“Adik perempuan aku ada semua buku Hlovate!” kata Pak Lang.
Oh. Hlovate lagi. Bosanlah dengar nama dia. Dah takde nama
lain ke?
“Buku dia banyak cerita pasal student yang belajar luar negara”
Saya mula bersuara.
“Siapa dia ah?” kata saya sambil angkat kening double-jerk.
“Hah.. Tu yang jadi rahsia…” kata Zufar.
Fahmin diam je. Dia mana layan novel-novel ni.
Ok. Saya memang tak tahu apa-apa tentang beliau. Tapi antara
karya beliau yang saya tahu, aA + bB. Waktu tu tahun 2009. Lepas habis matrik. Surfing
internet, terjumpa nama beliau. Dan saya pun baca sinopsis aA + bB. Baca punya baca…
“cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin”
“Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan
jurutera, yang bukan pilihan hatinya?”
“Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a
husband? ~ Benz.”
Apakah? Cerita kahwin? Bosanlah dengar jiwang-jiwang ni.
Klise! Cerita kahwin paksa dah jadi norma masyarakat lah... Ye ke? Tapi dah
boleh agak penghujungnya, kan? Nama penulisnya pun ala-ala jiwang ~ Hlovate.
Hate + Love = Hlovate? Ye ke? Putus fius ape mamat ni? Angau overboard!
Saya pun boikot karya beliau yang ‘biasa-biasa’ ni. Setakat sentuh kulitnya dalam kedai buku MPH Taman Universiti tu pernah la jugak. Tapi takde nafsu membuak-buak nak beli pun.
Perbualan dua minit kami berempat (bertiga sebenarnya) inilah yang membuka hati
saya untuk mengenali Hlovate.
Shopping beli baju dan seluar pada pagi Sabtu di Jusco Taman U.
Singgah MPH satu kemestian. Pusing-pusing area buku kamera
digital. Dan belek sikit-sikit novel. Dan…
“Contengan Jalanan?”
Saya senyum. Ada jugak penulis letak nama ni jadi tajuk
buku. Siapa lah penulisnya…
“Hlovate??”
Saya scan cover kulit buku tu. Ada tagline berbunyi “…perjalanan
cari Tuhan..”
Cari Tuhan? Eh, Hlovate tulis buku apa sebenarnya ni? Bukan
cerita jiwang je ke?
Saya terpaku depan rak buku tu selama beberapa minit.
“Nak beli ke tak nak ni? Karang dah beli, cerita tak
Islamik, cintan-cintun lebih, ayat-ayat flower, aku rasa nak bakar je buku ni.”
Fikir punya fikir, saya pun letak balik atas rak MPH tu, dan
segera meninggalkan kedai buku tersebut.
Sambil berjalan, saya bermonolog.
“Dah beli nanti takut tak baca pulak. Kesian buku tu tak terbaca.”
Tak jauh dari perhentian bas, saya berhenti.
“Tapi kalau tak beli sekarang, memang takkan kenal siapa dia. Takkan tahu cerita yang dia tulis.”
“Tapi kalau tak beli sekarang, memang takkan kenal siapa dia. Takkan tahu cerita yang dia tulis.”
Saya pun berlari-lari masuk balik MPH, ambik buku, terus ke
kaunter dan bayar. Tak sampai seminit pun berdiri dalam kedai tu. Come hell or
high water, kena baca jugak buku ni.
Dalam bas balik UTM, saya pun selak beberapa muka surat. Ada
dua cerita – Kisah Fend dan kisah K2 (disebut K-square)
Mula-mula baca, mak oi.. rock habis! Tak kena langsung dengan gaya saya. Dan saya teruskan pembacaan, sampailah habis cerita tu, lebih kurang dua minggu.
Sekarang baru saya faham kenapa Hlovate ni popular. Cerita yang ditulis bukanlah ‘cerita-cerita biasa’. Cara penyampaiannya sangat dekat dengan hati pembaca. Ada pengisisan rohani dan Islamik. Beliau mengajak pembaca untuk merenung dalam diri masing-masing, dan percaya semua orang mampu berubah dan kembali mencari Tuhan. Semua orang akan lalui fasa turning point.
Dan Hlovate ni – setahu saya – perempuan. Rock muslimah. Ingatkan mamat!
Sebelum tamat novel ni, saya cari novel beliau yang lain – sebab bila dah habis Contengan Jalanan, saya nak terus mula novel baru. Tak buang masa menunggu.
Dan satu-satunya novel yang ada di MPH ~ Rooftop Rant. Itu
je jilid terakhir di MPH Taman U. Lucky me!
Kemudian mula ‘memborong’ novel-novel yang lain ~ Versus, [tunas], aA + bB dan 5 Tahun 5 Bulan ~ secara online. Thanks to Fatin Liyana, kakak Fazrena Kamal dan abang Muhammad Hafiz bin Muhammad sebab tunjuk cara nak beli barang secara online. Haha. Terpaksa beli online, sebab memang dah susah nak cari kat kedai buku. Ada je rasanya, kalau pergi kedai lain la.
Daripada kaki boikot, sekarang saya dah kumpul enam novel
beliau dalam satu semester. Lebih kurang 3000 muka surat semuanya.
Hlovate berasal dari Perak dan boleh dihubungi melalui hlovate@yahoo.com
Blog beliau yang telah di’deactivate’ (tak aktif, tapi tak
delete lagi):
http://hlovatulis.blogdrive.com
http://hlovatulis.blogdrive.com
Sekarang beliau ada blog sendiri untuk facebook.
Karya terawal beliau ialah GreaTroblemaker_i yang ditulis
sejak Tingkatan 3. Kisah ini dijilidkan sebagai [tunas] dan aA + bB. Kisah Nur
Addin Shah dan Benz Alif sejak zaman sekolah hingga mereka mendirikan rumahtangga.
Ini bukan kisah cinta biasa! Nak tahu, baca sendiri.
Kata beliau:
“Saya tak pandai melukis, jadi saya tak boleh ‘draw and paint’ perasaan saya. Saya tak pandai menyanyi, saya tak boleh lagukan hati saya Saya tak ada ‘art and skill’ maka saya tak boleh nak ‘shout out’ buat ‘grafitti’ kat mana-mana dinding…. Dan sebenarnya saya tak pandai pun menulis… saya tau ‘throw out and spill’ aje…” ~ dipetik dari 5 Tahun 5 Bulan.
InsyaAllah saya akan buat review + bedah buku ni satu persatu dalam entri-entri akan datang.
By the way, ada kisah-kisah pendek yang lain, macam Schubert’s Serenade dan Ked’s Story. Ni je karya beliau yang belum pernah saya baca. Semester depan la baru beli. Tengah sengkek. Dah hujung sem, OKB pun boleh pokai.
May Allah bless.
3 comments:
kata orang.. tak kenal maka tak cinta...
setuju! and never judge a book by its author.
saya start kenal hlovate sebab terjumpa ad aorg share pdf file contengan jalanan part fend dengan chad backpacking kat australia jer. Then baca.. Ramadan 2011 saya dapat tau contengan jalanan dijadikan novel. Mengagau satu melaka mencari novel tu.Jumpa, beli dan baca. Wow!!! Lain giler. start daripada tu saya mula cari novel yang lain. Lepas tu baru perasan dekat rumah kakak ada rupanya novel-novel hlovate yang lain. Terus ambil buat macam harta sendiri hehehe
Post a Comment