February 21 2015, 3.58 pm

Kadang-kadang Blogger ni tunjuk nombor-nombor yang agak menakutkan.
Ada sesetengah hari yang pageviews sekitar 4 kali.
Ada jugak hari yang mencatatkan 313 pageviews.
Sekali lagi, berlakunya mini heart attack.

Dan saya pun terfikir,
"Apa sebenarnya yang korang cari dalam blog ni?"

Sejak post bertajuk Anthem tu mula jadi viral di laman sosial Facebook, saya agak teruja la jugak sebab ramai yang membaca hasil penulisan saya. Teruja sebab Hlovate sudi berkongsi apa yang saya tulis di laman conteng beliau. Dan setakat yang saya tengah tulis ni, ada 6789 pageviews untuk entri tersebut.

Jujur saya cakap, tidak terlintas lansung niat untuk mencari populariti. Saya menulis sebab saya suka menulis. Apa yang berlaku selepas itu sememangnya di luar kawalan saya. Yang sedikit sebanyak 'berjaya' buat saya menggigil ketakutan.

Saya membesar sebagai seorang yang agak pemalu dan agak lembut la jugak orangnya. Pendiam. Suka habiskan masa dengan buku berbanding borak-borak dengan rakan sekelas. Senang cerita, saya ni low profile. Ada satu benda yang saya takut sejak dari dulu lagi - perhatian daripada orang ramai. Saya takut kalau nama saya diumumkan untuk naik ke pentas dan ambil hadiah. Saya memang cuak bila satu kelas pandang saya kalau ada guru yang mintak saya jawab soalan beliau.

Kemudian, Anthem.
Ditambah pula dengan entri yang saya letak nama Hlovate.
Kalau dah beribu-ribu orang yang baca, macam mana la saya tak panik.
Dan pembaca pun mula menggali-gali isi dalam blog ni,
dengan harapan untuk mencari dan mendedahkan identiti saya..
Jujur, saya sememangnya ketakutan.

Saya tak salahkan siapa-siapa dalam hal ni.
Cuma saya berharap pembaca tahu yang saya ni bukanlah ideal orangnya.
Ada sesetengah perkara yang saya boleh share secara terbuka dengan pembaca,
dan ada ketikanya juga benda tu sepatutnya jadi privasi.

Ambillah apa-apa yang baik daripada blog ni, dan cuba manfaatkan untuk semua.
Saya tak halang langsung korang nak 'memviralkan' lagi blog ni.

Saya manusia biasa-biasa yang takde siapa pandang pun.
Saya pun pernah buat silap. Dan saya akui saya akan buatlebih banyak silap lepas ni.
Dan saya akan terus menulis sebab saya suka menulis. Noktah.

~nc~

February 8 2015, 9.02 pm

Belum ada entri bulan Februari rupanya. Haha, Busy la katakan.

Actually, lots of thing happened since January 2015.

Tarikh 16 Januari 2015 membuka lembaran baru dalam hidup engineer muda sorang ni. Di mana saya dapat posting ke plant sebelah, yakni Plant B. Actually, kilang yang saya kerja ni ada dua plant - Plant A dan Plant B. Dalam satu plant ada 6 line, atau boleh juga disebut 6 mesin (machine). Istilah ni mungkin pelik la kalau orang yang takde pengalaman kerja kilang.

Selepas 6 mesin/line berjaya 'diaktifkan', tiba pula giliran Plant B untuk beroperasi. And so the new chapter begins. Segala pengalaman yang kami dapat dari Plant A, kami cuba baiki untuk plant B. So far, produk keluaran kami jauh lebih baik daripada Plant A. At least boleh cover stok-stok yang tak dapat keluar ke kontena sebelum ni. Dengan kata lain, we are the saviors.

Al-kisahnya, Senior Factory Manager/SFM kami membahagikan separuh daripada pekerja Plant A untuk transfer ke Plant B. TAPI, for production engineers yang ada 4 orang ni, saya sorang je yang masuk Plant B. WHATTT??? Rupa-rupanyanya 3 lagi engineer tu kena stay Plant A sebab diorang akan ada triple shift (8 am, 4pm, 12 am). Memang frust gila la waktu. Dalam banyak-banyak ni, apesal saya yang kena pergi pulak? But there's lots of things I learned from the new plant.I can focus on the machine itself rather than product. Because engineer should know about technical things. How things work. And all sorts of other questions.

***** 

*Sekadar pandangan peribadi saya selaku manusia yang memerhatikan manusia lain.*

Ada dua jenis engineer kat kilang - Production Engineer dan Process Engineer. Ada orang cakap sama je. Tapi saya cakap dua kerja ni sebenarnya berbeza. Production Engineer kerja bawah Production Department. Process Engineer kerja bawah R&D Department. Obviously 2 kerja ni berbeza. Nak memudahkan lagi cerita, saya bagi analogi la. R&D ni kerja dia tulis resepi. Production ni tukang masak. Bila tukang masak berpeluh-peluh masak kat dapur, makanan pun dihidangkan kepada pelanggan. Sedap atau tak, bergantung kepada customer. Kalau tak sedap, customer marah tukang masak. Kalau sedap, yang tulis resepi tu dapat nama. In the end, tukang masak hanyalah tukang masak.

Dan itu jugaklah realiti yang berlaku di kebanyakan tempat. R&D kerja dalam bilik air-cond. Sambil tunggu result, boleh main henpon jap. Diorang tak masuk sangat pun dalam mesin tu. Buat-buat busy je kerjanya. Production pulak panjat sana, panjat sini, masuk tangki, cuci tangki, adjust oven temperature, adjust water flow rate, adjust chemical dosing rate, machine speed, etc. Bila product bagus, R&D dapat nama. Bila dah lingkup sebab salah 'resepi', diorang jugak la yang melutut depan kitorang semua, mintak tolong kami.

Tapi kalau nak diikutkan, R&D ni hari-hari je kena hentam dengan big boss. Diorang ni takde la bagus mana pun. Berlagak je lebih. Adjust oven temperature pakai allen key pun belum tentu reti. So, pesanan saya, kepada semua engineer, tak kira la bidang apa pun, tolonglah belajar pegang spanar dengan screwdriver, atau korang akan terus jadi bahan jenaka orang sekeliling.

Saya belajar elektrik, tapi kerja banyak pakai mekanikal dengan chemical. Eh, tak rasa lari bidang ke? TIDAK. Apa yang korang belajar time degree, itu secara tidak langsung menjana kepala korang untuk berfikir. Yang mana penghujung kepada sebuah jalan tak semestinya sampai ke tempat yang dituju. Boleh jadi kita akan jumpa banyak cabang dalam hidup.Belajar degree ni memberi peluang untuk kita semua berfikir, bahawa kita sebenarnya mampu pergi ke banyak cabang kalau kita nak. Memang saya rasa dah lompat bidang pada mulanya, tapi apa yang saya dapat tangkap, semuanya akan balik semula ke zaman saya ambil SPM, di mana saya pernah kuasai Physics dan Chemistry. Dari benda-benda basic ni la saya mula meneroka ke sebuah bidang yang saya kira mencakupi banyak aspek dalam kehidupan. Kalau degree ajar kita satu bidang, pengalaman kerja akan ajar kita lebih banyak bidang. Dan bila korang dah master banyak bidang, korang akan rasa luasnya ilmu yang ada kat dunia ni, dan agak rugilah kalau korang sempitkan skop kerja korang untuk satu bidang je.

Satu lagi benda popular - master vs degree. Ada orang belajar sains untuk degree, dan sambung master dalam engineering. Atau degree dan master for engineering. Senang cakap diorang ni orang pandai la, sebab ada master. Pengalaman saya kerja dah banyak bukak mata saya, dan satu perkara yang saya yakin, budak master yang sambung belajar lepas degree dan tak pernah kerja sebenarnya tak la bijak mana pun. Sebab in the end, ilmu tu patutnya diaplikasikan ke tempat kerja, dan bukannya kat tesis. Kalau tak percaya cakap saya, tunggu budak-budak yang ambik master sekarang ni grad, dan tengok diorang buat kerja. Korang boleh tersengih tengok macam mana diorang ni bekerja nanti. So, degree tu degree dan master tu master. Semua tu sekadar sekeping kertas tebal. Saya pernah dengar orang cakap, "Sebaik-baik ijazah ialah ijazah jalanan". Saya tak membangkang siapa-siapa yang sambung master, cuma saya harap korang tahu apa korang nak buat selepas tu. Tak guna belajar tinggi-tinggi kalau korang pun blur tak tahu nak cari apa dalam hidup. Belajar la pegang spanar ye. This is life.

~Natural Cure~

January 25 2015, 8.57 pm

You know that you're getting older
when you went to your cousin's wedding ceremony
eat kerepek pisang, kek buah, karipap, sate ayam and sate daging
have a long talk with your grandmother and other relatives
discussing about your career path and life
squeezing the kerepek pisang into your backpack
say farewell to your uncles and aunts
then you went home

and you forgot to meet the bride and bridegroom

plus, you have no idea how the spouse of your cousin looks like

and you forgot to eat nasi minyak


Hahaha.

Dah jadi lumrah agaknya
Zaman belajar, we have plenty of time.
time to watch K-Drama, time to play videogames, time to study
but no money. Hujung sem wajib makan mi segera.
Zaman kerja, we have plenty of money,
we can buy car, house, PS4, Nintendo 3DS, novels, non-fictions
but we don't have time to drive to other places, no time to stay in your house, no time to play your videogames and no time to read your favourite book. In fact, no time for your own life.

Sorry Kakak Nurul.
Orang nak cepat balik hari tu sebab esoknya kena kerja.
Tu yang kalut semacam.
Jalan raya pun gelap sebab dah malam.
Ada lampu jalan pun macam mentol reban ayam je terangnya.
Siap berlubang-lubang lagi jalan tu macam padang golf.

Anyway, congratulations for your marriage.
May Allah bless.

(And thanks for the bunga telur and cotton candy/candy floss/fairy floss)

January 18th 2015, 8.52 pm

These are some books that I noticed that which always on top of the bestseller list every week (compiled by MPH  Bookstores in Mid Valley.) You can see the list almost every Saturday in New Straits Times (under Well Lit. section). I started to look at the pattern since November 22nd 2014 until January 10th 2014.


NON-FICTION

1. Reclaim Your Heart
- Yasmin Mogahed

2. Seriously... I'm Kidding
- Ellen Degeneres

3. I Am Malala: The Girl Who Stood Up for Education and Was Shot by the Taliban
- Malala Yousafzai

FICTION

1. Love, Rosie
- Cecilia Ahern

2. KL Noir: Yellow
- Various Authors

3. Lullabies
- Lang Leav

MALAY NOVELS

1. Setitis Kasih Darmia
- Naniey Tj

MALAY GENERAL BOOKS

1. Dracula vs Al-Fateh
- Muhd Nur Iman Ramli

2. DIAgnosis
- Dr. Anwar Fazal, Dr. Aizzat & Dr. Azah


~Natural Cure~

January 10 2015, 4.16 pm

"Macam mana dengan tiga orang tu kalau saya pergi?"

"Well, you should think about yourself. You have your own thing, they'll have theirs."

Jujur saya cakap, kalau saya blah dari situ, memang saya selfish. And of course akan terbeban dengan rasa bersalah. Bersalah dengan boss yang ambil bekerja. Bersalah dengan kakak Production Coordinator yang tak pernah menang tangan dengan lambakan kertas A4 yang sentiasa penuh di tangan. Juga rasa bersalah kepada tiga jurutera yang sama-sama pusing line atau mesin tiap-tiap hari sambil mengisi borang process control checklist yang tak habis-habis tu.

" Mesti diorang susah. Kerja kakak ni pun nanti jadi double. Dah la belum ada lagi engineer baru nak join company ni. I might get what I want, tapi diorang?"

"That is life. Once you get your thing, you have to move on. Hal kat sini, diorang dengan kami berdua boleh uruskan. Memang la tempat ni tak stabil lagi, but they'll learn to stand on their own feet"

Saya terdiam.

"If you got that job, and they offer better things to you, then just go on. Just leave everything else to us.You have to live for yourself, and not to please others."

"Plus, you're still young. You should grab any opportunities that land on your feet."

Lepas apa yang jadi masa zaman sekolah, zaman matrikulasi dan zaman universiti dan zaman kerja, I think everything looks so crystal clear. Baru saya faham kenapa ada masa-masa tertentu kita terjatuh, terbabas, tergolek dan yang sewaktu dengannya. Sebab Dia nak latihsaya jadi kuat. Jauh lebih kuat daripada mana-mana kenalan yang pernah saya jumpa. Thank you Allah for leading me to the right path. And thank you for make me a stronger and better person.


So, I've made up my mind.

"I do."

~Natural Cure~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...