27 June 2013, 12.35 am
Saya belek-belek kad matrik pelajar UTM yang saya simpan dalam dompet.
Warnanya dah pudar sikit la berbanding tahun satu dulu.
Tapi gambar muka nampak macam petala ketujuh dengan kerak bumi.
Kad belakang tu ada tulis nama penuh, which I can't reveal here. Eheh.
Nombor kad pengenalan.
And my program:
Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik)
Kemudian ada 'Tarikh Dikeluarkan'.
27/06/2009.
Kad ni dikeluarkan pada hari yang sama saya mendaftar sebagai mahasiswa tahun satu dulu.
Iaitu hari Sabtu.
Juga hari yang saya terpaksa tinggalkan rumah jauh di belakang untuk sambung pengajian.
Memang perit jugaklah bila jauh daripada family, because we're separated from our blood veins and backbones. Oleh mereka yang pernah membesarkan kita. Oleh mereka yang selalu berkongsi seribu satu cerita dan meluahkan seribu satu bicara.
Kat sini jugaklah dapat kawan-kawan baru. Oleh mereka yang rupanya sama-sama keturunan homesick. Juga senior seniorsenior tercinta, baik abang mahupun kakak yang tak putus-putus berdamping bersama kami yang taraf adik-adik kecik ni.
Dan bila tengok balik tarikh hari ni, dah genap empat tahun la study kat UTM.
Isnin lepas dah hantar tesis. Hari LAST hantar tesis. Nasib baik sempat siapkan.
Selasa, main game dari pagi sampai malam. Tak produktif langsung!
Rabu, membuta pagi petang. Qada' balik tidur-tidur terkumpul. Serius penat dalam setahun ni.
Dan hari ni, hari terakhir kat UTM. Nak balik rumah petang nanti. Cuma tak beli tiket je lagi.
And this is the end of my student's chapter.
Tamau sambung master la. Dah kembang tekak nak baca balik buku-buku engineering.
Tapi saya layan je kalau baca novel dari pagi sampai malam.
So, secara rasminya , ini entri terakhir saya di Universiti Teknologi Malaysia.
Takde apa yang special pun tentang saya. Sekadar manusia yang sangat cintakan dunia penulisan.
Tapi saya memang sangkut la kalau suruh tulis short stories, apa lagi novel.
Saya belum sampai tahap itu.
But one thing for sure.
I won't be the same person as I left home four years ago.
Kepada sahabat-sahabat handai yang banyak tolong saya sepanjang kat UTM,
Kepada lecturer dan supervisor yang selalu menengking saya,
kepada technician yang selalu bagi tolong time saya blur,
Kepada abang-abang dan kakak-kakak yang dah grad tu,
Kepada adik-adik junior yang tengah LI dan yang bercuti,
Kepada SEMUA yang membaca tulisan ni,
Thank you.
For everything.
Farewell.
Assalamualaikum.
27062013:0058:end
3 comments:
i know how u feel man....
Asalamualaikum.
Are you, a Sarawakian?
Just wondering. Cuz u have told in one of ur entry that u are a Bumiputera :)
Hv a nice day aheads.
Jzk Allah.
no la.he is from klang selangor, mybe he take flight from utm jb to kl..just answer from my side..
Post a Comment