July 15 2015, 3.20 am


Saya ada dapat notis jemputan daripada surau di taman rumah kami yang tertulis,

"Semua penduduk taman yang tidak pulang ke kampung dijemput untuk bersolat sunat aidilfitri di surau pada jam 8.30 pagi."



Ye la. Memang la kami tak balik kampung. Sebab kitorang takde kampung.


*****
"Kawan kerja yang dari Kelantan rasanya dah balik hari ni."



"Oh? Ye ke..." kata mak saya.



"Kita je takde kampung, kan?" tanya saya. Semua orang berpusu-pusu main aci redah beratur kat line Touch n Go bila raya dah dekat. Tiket bas pun selalu je habis kalau beli last minute. Kitorang ni rileks je goyang kaki kat rumah. Biskut raya pun tak beli lagi ni. Buat pun tidak. Senang cerita, raya ni kitorang tak buat apa pun.



Mana taknya... Kampung mak saya membesar cuma 20 minit dari rumah kami. Makna lain, saya tinggal kat kampung nenek saya. Saudara mara saya pun semuanya duduk Selangor. 95 % dalam Klang. Paling jauh pun duduk dekat-dekat Pantai Morib sana. Saya tiada pengalaman beraya di lebuhraya.



"Ada... Kita ada kampung,..." kata mak saya.



Saya senyum je. Ya, kami memang ada kampung. Walaupun dekat, walaupun sebelah rumah, walaupun kami keluar masuk macam rumah sendiri hari-hari, itulah kampung kami.





Saya hanyalah seorang budak bandar yang mencari 'kampung halaman',



We are who we are. Because of where we come from. And that is home.

Ani yang dilakonkan oleh adik Dania Erisha ni mewakili kita semua. Yang sedikit sebanyak membawa mesej agar kita pulang ke pangkuan bonda setiap kali tibanya hari raya. Mungkin kampung mak saya tu sebenarnya tidaklah membawa banyak sangat pengertian bagi saya, tapi ia terlalu istimewa untuk ibu saya.

Dan betullah apa yang mama cakap. Kami memang ada kampung.

Dalam semua iklan Petronas pun yang keluar tiap-tiap tahun kat tv, secara peribadinya, inilah iklan yang paling saya suka.

Kepada anak-anak jati Selangor dan Kuala Lumpur yang blur macam saya,
yang kalau beraya memang tak lalu tol lebuhraya,
yang tak faham pengertian 'balik kampung' dalam erti kata yang sebenar,
bolehlah mula cari pasangan hidup yang duduk luar negeri Selangor dan try beraya kat kampung diorang.
Hahaha.

~nc~

July 9th 2015, 10.02 pm

Selepas beberapa kejadian yang berlaku, saya mengambil keputusan untuk berkongsi apa yang terbuku di hati kepada pembaca, iaitu korang semua.

Whoa! Tajuk power gilew! Tengah darah manis kew? Takde lew. Ini bukan ceritew sayew.

Untuk mereka yang lebih kurang baya-baya saya, sekitar plus minus tahun 1990-an, memang takkan lari dari soalan ni:

"Bila nak kahwin?"

Satu soalan yang saya kira boleh mengguris hati mereka yang masih berstatus single.

Tapi fokus penulisan saya kali ni bukan soal single mingle, tapi soal mereka yang sudah bersedia untuk hidup berpasangan - walupun hakikatnya saya single mingle. Nak diikutkan, saya tak layak pun bercerita sebab saya tiada pengalaman sebegitu. Benda ni mungkin relevan kat mata saya sahaja, termasuklah beberapa andaian semata-mata tanpa bukti saintifik. Apa-apa pun, saya mengalu-alukan pembaca untuk buat perkongsian kat bahagian komen bawah ni. Jadi anonymous pun takpe. Saya selalu je jenguk Blogger.

Saya pernah tanya kat sorang ni, "Kenapa awak teruja nak berkahwin?"
Jawab dia, "Nak elak maksiat. Dan saya sangat-sangat sayangkan dia."

*mata juling ke atas + facepalm*

Budak macam ni nak kahwin? Like, seriously?

Perasaan tu tak salah. Sebab benda ni fitrah. Allah cipta kita sebegitu.
Mungkin pada usianya yang saya kira muda, dia tak nampak gambaran sebenar erti perkahwinan.

Perkahwinan tu sehari. Rumahtangga tu sampai mati.

Saya petik satu ayat daripada Hilal Asyraf:
Cinta itu ialah apa-apa yang membawa kita ke syurga.
Apa-apa yang membawa kita ke neraka, itu bukan cinta namanya.

Maksudnya kat sini, konsep cinta ni sebenarnya luas. Dan sangat rugilah kalau kita sempitkan skop cinta ni sekadar perasaan merpati dua sejoli. Dan cinta jugalah yang akan bawa kita syurga. Ertinya, cinta ni sangat-sangat suci, dan cinta paling agung ialah meletakkan cinta kepada-Nya lebih daripada manusia lain.

Kenapa Allah cipta manusia? Jawapan skema yang saya hafal dari zaman ambil SPM dulu, ada dua:
1. Sebagai hamba.
2. Sebagai khalifah.

Hamba bertugas to serve the master. Buat apa yang disuruh, dan tinggalkan apa yang dilarang.
Khalifah pulak untuk mentadbir alam. Ya, alam. Bukan Bumi sahaja ya.

Dalam novel Versus oleh Hlovate, ada ayat ni (tak ingat page berapa)
(saya olah sedikit ayat ni)

Individu Muslim > Baitul Muslim > Masyarakt Muslim > Kerajaan Muslim > Sistem Khalifah Muslim > Empayar Islam  > Ustaziatul'alam

Baitul muslim is not just about the unity of a man and a woman, tapi tanggungjawab melahirkan generasi ustaziatul'alam atau pemerintah alam.

Daripada satu individu muslim jadi dua, kemudian berkembang jadi 3 dan 4,dan bertambah-tambah. Hakikatnya, perkahwinan ni bukan pasal "anak kau dah berapa" tapi satu tugas yang Allah amanahkan kepada kita sebagai khalifah.

Kesimpulannya, perkahwinan bukan atas dasar cari jalan nak halalkan hubungan korang. Sebab tu cuma pintu sahaja. Dalam rumahtangga tu yang kena isi macam-macam. Saya pernah dengar statisitik yang mengatakan setiap 15 minit ada pasangan Muslim yang bercerai. Apa puncanya? Mana hilangnya cinta diorang? Mana kata-kata "aku nak elak maksiat" yang sering diulang dulu? Kenapa mesti berpisah?

Saya tak boleh bagi jawapan tepat untuk soal ni.

Kepada anak-anak muda yang sedang hangat bercinta, baik di bangku sekolah mahupun di menara gading, cuba fikir hubungan korang ni nak pergi mana sebenarnya. Bukannya tak pernah dengar budak lain clash kat tengah jalan sebab diorang dah jumpa orang lain kat tempat lain. Lagipun, lepas kahwin, mesti anak, kan? Korang boleh jadi parents yang baik? Duit nak sara keluarga, nak cari kat mana? Bahagia ke bercinta, kalau duit belanja sekolah pun mak bapak masih tanggung?

So what's the point korang teruskan, kalau tahu korang akan berpisah? Kalau betul korang serius, cuba bincang dengan parents. Cuba buka hati dan dengar. Jangan abaikan pelajaran korang sebab benda-benda ni.

Ada orang, kebahagiannya ialah membuatkan si dia bahagia.
Bagi saya, kebahagiaan ibu saya adalah kebahagaiaan saya.

Saya pernah buat silap. Sebab tu tergerak hati untuk berkongsi semua ni.
Bila takde siapa tahu siapa kita, saya rasa lebih mudah untuk saya jujur kepada semua.

Kalau rajin, saya menaip lagi la kat blog ni.
Assalamualaikum.

~nc~

June 16 2015, 10.20 pm

"Give a man a mask and he will tell you the truth."
But it's also valid for a woman..
Eheh,

Seronok jugak sebenarnya hidup pakai 'topeng' ni.
Sebab rasa bebas untuk berbicara tentang apa-apa je yang kita suka.
Dan kita bebas meluahkan apa yang terbuku dalam hati.

An anonymous.

Kebenaran.
Itu, semua orang cari.

*****

Kak Zu,
ini adalah 'topeng' saya yang saya cuba sembunyikan daripada semua.
Sebab saya lebih suka untuk dikenali oleh kawan-kawan saya.

Engineer yang tak berapa banyak bercakap ni sebenarnya lebih banyak menulis kat sini.
Memang ramai cakap saya sombong sebab tamau bercakap dengan orang.
Dari zaman sekolah lagi dah kena brand dengan perkataan 'sombong'
Tapi saya memang ada masalah komunikasi dengan manusia sejak kecik lagi.

Tapi saya percaya, orang yang rapat dengan saya lebih layak untuk menilai siapa saya.
Ada masanya saya boleh ketawa sampai keluar air mata.
Ada masanya saya menangis dan dihulurkan tisu tanpa diminta.

Terima kasih kepada semua yang selalu je ada dekat dengan saya.
Especially you, Kak Zu.

*****

"It is not who I am underneath. It is what I do that defines me."
~ Bruce Wayne, Batman Begins

June 13 2015, 5.03 pm

Kalau mesin jalan, sepatutnya kena la ada output, kan?
Kadang-kadang mesin tu sendiri problem, so mesin terpaksa bypass/shutdown.
In normal circumstances, everyting's ideal.

BUT, mesin okay pun tak semestinya keluar output.

1. Boleh jadi the raw materials habis. Atau tak compound.
Causes: Mixer (ala-ala blender berskala besar for mass production) tak mampu nak blend banyak chemical at at one time. Tak pun holding tank (lepas compund chemical dari mixer, diorang masukkan dalam satu tangki simpanan) tak cukup.

2. Tak pun takde air. Sebab air ni universal solvent yang boleh cuci banyak chemical (except for carbon compund).
Causes: Syarikat tak berdaftar dengan SYABAS. Tak pun SYABAS nak buat testing pump dan nak verify pam air diorang cukup power untuk hantar air kepada consumers. Atau negeri Selangor tengah krisis air. Atau pam dari kolam company kitorang trip sebab motor terlebih power tapi paip nak salur ketangki atas tu kecik sampai pam tu overload. 3 hari sekali kena tukar thermal overload relay. Lagi parah kalau takde spare part kat workshop maintenance. Lagi parah la kalau wireman tu mengular a.k.a. membuta kat bahagian packing department.

3. Atau takde elektrik.
Causes: Overload. Power supply yang didaftarkan cuma untuk 10 mesin, tapi yang jalan 12 mesin. Atau TNB buat testing dan terpaksa off power supply. Kerani pun takyah datang kerja sebab tak boleh on PC.

4. Mogok
Causes: Admin atau Human Resouce potong gaji operator kami dari Nepal dan Bangladesh. Masalahnya diorang potong gaji sampai RM200. Basic diorang cuma RM900. Masuk 7 pagi, habis 4 petang. Tapi biasanya diorang kerja sampai 7 malam sebab nak claim overtime la. Sebelum dapat gaji, admin dah tolak sewa hostel, laundry, dan macam-macam jenis cukai lagi. Diorang nak keluar rehat untuk sejam pun kena potong. (Yes, it's true.) Biasanya diorang dapat bawah RM1200. Tapi kalau dah potong macam-macam, dan jumlah bersihnya sekitar RM1000, diorang pun marah. Keesokan harinya, kilang jadi sunyi tanpa pekerja. Mesin boleh berfungsi dengan baik, tapi takde siapa larat nak monitor mesin kalau diorang takde. Admin pun menggelabah, cepat-cepat diorang masuk hostel foreigner dan discuss pasal pembatalan potongan gaji tu dengan 'kepala mogok'. Admin terpaksa mengalah dengan permintaan diorang.

Tapi inilah realiti kerja kilang. Mesti ada orang tempatan yang menindas foreigner ni. Saya pernah dengar ada foreigner yang kejar General Manager diorang dengan parang (bukan tempat saya). Ada yang bakar kilang. Ekceli, saya pun kesian dengan diorang ni. Datang jauh-jauh tinggalkan family kat Kathmandu sana semata-mata nak cari rezeki. Bila dah sampai sini, diorang asyik kena pijak. Tapi diorang tahan. Kalau dah main-main gaji diorang, tengoklah yang diorang buat.

Waktu diorang mogok tu pun, saya senyum je. Biar admin kuku adamantium tu rasa 'kena pijak' dengan orang bawahan. Even local workers pun tak senang dengan admin tu. Oh, bila mesin tak boleh, saya pun boleh duduk goyang kaki kat lab. Haha. Penat tau kerja kalau mesin jalan. Sekali-sekala kenala rehatkan kaki.

Benda-benda macam ni la yang kita sebagai manusia sepatutnya ambil tahu. Belajar tentang hidup. Belajar 'berperasaan' terhadap orang lain, bukan sekadar 'berperasaan' kepada pasangan. Cari pengalaman bekerja. Cari hidup Mungkin kalau saya sambung master lepas degree dua tahun lepas pun saya takkan nampak semua ni. Rupa-rupanya dunia ni tak seideal seperti apa yang pernah saya gambarkan sewaktu zaman bersekolah dahulu.

Tapi saya rasa waktu untuk saya sambung master tu dah makin dekat. Doakan ye.

~nc~

June 13 2015, 1.49 pm


"Saya rasa hidup ni macam kita lalu jalan ni, lepas tu jumpa simpang." kata saya.

Kakak tu angguk.

"Lepas tu kita masuk simpang ke kiri. Lepas tu terus lagi. Tengok-tengok jalan mati. Then kita pun patah balik kat simpang pertama, dan ambik jalan lain pulak. Rupa-rupanya kat hujung tu pun jalan mati."

Hidup ni sekadar memilih simpang dan patah balik, itu yang saya cuba nak sampaikan dengan kakak tu.
Even pakai GPS pun tak sampai-sampai ke destinasi. Sebab tu namanya GPS - Guna Pun Sesat.

"Ada maksud tersirat tu"

Saya sengih je. Memang ada banyak maksud tersirat.

"Tapi akak rasa jalan tu bukan jalan mati. Mungkin jalan tu sebenarnya jalan yang 'buka' ke jalan lain. Mungkin ada simpang yang kamu tak nampak."

Saya diam.

"Even kalau kamu masuk jalan lurus 'go straight dont belok-belok', yakin dan pasti pun mesti ada satu peratus keraguan. Rasa was-was tu yang buatkan kamu kesal dengan pilihan kamu."

Itu yang saya takut sebenarnya. Bila dah buat pilihan dan berazam untuk melangkah, saya mengharapkan saya akan temui apa yang saya cari. But in the end, saya yang patah hati.

Soal hati ni memang misteri. There's no such thing as an absolute answer. Kat Wikipedia pun takde artikel dan tutorial pasal 'Choosing the Right Lane'.

'If the ladder is not leaning against the right wall, every steps we take just gets us to the wrong place faster.'
 - Stephen R. Covey.

*****
Rezeki ni pun satu perkara yang agak misteri la jugak. Kita boleh stay kat satu tempat for quite a long time. Then, we quit sebab tak tahan dengan pressure of the environment. And of course, the people around us which we hate the most.. So, we quit. Tahu-tahu je orang atas call balik. Dia janjikan beban kerja yang sangat ringan, dan gaji pun naik. Asalkan kita balik kat tempat duduk dan meja tu. Bila kita rasa rezeki kita kat situ dah habis, rurpanya-rupanya Dia nak bagi lagi banyak rezeki daripada sebelum ni.

Bukanlah saya galakkan yang membaca ni untuk berhenti kerja dengan harapan bos naikkan gaji dan menjanjikan dengan macam-macam janji. Cuma saya minta, jangan putus harapan dengan Dia, sebab Dialah sebaik-baik tempat bergantung.

Kisah ni, bukan kisah saya. Saya orang muda, dan tak boleh buat perangai pelik-pelik dengan majikan. Kalau rasa dah cukup senior, boleh apply petua yang saya tulis kat atas. Tapi kalau majikan tak nak call balik, jangan salahkan saya.

*****

Oh, lupa nak review pasal novel yang saya baca hari tu. Hari-hari kerja, sampai rumah terus membuta. Lama-lama tak bukak pun Blogger. Nanti saya try menaip perlahan-lahan ye. Sekian.

~nc~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...