09 April 2011
11:00 pagi

Saya study dari awal pagi, sejak subuh lagi.
Tak taw kenapa, hari ni semangat sangat nak study.


Kemudian, saya nak check handphone.

Selepas unlock, saya pun bace mesej yang tertera kat handphone.




Terdiam.

Termenung jauh.




Terus hilang mood study.


Kepala diletakkan atas meja, di sebelah buku.
Dah x larat nak angkat kepala.

Saya cuba hitung.
Tinggal dua tahun..

Ya Allah..
Cepatnya masa berlalu..
Aku tak bersedia...

Dua tahun bukanlah tarih tamat pengajian.
Tapi ada sesuatu yang lebih besar daripada tu.




Dua tahun lagi.


04 April 2011
30 Rabiulakhir1432H

Pagi

Tamat sudah Test untuk Digital Electronic Labaratory.
Rasa LEGA SANGAT.
Saya pun habis cepat je.
Berbaki 4 minit.
Maka, secara rasminya, tamatlah test untuk lab sem ni.....
YEAH!!!
(Nat Cure ni seorang yang sangat ceria dan periang)


Selepas Asar

Petang tu ada iftar dengan Firdaus.
Tiga orang jer yang datang, termasuk saya.
Bincang tajuk Tarbiyah.

Sebelum Maghrib

Ada iftar, anjuran KRU + PMI  + ISS.
ISS? Mende tu?
Rupanya international student punya persatuan la.
Berbuka pun juadah diorang.
Kurma madu - sangat manis dan melekit.
Jarang dapat kurma macam tu.
Nasi pun lain.
Katanya, itu nasi goreng.
First time rasa.
Dan ayam goreng.
Lain2 - ada roti + pizza + yang sewaktu dengannya.

Disebabkan TERbawa kamera, so...







Selepas Maghrib, sebelum Isyak

Bersiap untuk ke Dewan Sultan Iskandar.
Ada seminar oleh Fakulti Tamadun Islam, yang wajib kami hadiri.
(Kami yang dimaksudkan ialah mereka yang ambil subjek Fakulti Tamadun Islam - TITAS, Institusi2 Islam, Islam dan Isu Semasa, etc)

Diorang start kul 8 mlm rasanya, dan saya pun tiba sebelum Isyak.
Saya datang bersama abang Aslam dan "Mas" Azam (macam cerita Ketika Cinta Bertasbih).

Dan sesi pasang telinga pun bermula.
Disebabkan kelas full dari pagi, saya pun jadi rockstar pada malam hari.
Tersengguk2 dengar kuliah.
Penat dan mengantuk.

Kami diminta untuk tuliskan laporan berkenaan seminar tersebut.
10% carry mark rasanya.
Banyak tuh..

Tajuk seminar tersebut ialah Globalisasi dan Mahasiswa.

Saya ada snap gambar slide untuk kuliah tu.
Tapi, malaslah nak upload sumer.



P.S.
Post ni bersifat personal.
Dah macam diari.
Sebab, lepas 10 tahun, saya nak baca balik sumer ni.
Nak imbau balik kisah2 saya sebagai mahasiswa UTM.
=)

03 April 2011
29 Rabiulakhir 1439H

Malam Penghargaan Senior BADAR & KRU.



"Salam. Minx jadi photographer malam ni buleh?"
tanya Bella.

"Okie dokie"

"Tqvm"

Secara rasminya, saya jadi photographer @ cameraman @ jurukamera @ jurufoto @ penyibuk program nie.
Sebaik saja azan Isyak dilaungkan, saya berjalan ke surau S01 bersama Miss Ciel (my Nikon D3100) dan tripod beliau.
Selepas solat Isyak, saya duduk sebentar di surau.
Seorang demi seorang meninggalkan surau itu.
Dan keadaan menjadi sunyi.

Saya duduk, dan berfikir.
Terkenangkan senior2 yang bakal meninggalkan kami.
Tak kisahlah extend untuk lagi dua tahun atau tidak, tapi mereka akan tetap pergi.

Ada masanya, kita pun perlu belajar untuk bawa diri.
Katakanlah senior2 ni dah berkeluarga, takkanlah kita kena ikut diorang jugak kan?
Kita pun perlu bina kehidupan sendiri.
Kerja. Sambung belajar. Berkeluarga.
Inilah kehidupan.....

10 minit mengelamun.
Saya pun turun ke Dewan Astana.

Program bermula lambat.
Biasalah, mentang2 dah senior...... Suka-suki nak datang lambat. Hahahaha..

Kami duduk di kerusi yang disediakan.
Kami tu ialah hadirin.
Kecuali saya, yang asek kena berdiri.
Lenguh kaki.

Ridzuan Said sebagai MC.
Bacaan doa sebagai Akhmal.
Sedikit ucapan oleh Syazieli.
Dan ucapan (atau lebih tepat, tazkirah) oleh Abang Azim Abdul Jamil.
Slide oleh abang Aslam.
(mostly gambar yang saya tangkap. Bangga giler la..
Hahaha. Bukan bangga, tapi seronok.
Seronok dapat menyumbang.)

Kemudian hadirin menyusun kerusi.
Dan berkumpul dalam bulatan.


Pertandingan Siapa Yang Kena

Sebiji bola kertas dibaling ke dalam bulatan tu.
Senior tahun akhir yang paling dekat dengan bola tersebut dikehendaki untuk ke hadapan.
Pilih kertas dalam satu bekas.
Setiap kertas ada perkataan.
Dan diminta untuk buat tazkirah selama 1 minit.

Mangsa pertama ialah Abang Arif Ahmad.
Dapat tajuk solat.
Abang Firdaus dapat tajuk Musibah.
Abang Izmar dapat tajuk Sahabat.
Dan abang  Azim Abdul Jamil dapat tajuk Ciri2 Isteri Idaman.
(saya ada videonya. nanti saya try upload, pastu gelak samer2 yer...)

Aktiviti kedua
Saya xtaw apa namanya, tapi dia macam main facebook.
Daripada satu ayat, kena komen sepanjang2nya.
(Mostly takde kaitan pun dengan ayat yang diberi.)
Setiap sorang akan tulis satu ayat.

Ini ayat Muslimin.

Ayah, kau adalah wiraku.
Misau, kau adalah misaiku.
Namun, misai kau adalah misau kau.
Wei, kau dah lebih.
Ape yang lebih, perut ke?
Bukanla, tapi.....
entahla, aku pun tak tahu...
tapi kan itu je lah...
ntah ape2 lah.
layan je
otot kau keras
Ibu ku lawa
ape kaitannya. aku keliru
perut ku lapar ayah
kertas yang putih
boleh jer ku telan
kuku kaki kau kupotongi
baunya cukup menyengat
menambah selera makananku
kami nak siakap 3 rasa
perlukah aku tunaikan
janji lama masih tak tertunai
di manakah janji manismu???
mak long cakap, kat nasi hujan panas
bau dah sedap ni...
nyum2
bile nak habis nie? da lapar...
dah nak abis dah, 5 minit lagi
kejap lagi lah
detik yang b'lalu bagaikan bulan yang berkicauan
macam salah je ayat
di mana ayah ku?
dalam tandas dah 2 jam..
buat ape tu?
ada aku kisah?!!
siakap 3 rasa bukanlah janji tapi pasti untukmu AYAH!!
tiada  siakap pon, ikankembong 3 rasa pon jadi..
Ayah, engkaulah wiraku.

(saya masih simpan kertasnya. tu yang boleh tulis balik.)

Kami pun diminta untuk present hasil kerja ni kat depan.
Wakil muslimin baca hasil kerja muslimat.
Begitu juga sebaliknya.

"Muslimin, hantarkan wakil sorang ke depan.." kata MC.
Semua muslimin jerit nama saya kuat2.
Tak pasal2....

So, saya pun bacalah.
Dah setahun tak guna mikrofon.
Last hari tu, mase Kempen Budaya Endah 2010.
Ada perjumpaan dengan felo.

Muslimat hantar Fatin Afiqa.
Dengan hasil kerja kami, memang gelak habis...


Penyampaian Hadiah

Abang Hafiz Idris, Pengerusi JKMKTC 2011 menyerahkan hadiah kepada senior.

Abang Wafi.
Abang Faruqi.
Abang Izmar
Abang Arif.
Abang Firdaus.
Abang Azim Abdul Jamil.
Abang Ikhlas.
Abang Hilman.
Kakak Syazana.

(Maaf yer. Guna istilah abang & kakak. Tak biasalah sebut Akhi dgn Ukhti. Tapi maksudnya lebih kurang kan?)

Makan

Kami makan sate dan nasi hujan panas.
Saya baru amek dua cucuk sate, dah habes.
Lahap betul diorang neh..
Sambil makan, ada slide program2 tahun lepas.
KTC Culure Assimilation & IHRAM 2008.


Doa

Kami bentuk bulatan lagi, dan bersilang siku (betul ke istilah ni?)
Ada satu bacaan doa.
Saya lupa la apa nama doa tu..
Tapi memang biasa nampak orang lain buat.
Bacaannya diketuai oleh abang Firdaus.

Kami pun berpelukan.
Kecuali saya.
Saya jaga kamera.

Dan senior pun meninggalkan dewan, menuju ke bilik dan habiskan PSM.
Kami pun kemas2 dewan...









Satu hari nanti, giliran saya akan tiba..
Sedih? Gembira?

Entahlah.



1 April, Jumaat

Abang Izmar tag muka senior2 KRU + BADAR KTC kat durian.
(Mungkin muka senior ni sangat serupa dengan durian agaknya)
Saya tak kena tag la, sebab saya bukan senior.
(Dan saya bukannya durian.)
Saya kan junior selamanya.
Still maintain wajah keanak-anakannnya yang sangat cumil.
Ngeh3.

Seperti biasa, di mana ada senior, di situlah ada Nat Cure.
Saya menyelit nak join, dengan syarat, bagi saham.

2 April

Selepas solat Isyak, saya bergegas ke S05, berkumpul bersama senior.
Tangkap gambar sket.
(Sket je. 300 keping.)
Abang Azim Fahada, dan Abang Ku Muhyi masak santan guna rice cooker.
Nak dicampur dengan pulut.
Rupanya nak buat pulut durian.

Abang Izmar kutip saham.
Abang Wafi, macam biasalah, buat havoc.
Kami berkumpul dalam 30 orang di lantai aras 2 S05.
Majlis bermula dengan ucapan daripada abang Izmar.
Yang mengharapkan selesainya PSM, perbentangan, dapat kerja yang baik dan KAWEN.
Abang Firdaus Abdul Rahman bacakan doa.
Dan kami pun mula makan keropok goreng, dan makan pulut durian.
Saya ambil sebanyak mungkin gambar.










~SELINGAN~

"Esok ambik gambar ke?" tanya abang Taufik.
"Esok" bermaksud 3 April.
MALAM PENGHARGAAN SENIOR BADAR & KRU.

Saya angguk.
(Keje saya selama ni memang tangkap gambar, kan?)

"Nak guna flash abang tak?" tanya beliau.

Saya tersenyum.


Nantikan kemunculan terbaru wajah DSLR saya malam ni....

31 Mac 2011

Selepas dipujuk dan dirayu dengan sepenuh jiwa dan raga sambil berguling2 oleh Shah, saya pun setuju.
Setuju apa?
Jadi jurujual kat kiosk FKE.

Eh?
Jurujual?

Jadual hari Khamis saya kosong.
So, memang banyak masa free.
So, saya pun bertugas hari Khamis, dari pagi sampai petang.

Mula masuk kerja pada 8.25 pagi.
Menunggu dan terus menunggu si Shah yang kata nak jenguk saya.
Sampailah pukul 9.30 pagi!
Ish.. Budak ni.. Lambatnya...

Lama2 saya pun terpaksa buka kedai seorang diri.

Mula2 saya study EMT, sementara menunggu pelanggan.
Kemudian, 2 pelanggan Cina pun masuk.
Diorang beli biskut.
Satu paket biskut RM1.30.
2 orang, 2 biskut = RM2.60.

Sambung study.....
Then mak cik cleaner sampai, kata nak topup.
RM10 jer.
Tapi hulur RM100.
Pulak dah.. Awal2 pagi mana ada duit pecah...
Berlakulah kes hutang.
Sejujurnya, saya tak suka hutang-berhutang ni.
Dibuatnya dia lupa @ terlupa bayor, saya selaku jurujual kena ganti.
Tak pasal2..
Tapi, Alhamdulillah, dia ingat nak bayar.

Fotostat
"Tolong fotostat kad matrik, boleh? Depan & belakang."
Saya letak kad matrik.
Tekan ni, tekan tu.
Keluarlah kertasnya.
"Er... Boleh ke ni?". Saya tahan ketawa.
"Boleh jer lah.." kata abang tu
Gambar tu senget.

Ada jugak yang mintak fotostat satu set kertas double sided paper.
Memula kenalah cabut stapler dia.
Cabutan pertama, gagal.
Cabutan kedua, gagal.
Gunakan jari sepenuhnya, dan.......
"Ouch!!" - berdarah.
stapler tertusuk ke jari.
Banyak kali juga terkena "papercut" - kertas tu hiris kulit saya sampai luka.
Suruh fotostat kertas sampai luka2 jari.
Bukannya gi berperang pun.


Binding.
Seorang kakak tahun 3 mintak binding long report.
Berpeluh2 saya guna mesin tu.
Nasib x salah tebuk..
Kali kedua binding, dah master dah... hahahahaha

Print
Seorang amoi datang nak print.
Saya lak bizi layan pelanggan lain.
Dia masukkan pendrive, dan cuba untuk print.
"Tak boleh print ker?" tanya beliau.
Saya tenguk jap.
"Hum.. Tak boleh kot..."
Print tu bermasalah.
Saya xtaw nak repair.
Amoi yang tengah gundah gelana tu pun pulang dengan perasaan hampa ...
Dalam hati saya,
"SHAHH!!!! MANA KAUU!! APSAL KO TINGGALKAN AKU SESORANG KAT SINI!!!"
The first day is the worst day, ever...

Lain2
Kiosk ni juga jual makanan2 ringan.
Ada je yang datang nak beli.
Hari Khamis, saya puasa sunat.
Hari Khamis, saya bertugas.
Bila tengok makanan kiri kanan.. Haizz..
Aku ni boleh tahan puasa ke ni..

Shah datang jenguk pada waktu petang.
Waktu pelanggan memang tak ramai.
Dan kiosk pun ditutup tepat jam 4.30 petang.

Banyak yang saya belajar.
Berdepan dengan mereka yang bergelar manusia.
Ada satu ketakutan yang saya alami sejak kecil.
Disebabkan saya ni memang pemalu, so tugas ni paling tak sesuai dengan saya.
Saya pernah dioffer time sekolah dulu untuk jaga koperasi, tapi saya tolak.
Saya takde keyakinan diri.

So, peluang kedua datang, saya cuba untuk manfaatkannya.
At least, saya menyumbang kepada masyarakat di fakulti.
Daripada tidur jer kat bilik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...