Hujan menitis gugur membasahi bumi.


Masih belum nampak lagi bayangnya.
Aku tetap menunggu. Dia akan tiba.
Tak mungkin dia lupa.

Aku hanya berteduh di bawah sebatang pokok pinang yang tidak tinggi.
Aku bermandi hujan.

Mengira detik waktu berlalu.
Masih belum tiba.
Tapi aku tahu, dia akan datang.
Dia akan datang.

Badanku semakin kesejukan.
Entah macam manalah buku-buku dalam beg ni.
Entah basah, entah tak.

Mata saya yang rabun jauh ni cubaa perhatikan di sebalik pagar sana.
Tak nampak juga.
Aku berulang-alik keluar pagar besar, kemudian kembali ke bawah pohon itu.
Mana ni..

Aku berdiri.
Dan terus berdiri menantinya.

"As!"
Aku toleh ke belakang.
Abang Am memanggilku.

"Abah kat sana.."
Jarinya tunjuk ke arah bangsal berbumbung.
Atau lebih tepat, tempat letak kereta guru.

Kami berlari dalam hujan.

Abah duduk di atas motor.
"Lain kali, kalau hujan, tunggu kat sini.."

Abah pun lupa nak pesan untuk suruh aku tunggu di tempat letak kereta berbumbung jika hujan.
Aku pun tak tahu nak cari kat mana.

Apabila pulang, aku dan abang Am mandi hujan.
Abah yang benarkan. Kami berdua seronok.
Mama kehairanan melihat kami.
Kami kata abah yang benarkan.



Peristiwa ini berlaku semasa saya darjah satu.
Kira-kira 13 tahun lepas.

Entah kenapa, akhir-akhir ni, apabila hujan, saya teringat kisah ini.
Abah masih ada bersama kami.

Saya akui, tiada manusia sempurna.
Tapi dia sangat sempurna kepada kami sekeluarga.

Hati saya terasa ada suatu ruang yang kosong.
Saya tak mampu menterjemahnya dalam tulisan.

Saya mungkin nampak gembira di hadapan rakan-rakan kelas.
Ceria di hadapan sahabat Badar, KRU dan surau.
Ketawa sama-sama.


Sejak abah takde,
Saya jarang jumpa senior.
Saya suka berkurung dalam bilik.
Kunci pintu, dan hanya buka suis kipas dan lampu belajar.
Saya tak mahu diganggu.
Saya tak nak cakap dengan siapa-siapa.
Dan menangis.

"Are you a student?"

"Yes, I'm Second Year."

Seorang tenaga pengajar "foreigner" duduk sebelah saya sebelum Zohor, di hadapan surau FKE.

Saya tersenyum.
Hari ini saya memakai pakaian formal lengkap termasuk tali leher hitam.
Seluar slack hitam. Kasut kulit hitam.
Baju kemeja sahaja putih.
Ditambah dengan jaket Fakulti Kejuruteraan Elektrik, FKE, warna hitam.
Sekali pandang, saya memang ada rupa pensyarah.

"I have some tips for you,"
Saya mendengar dengan penuh perhatian.

"When you do some exercises, take two piece of paper."
"On the right part, solve all the problems"
"On the left part, list all the formulas."
"And use both papers eveytime you want to do some exercises"

"This method works for me when i was about your age."
"You can try this method, whether it is suitable for you, or not.."

Kadang-kadang saya terlupa guna cara ini.
Belajar dan terus belajar. Tidak berfikir.
Ah, selama ni memang banyak benda saya terlepas.
Memang silap sendiri.

Teringat kata-kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil semalam,
"Learning without thinking is useless.
Thinking without learning is dangerous."



Ketika lepas bebas di alam remaja,
impianku tidak mengenal batasan - aku ingin MENGUBAH DUNIA. Bila usia meningkat dewasa dan aku semakin matang, kusedari... rupanya dunia tidak akan berubah. Lalu aku bataskan jangkauan. Memadailah jika aku dapat MENGUBAH NEGARA. Namun ini juga tidak kesampaian.

Di usia senja, pilihan terakhirku ialah untuk MENGUBAH KELUARGA dan mereka yang terdekat. Malangnya... Mereka juga tidak mampu ku ubah. Kini, di perbaringan menanti maut, baru ku sedari (mungkin buat kali pertama)... Andainya dahulu yang pertama ku ubah adalah DIRI SENDIRI - dengan menunjukkan teladan yang baik, pasti aku dapat MENGUBAH KELUARGA. Lantas... Dengan sokongan dan dorongan semangat mereka, aku pasti mampu MENGUBAH NEGARA.

DAN SIAPA TAHU... MUNGKIN JUGA AKU MAMPU

MENGUBAH DUNIA

COPYRIGHT RESERVED SAIFULISLAM.COM (C) 2010
plese consider the environment before printing the presentation


19 Julai, Isnin
Pagi

"Minum airnya, As.."
Mama mennyuruh saya minum teh o suam.
Kalau duduk rumah, itu yang mama hidangkan kepadaku setiap pagi.

Kemudian bersalam dengan Mak Yang.
"As, ambik ni.."
Mak Yang menghulurkan sejumlah wang.
Aku sama sekali pasti menolak, tap tak patut tolak pelawaan orang yang lebih tua.
Ah, banyaknya orang hulurkan duit.. Dompet pun makin "gemuk"..

Memang rezeki turun macam hujan pada pagi itu.

Mengambil tiga jenis beg untuk dibawa pulang ke selatan.
Beg laptop, beg silang dan beg "balik kampung".
Beg-beg yang ku bawa sejak Khamis lalu.

"Semua dah siap?"
"Dah.."

Toyota Avanza biru metalik itu mula menyusuri jalan raya Klang.
Pandang kiri kanan. Lepas ni memang tak balik, sampai bulan puasa nanti.

Di bandar ini aku dibesarkan. Abah selalu bawa kami berjalan melalui kebanyakan jalan utama di pusat bandar.
Terkenang pelbagai memori tentang abah. Akulah anaknya yang paling suka ikut berjalan.

Tiba di Klang Sentral.
Ketika bas Transnasional menunggu pemandunya, aku berdiri di luar, bersama mama dan abang Am.
Adik-adik bersekolah - An tingkatan 4 waktu pagi, Anis tingkatan 2 waktu petang. Tapi Anis perlu duduk di rumah, menjaga Mak Yang.

"As takyah fikir sangatlah.. Belajar je.. Kuatkan semangat.." kata mama.
Aku angguk.
Memang payah nak hilangkan kesedihan ni. Tapi aku cekalkan diri.

Pemandunya masuk, dan aku terus duduk di 8C.
Dari tingkap, wajah mama dan abang Am masih jelas kelihatan.
Tepat 9 pagi, aku bertolak.

Saya melambaikan tangan sambil tersenyum. Mereka juga melambai sambil tersenyum.

Saya unlock telefon bimbit, dan pergi ke mesej.
Jari menekan-menekan butang.
"As dah gerak. Kalau ada masa, jenguk-jenguk mama, abang Am, Annas dan Anis."

mesej ini dihantar kepada Mak Teh, Pak Teh, Kakak Yan dan Mak Cik Adik.

Kakak Yan - Zunnorain Mohd Zin
"Owh yeke.. As jangan risau pape, kakak yan n family lain semua boleh tengok-tengokkan mama n adik-adik. As pun kalau nak mintak tolong apa-apa kat Iqa sane call je dia, kalau nak suruh kakak buat apa2 kat sini pun gtau je ok. Have a safe trip. Keep intouch ;)"

Makcik Adik
"InsyaAllah. Belajar rajin-rajin, jangan lupa berdoa untuk arwah abah. Kalau makcik ke sana, makcik call As"

Mak Teh - Habibah Ahmad
"InsyaAllah. Jaga diri n kesihatan As. Tumpu perhatian pada pelajaran."

Pak Teh - Mohd Yunos Rakob
"InshaAllah. Don't worry. Just focus on your study & take out the best of you. Your SUCCESS is very meaningful to your mama & family."

Seketika kemudian, kedua-dua belah pipiku terasa basah dilinangi air yang kehangatan.

Tapak tangan ini mengenggam BARA HARAPAN semua yang mengenaliku.
Bara yang akan aku hangatkan hingga PANAS MEMBAKAR satu hari nanti.

Ashraf Bin Nazlan

18 Julai, Ahad
Malam

Sebelum Pak Teh pulang pada kenduri malam kedua, aku bersalam dengannya.
''As risaukan pasal duit.."
"Oh.. Jangan risau sangat.. Mama kan masih berkerja.."
"Tapi gaji mama tak semewah abah.."

Mama kerja sebagai kerani pejabat pos. Menguruskan setem, pos laju, hantar barang, dan yang sewaktu dengannya. Kadang-kadang ambil alih tugas Cik Izan merangkap bos pejabat tu. Tugas Cik Izan selalunya pasal bayar bil.
Mama kerja 8 pagi - 4 petang setiap hari bekerja dan 8 pagi - 12.30 tengah hari pada hari Sabtu minggu bekerja. (tak ingat, minggu 1&3 atau 2&4)

"Betul, tidak semewah abah, tapi, insyaAllah, saudara-saudara, malah jiran-jiran boleh bantu.."
"Tapi, bukan ke itu menyusahkan orang lain.."
"Kat sekolah dulu As ada belajar FARDU KIFAYAH, kan?"
Aku mengangguk.
"Inilah fardu kifayah orang dewasa.. Kami saudara akan cuba bantu apa yang termampu.. As ada masalah pun boleh call Pak Teh.."

Saya pandang Toyota Avanza biru metalik di sebelah kanan.
"Kereta tu pun kena bayar.." saya menyambung.
"Berapa bayar sebulan?"
"Tak tahu.. tapi bulan sebelas ni habis bayar.."

Kereta ni berkait rapat dengan umur saya.
Kereta ini dibeli pada malam hari lahir saya. Ketika saya berusia 15 tahun. Hujung 2005.
Dulu ada Kancil, dan tukar Kancil tu dengan Avanza.
Bayaran yang diletakkan pada Kancil jadi bayaran deposit Avanza.
Tolak campur, Avanza perlu dibayar selama 5 tahun.

"Pak Teh anggarkan abah bayar RM800 sebulan"
Mataku terbeliak.
"tinggal Ogos, September, Oktober, November - 4 bulan. Ertinya, bayar RM3000 je"

Alhamdulillah.. Tak banyak sangat.. InsyaAllah ada duitnya..
"Kalau tak mampu, Pak Teh cuba tolong, kemudian bila dah ada duit, bayar balik kat Pak Teh. Lepas tempoh tu, kuranglah beban keluarga As.."

Abah sengaja ambil pinjaman 5 tahun, cepat habis bayar, kurang "interest"..
Maknanya tak perlu bayar lebih. Sebab tu abah kuat kerja..
Kereta ni je hutang abah. Takde apa-apa hutang lagi yang abah tinggalkan. Abah takkan meminjam duit orang. Sikap yang sangat saya hormat kat abah.

Ya, empat bulan sahaja. Ketika berusia 20 tahun, kereta ini akan jadi milik kami sepenuhnya.

"Ini namanya MIND SETTING.."
"Hah?"
"Cara kita berfikir menentukan kekuatan kita. Orang bersilat pun perlukan minda yang kuat"

"As tak perlu risau soal duit.. Yang penting sekarang.. Belajar.."
Belajar..

Mak Teh, kakak abah pesan..
"Tunaikanlah impian abah.."
Mak Teh kucup kedua-dua belah pipi saya, kemudian di dahi.
Saya tahu, Mak Teh dan Pak teh dan semua adik beradik abah dan mama sayangkan kami anak-beranak macam anak sendiri.

Pak Teh kembali berpesan,
"Hidup ni macam roda. Kadang kat atas, kadang kat bawah"
"Kita kena cuba berada di atas. Kemudian pastikan ia akan membesar.."

Ayat pertama biasa dengar. Tapi ayat kedua first time dengar.
Pak Teh petah berbicara. Penuh dengan motivasi. Sentiasa berfikiran positif.

Aku lambaikan tangan ketika mereka berdua melintasi jalan kecil di hadapan rumah.

Semoga dugaan ini mendorong saya untuk lebih kuat dalam kehidupan.
Andainya hidup saya terus-menerus senang dan mewah, sayalah orang yang paling lemah.
Seorang yang takut dugaan. Seorang yang tidak menghargai kasih sayang abah.
Saya semakin faham tentang tujuan hidup.

Life is not just about studying, but learning.

Hidup perlu diteruskan. Impian perlu direalisasikan.

Abah, As akan teruskan perjuangan hidup ini.
As akan terus mendaki, dan terus mendaki hingga ke puncak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...