April 19 2020, 4.14 pm

Sambungan kepada post yang lepas. Saya ada tulis tentang pengagihan aset kepada tiga, iaitu:
1. 10% tunai
2. 30% pendapatan tetap
3. 60% ekuiti

Kat mana nak labur semua ni? Ada dua cara.
1. DIY - buat sendiri.
2. Guna khidmat pengurus dana, atau fund manager.



Sebenarnya ada banyak sangat dana yang ada kat Malaysia ni.
Jom kita pergi Morningstar.
Kemudian tekan Ctrl+F (kalau guna Google Chrome) dan taip 'Fund Selector'.
Klik di 'Fund Selector'.

Di bawah 'Morningstar Category', cari dana yang kita nak.
Kemudian tekan 'Search'.

Kali ni saya nak cerita tentang lima kategori dana.
1. Money Market - Malaysia (Sharia)
2. Bonds - Malaysia (Sharia)
3. Equity - Malaysia Large-cap (Sharia)
4. Equity - Malaysia Mid/Small-cap (Sharia)
5. Equity - Global

Jom tengok pulangan purata setahun dalam tempoh 10 tahun dana-dana ni.
(Saya pilih rating 5 bintang sahaja daripada laman web ini)
Tekan di 'fund' yang kita mahu, dan tekan 'Total Return' dan baca nilai '10 Years Annualised'

(Data ini diambil pada 19 April 2020.)

1. Money Market - Malaysia (Sharia)
Eastspring Investments Islamic Income Fund (3.36%)

Kenanga Dana Safa Fund (3.58%)
Opus Shariah Cash Extra Fund (3.47%)
Purata: 3.47%

2. Bonds - Malaysia (Sharia)
AmanahRaya Syariah Trust Fund (5.15%)
PB Islamic Bond Fund (5.89%)
Purata: 5.52%

3. Equity - Malaysia Large-cap (Sharia)
Eastspring Investments Dana al-Ilham (6.59%)
Public Islamic Equity Fund (4.06%)
Purata: 5.33%

4. Equity - Malaysia Mid/Small-cap (Sharia)
Affin Hwang Aiiman Growth Fund (4.80%)
Kenanga Shariah Growth Opportunities Fund (5.09%)
Kenanga Syariah Growth Fund (6.63%)
Purata: (5.51%)

5. Equity - Global
(Tiada data yang melebihi 10 tahun)


Pengagihan aset

10% Tunai/Cash
Kat sini kita boleh nampak bahawa 'money market' membawa pulangan paling kecil dalam semua kategori ni. Kelebihannya ialah risiko rendah. Pelabur tak perlu takut dengan sentimen pasaran yang 'volatile' macam roller-coaster.

30% Pendapatan Tetap/ Fixed Income
Bond atau sukuk (bon yang patuh syariah) jugak sebenarnya berisiko rendah, hanya tinggi sedikit daripada money market. sebab tu pulangannya lebih sedikit. Bon/sukuk ni macam hutang yang kita bagi kat orang, dan orang tu janji nak bayar lebih kepada kita dan hukumnya harus dan patuh syariah.

60% Ekuiti/Equity
Kategori ketiga ialah ekuiti atau saham. Saham ialah pemilikan perniagaan. Contoh mudahnya, Mak Cik Kiah ni nak berniaga pisang goreng. Dia perlukan modal, Kalau nak pergi bank, bank mungkin minta cagaran dan macam-macam benda-benda pelik. Jalan ceritanya akan meleret-leret. Daripada Mak Cik Kiah pergi bank, baik dia cari kawan-kawan dia dan mintak diorang support dengan cara memberi modal. Katakanlah Mak cik Kiah ada RM 500, dan kita bagi RM500. Maksudnya, kita ialah pemilik Mak Cik Kiah Holdings dan mempunyai saham 50% syarikat tersebut. Kita tak perlu pun ringankan tangan ikut Mak Cik Kiah kupas dan goreng pisang-pisang tu. Kita sekadar memberi modal kepada beliau. Hujung bulan, Mak Cik Kiah agihkan keuntungannya kepada kita sebanyak 50%. Selagi kita pegang saham Mak Cik Kiah Holdings, kita akan dapat keuntungannya secara pasif.

Large-cap bermaksud saham syarikat tu bernilai lebih RM2 billion. Syarikat ni biasanya memberi keuntungan dividen yang besar kepada pelabur. Juga disebut saham "bluechip". Mid/small-cap ialah syarikat yang mempunyai saham tak sampai RM2 billion ringgit. Kecil-kecil cili padi,. Syarikat ni biasanya memberi keuntungan modal atau 'capital gain' yang besar kepada pelabur.

Nak cepat kaya? Beli saham Mid/small-cap lebih banyak daripada large-cap. Contohnya nisbah 70:30. Terpulanglah kepada tuan punya badan. Saya takde formula universal.

Nota: Nombor purata dia atas boleh berubah setiap hari. Disebabkan pasaran tengah teruk gila sekarang, purata keuntungan saham large-cap lebih rendah daripada purata keuntungan bond/sukuk. Tapi Eastspring Investments Dana al-Ilham (6.59%) lebih tinggi daripada PB Islamic Bond Fund (5.89%).

So, kepada yang tak tahu nak melabur sendiri, bolehlah cari khidmat pengurus dana ni sendiri. Ada yang boleh apply online dan yang guna ejen. Saya takde pengalaman pun buka mana-mana akaun diorang ni, tapi tak mustahil saya akan cari dana-dana pada masa hadapan.

1 comments:

NatCure,

A really beneficial post. Fahamlah sikit pasal saham. Nampaklah 'bird eye view' dari post ni -- dan post saham yang lain.

Nanti ada masa, bolehlah tambah lagi info pasal saham, macam yang awak janjikan tu:)


All the best, ya!

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...