANG! Tak baiklah kacau dia tidur!"
Dalam keadaan marah, saya pun sama-sama ketawa.
Ada-ada je Pak Lang ni..
Bab mengenakan orang memang EXPERT..

Fahmin masih demam.
Katanya, dia datang kelas satu jam, kemudian ponteng kelas lain.
Hari ni, dia masih kurang sihat.
Keletihan je.

"Hah! Tengok! Aslam yang tak hensem, aku tangkap jadi hensem!" jerit Pak Lang.

Macam-macamlah abang sorang ni.. Excited sangat dapat main DSLR.

Susu

"Min, jom makan malam.."
Pak Lang kejutkan Fahmin. Waktu tu dia belum solat Isyak lagi.
Jam menunjukkan 11 malam.

"Ambilkan cawan.." katanya perlahan.
"Nah.. Hang nak air apa? aku buatkan" kata Pak Lang.
"Susu.."
"Berapa sudu (tepung susu)?"
"Tiga je.."

Saya ambilkan air panas yang baru dimasak, dan tuang ke dalam cawan.
Aroma susu berkepul-kepul dalam udara.
Saya segera berlari ke belakang.

"Saya tak boleh hidu susu.. Takut muntah.." kata saya.
"Hang tak boleh minum susu?" tanya Pak Lang.
Saya angguk.

Susu itu kemudiannya dicampur air sejuk.

Beli makanan
"Hang nak makan apa?" tanya Pak Lang lagi.
"Nasi goreng Cina"

Saya mencelah.
"Pak Lang.. Nak ikut!"
"Tak boleh, hang temankan Fahmin."
"Ala.."

Beli makanan dan air

Pujuk punya pujuk, kami pun tiba di Arked Kolej 9.
Saya order nasi goreng Cina, sama dengan Fahmin.
Fahmin kat bilik, dia tak ikut.
Pak Lang order Western food.

"Hang nak air tak?"
"Boleh jugak."
"Nak air apa?"
"Ikut Pak Lang."

"Bang, teh ais dua!"
"JANGAN!" jerit saya.
Abang tu pandang.
"Satu teh ais, satu teh O ais." jawab saya.

"Pulak dah? Hang tak minum teh ais?" tanya Pak Lang?
Abang jual air tu pun mencelah "Takut susu kot..."

Saya dan Pak Lang ketawa.
Abang tu pun berkata"takut susu sebab susu banyak lemak (susu lemak manis)"

Lemak

Cakap pasal lemak....
Saya pandang Pak Lang.
Mengilai sekuat hati.
Pak Lang geram.
Mesti sebab dia banyak minum teh ais ni...

Saya temankan Fahmin makan malam di biliknya.
Jam hampir menunjukkan 12 malam.

Semoga beliau segera sembuh dan dapat menghadirkan diri ke kuliah.

Sejak dari tadi duduk di hadapan printer.
Tak jugak berfungsi.

Saya duduk di katil Abang Aslam, sementara menunggunya.
Fahmin masih terlantar atas katilnya.
Dah masuk hari kedua kuliah, tapi belum belum masuk ke kuliah.
Dia masih demam.

Abang Aslam masuk, membawa tupperware.
Bau sedap.

"Printer tak jalan lagi" kata saya.

"Kejap ya.."

Abang Aslam betulkan wayar berdekatan printer.
Mata saya memerhatikan tupperware itu.
Apa isinya? Siapa bagi?

Pak Lang pun masuk bilik.
"Sele (Aslam), apa ni?" kata Pak Lang.

"Bubur. Intan bagi" jawab abang Aslam.

"Intan? Kakak Intan Hazila?" tanya saya.

"A'ah.." jawab dia lagi.

Saya terkejut. Tak sangka.

"Fahmin demam berapa hari, ada orang sudi bagi bubur. Aku accident tiga hari, tak dapat apa pun" kata Pak Lang.

Saya dan abang Aslam ketawa sekuat-kuatnya.

Makan bubur


"Min, bangun Min.. Ada bubur ni.." kejut Pak Lang.
Dengan mata yang terbuka tak berapa luas, dia makan bubur tersebut.
Kuantitinya tak banyak mana. Setengah mangkuk.
Saya tuangkan air suam ke dalam cawan.

Habis makan, Fahmin sambung tidur.
Bubur dalam tupperware masih banyak.

Giliran kami


Abang Aslam pun mencedok bubur dan letak di dalam mangkuk.
Begitu juga Pak Lang, yang memang nampak kempunan sejak dari tadi.

"Sedap.." kata Abang Aslam.

Tiba giliran saya.
Saya pun suap ke dalam mulut.
"Eh, sedap jugak.. Ada ayam.."
Ada daun warna hijau.
Mungkin daun sup.
Saya pun menyuap daun itu.

Berhenti makan.
Mata dah terbeliak besar.

"DAUN!! DAUN!! DAUN!!!" jerit saya sekuat-kuatnya.

Abang Aslam dan abang Azam terkejut.
Abang Azam baru masuk ke bilik itu, sebelum saya makan.

"Daun ketumbar?" tanya abang Aslam.

Saya angguk, sambil menangis.

"SAYA TAK BOLEH MAKAN DAUN KETUMBAR!!"

Tangan saya segera menyambar cawan yang penuh dengan air suam.
Saya telan air itu selaju-lajunya.

"Dah, dah.. Saya tak nak makan lagi..."
Baru tiga suap, saya berhenti makan.

Saya alah dengan daun ketumbar.
Bila dah sampai kat lidah, rasa nak muntah.
Hidu bau pun boleh pengsan.

Kepada pihak berkenaan, tolong jangan masukkan daun ketumbar lagi.

Anyway, bubur tu memang sedap!

Kami berlima makan bersama.

Adik lelaki saya tidak ikut.
Dia hanya menghantar mesej kepada mama, untuk menyampaikan salam kepada saya.

Saya anggap tengah hari itu hanyalah waktu yang biasa.
Sebuah keluarga berkumpul, menikmati hidangan bersama.
Sesuatu yang biasa. Sangat biasa.

Kami pun melangkah ke tempat letak kereta.
Sebelum tu, abah belikan donut.
Enam semuanya.
Tapi, saya tak berselera.
Tak tahu kenapa.

Kami pun tiba.
Sebelum turun dari kereta, abah nak beri sebiji donut kepada saya.
Saya menolak.
Memang tak lalu nak makan, walaupun nampak sedap.

Saya turun dari kereta.
Abah juga keluar.
Kemudian abah menghulurkan sejumlah wang.
Saya ambil tanpa berfikir panjang.

"Raya nanti, As balik sendiri, ye? Abah dah tak boleh hantar lagi.."
Alasannya, takde overtime.
Saya faham. Dan saya tak kisah balik sendiri.

Tangannya melambai.
Saya memandang wajahnya.
Abah kelihatan sayu.
Entah apa yang abah fikirkan.
Dan saya tepis pelbagai kebarangkalian.
Riak wajahnya menimbulkan seribu tanda tanya.

Saya hanya duduk di selatan Malaysia.
Bukannya luar negara pun. Tak sampai Singapura.
Tapi memang abah nampak sayu.

Tangannya masih melambai.
Dan keluarga saya pulang ke kampung halaman.

Itulah kali terakhir saya melihat abah masih "hidup".
Masih tersenyum walaupun sayu.
Masih mampu melangkah di atas bumi Allah.

Peristiwa ini berlaku pada hari Ahad sebelum semester baru bermula.
Sehari sebelum kuliah.

Esok, Ahad 2 Januari juga hari Ahad sebelum semester baru.
Tiba-tiba, kenangan ni datang bertamu.
Kenangan, atau ketakutan..
Badan saya terasa lemah..

Saya rasa sayu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...