2 April 2012
6.28 am



Ustazah pernah pesan,
“Perasaan tu tak salah. Sebab memang fitrah lelaki suka wanita. Begitu juga sebaliknya. Yang salah, perbuatan tu (couple, sms benda-benda tak perlu, berkepit macam belangkas, duduk semeja atas alasan study tapi dok bersembang sakan, etc)”

Mungkin pelik bunyinya, but I’m not the guy that’s looking forward to relationship with another girl.
I’m not thinking about marriage. Seriously. I’m still 21.
Relationship = hampeh + buang masa.

Ramai je kawan-kawan yang couple, boleh kata semua lingkup akademik.
Kawan sejantina entah ke mana. Ibu bapa letak kat mana.
Akhir sekali clash. Masing-masing berendam dengan air mata.
Waktu tu la start cari family dan kawan.
Pastu tak habis-habis mengutuk ex sendiri ni kat facebook.
Dan dengan sendirinya memulakan pencarian bakat baru yang kononnya bakal menjadi isteri solehah.
Lebih solehah daripada ex-nya.

Nak cari isteri solehah, tapi diri sendiri tak pernah usaha nak jadi suami soleh.
Bagai wanita yang mencari bakal suami yang hafaz Al-Quran 30 juzuk, tapi diri sendiri duduk kat kuliah ekonomi.
Nak cari suami hafiz, yang wanitanya pun kena sama-sama jadi hafizah.
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

That’s why, I ‘hate’ this feeling.
Bukanlah benci gila-gila.
Kalau perasaan itu bersifat sementara, takut habis madu sepah dibuang.
Mula-mula memang sweet.
Lepas habis semua dicurahnya, apa lagi yang tinggal?


Saya bukanlah insan yang menafikan fitrah manusia.
Cuma saya tak galakkan usia macam ni untuk memulakan langkah pertama.
Takut disusuli langkah kedua dan ketiga.
Juga takut disertai dengan ‘orang ketiga’.
Jauh berjalan, takut susah nak patah balik.
Prevention is better than cure.

Dari zaman sekolah rendah, mungkin kita ada banyak 'cinta pertama'.
Lepas tu masuk sekolah menengah. Kisah cinta sekolah rendah = kisah lama.
Then masuk mastrik. Kisah cinta sekolah menengah  = meaningless. Dah jumpa awek baru pun kat matrik.
Masuk universiti, kisah matrik is totally worthless.Cari 'bakal isteri'.
Keluar universiti? Love means nothing?
What is love anyway? It's not permanent.


Yet, out of nowhere, she’s there.
Right in front of my very own eyes.

One of a kind.

'I kind of like it your way
How you shyly place your eyes on me'

The question is:
Take it, or leave it?

And, probably, she’s waiting for the answer, too.

Atau kami sekadar bertepuk sebelah tangan.
Main tarik benang, kata orang.
Atau main 'catch-me-if-you-can'. 

Habis tu, nak langgar prinsip sendiri?
Nak cakap apa?
‘Benda ni sat ja… Sat lagi dia hilanglah… Hang pi sini, dia pi sana.. Tak jumpa dah…’

I cried.
Feeling is not a programme.
You can’t delete them in a single click.
Neither double-click nor right-click.

Ingat nak tutup je hati ni. Tak nak bukak kat siapa-siapa lagi.
Tapi dia hadir secara tiba-tiba, entah dari langit ke berapa.
Takut cinta manusia mengatasi cinta Tuhan.
Takut  Allah murka. Dan takut dirinya kecewa.
Antara Dia dan dia.

Betul, jodoh itu di 'tangan' Dia.
Tapi kita sendiri yang kena ikhtiar, doa dan istikharah.

Tak taulah dari mana datang rasa ni.
Dari langit? Dari hati?

Andai benar rasa itu tak wujud hati,
Mengapa cemburu itu tak pernah pergi?

Atau mungkin aku je yang menafikannya.
Wallahualam.
Tak tahu. Takde jawapan.

~ ini bukan suara hati saya. tapi suara hati kita. ~

Dia = Him
dia = her

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...