28 October 2013, 6.27 pm
2009
"Abah, As dapat UTM"
Abah senyum sambil menghulurkan tangan kanannya.
Saya salam tangan beliau.
"Tahniah!"
*****
Mungkin ada yang fikir--
"Dah takde kerja ke nak sambung belajar jauh gila-gila kat selatan sana?"
Dari Selangor ke Johor.
Orang Johor (dan negeri-negeri lain) pun berpusu-pusu nak mai sini (Selangor-KL).
Dan kat sana, takde sedara-mara.
In fact, TAKDE sedara-mara luar negeri Selangor.
(Time raya, kami takde sebab pun nak masuk highway utara-selatan)
Ada yang tanya,
"Pilihan perama (universiti dan kursus degree), kat mana?"
Saya jawab,
"Empat pilihan pertama, kat UTM"
*bunyi cengkerik*
Ada satu sebab je saya nak pergi selatan.
Saya ikut 'kawan'.
Kenapa engineering, sebab saya suka matematik.
- Dan saya buat silap besar. Eheh. bukan matematik, tapi ADD MATH.
- ENGINEERING ni ADD MATH sebenarnya ye, bukan MATH.
- suka engineeing sebab tak suka medic (cuak dengan darah), tak suka jadi cikgu (cuak kena cakap kat depan sesorang)
- Lagi satu, saya je satu-satunya pelajar bumiputera kat sekolah saya yang dapat A1 dalam Add Math, Chemistry, Physics, dan Math time SPM. Obviously, memang bakal budak engineering.
Kenapa elektrik?
- Elektrik ni pilihan ketiga.
- Dalam subjek Physics Form 4 dan Form 5, saya tak suka dua topik: Elektrik dan elektronik.
- Konon la, kalau dapat pilihan pertama, mekanikal aeronautik, so pilihan-pilihan lain boleh isi yang paling tak minat. Rupanya tak dapat.
- nombor 2, Chemical engineering. Sekali tak dapat jugak.
- dapat pilihan ketiga. Yang paling tak minat..
*****
Saya jumpa pak cik dan mak cik saya untuk mintak sign borang penjamin.
Kata beliau,
waktu beliau masih kecil,
dalam satu kampung tu, kadang-kadang sorang je yang dapat masuk U.
Tak pun, dalam dua tiga kampung pun, ada sorang je yang dapat sambung belajar.
Berbeza sangat dengan apa yang berlaku hari ni.
Hampir semua orang dapat masuk U.
Tak dapat IPTA, boleh masuk IPTS (cuma duit pun kena banyak la).
Waktu tu, nak pergi sekolah pun, tanah masih tanah merah.
Tak berturap macam la ni.
Kalau kayuh basikal, konfem tanah tu melekat kat tayar.
Kalau hujan lagi teruk.
Tayar basikal jadi tayar excavator.
Susahnya orang dulu nak menuntut ilmu.
Terbit rasa syukur dalam diri.
Walaupun tak minat kursus yang akan saya ambik,
at least saya dapat sambung belajar.
Ramai lagi kat luar sana yang berhempas pulas nak masuk U.
Dan dengar cerita jugak, susah rupanya nak masuk UTM.
I'm just one of the lucksters.
Saya terima semua ni sebagai ketentuan, yang saya sendiri pun tak pasti apa penghujungnya.
He knows best, for sure.
*****
27 Jun 2009, Sabtu
Sampai UTM dalam 8 pagi.
Time ni ada orientasi, atau nama lainnya MHS - Minggu Haluan Mahasiswa.
Parking kereta kat depan dataran kawad.
Naik bas ke FKE - Fakulti Kejuruteraan Elektrik.
(Bukan Fakulti Kejutan Elektrik)
Kat sana, jumpa banyak petugas MHS (yang sebenarnya senior-senior saya).
Diorang tolong urus budak-budak baru ni untuk daftar kat UTM.
Habis daftar, saya dapat kolej kediaman kat KTC - Kolej Tuanku canselor.
tapi sebelum kami gerak ke KTC, petugas-petugas tu bawak kitorang meronda fakulti.
(Time tu, apa maksud fakulti pun saya tak tau)
nota: Fakulti ni macam jabatan la jugak. Ada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK), dan banyak lagi. Yang dah pernah masuk IPT konfem la tau istilah ni.
Habis meronda, kami pun gerak dataran tadi (naik bas), dan naik kereta ke KTC.
*****
Lepas abah, mama, abang, adik lelaki dan adik perempuan melambai tangan dalam kereta tu,
saya, sekali lagi,
ditinggalkan berseorangan kat depan blok kolej kediaman.
Sekali lagi,
mata saya basah.
Macam first time kena kat matrik dulu.
So 'deja vu'.
Luckily, ada beberapa orang yang saya kenal.
Mostly budak-budak KMK - Koleh Matrikulasi Kedah.
Yang lain, konfem tak kenal.
Saya je satu-satunya student dari SMK Telok Gadong yang 'terbabas' masuk UTM.
So, I'm totally takde kawan sekolah kat sana.
*****
As time progressed...
Saya berkawan dengan senior-senior saya.
Even banyak habiskan masa dengan diorang daripada coursemate sendiri.
Dan disebabkan saya paling muda dalam group tu,
hampir semua orang panggil saya 'Dik' atau 'Adik'.
(Sampai hari ni pun, dah tua bangka ni pun, gelaran tu tak pernah gugur dari nama saya.)
Kat UTM ni la saya belajar banyak benda.
Belajar main dengan Photoshop untuk design poster, pamplet, majalah, banner dan entah apa benda lagi.
Lepas tu belajar main kamera DSLR (ni yang paling best).
Belajar buat blog sendiri. Then decorate it with my own taste.
nota:
Blog Memori Ilusi ni lahir dalam Januari 2010, tapi entri pertamanya bulan Februari 2010.
So, saya anggap Februari 2010 tu lah 'birthday' blog ni.
Nama saya, Nat Cure, pun dilahirkan sekitar waktu tu.
In fact, sebelum ada istilah 'Nat Cure' dalam facebook, nama ni dah pun dipakai untuk Blogger.
(Maknanya, 'Nat Cure' ni muncul dalam Blogger sebelum saya ada akaun Facebook)
Waktu tu, nama blog ni 'Fragment Crossing'.
Tapi, saya rasa, better letak nama dalam bahasa Melayu.
Supaya senang orang nak ingat.
So, saya tukar jadi 'Memori Ilusi'.
Blog ni asalnya suka-suka je dicipta.
Untuk bacaan tuan punya blog sahaja.
(Tapi tak nak di'private'kan.)
Blog ni tak lebih daripada sebuah catatan masa.
Supaya saya pada masa akan datang akan kembali baca nota-nota masa silam saya,
kemudian berkata,
"Aku macam ni ke dulu?"
Heh.
Masa silam ialah MEMORI yang telah pergi.
Masa depan ialah ILUSI yang tidak pasti.
*****
Kat UTM jugaklah saya belajar tentang kehidupan.
Yang hidup ni, bukan pasal 'kehidupan' je.
Sebab lepas hidup, pasti ada 'kematian'
Abah tinggalkan kami berlima untuk selama-lamanya.
Tapi selama-lamanya tu valid untuk kat dunia nyata ni je.
Sebab kita akan dihidupkan semula selepas kematian,
Selagi kita masih bernyawa, kenalah tamak kumpul bekal.
Biarlah orang kata kita ni poyo sebab nak kelas pengajian atau ceramah agama.
Poyo sebab pakai tudung besar gedabak macam ustazah, padahal budak engineering.
Sebab nak jadi baik dan dekat dengan Allah memang kena poyo.
Ustazah ke, engineer ke, doktor ke, cleaner ke, semua pun nak masuk syurga, kan?
Dalam beberapa bulan lepas abah tinggalkan kami, saya memang agak tertekan la.
Takut dengan hari-hari mendatang.
Takut dengan hari-hari semalam.
Tapi ada sorang senior pesan,
"Allah ambik sesuatu dari kita, dan Allah berikan yang lebih baik untuk kita."
Entah sejak bila, saya makin ramah dengan orang sekeliling.
Suka sangat ketawa. Banyak bercakap (dengan orang yang rapat).
Walaupun kalau nak diikutkan, saya ni introvert.
Waktu tu la saya sedar,
yang kita ni,
tak dicipta untuk bersendirian.
Mana-mana kita pergi pun,
kalau takde manusia yang kita kenal pun,
Allah tetap dekat dengan kita.
*****
2013
Pejam celik pejam celik dah empat empat tahun berlalu.
Yang saya sangat pasti tentang satu perkara,
Tak kisah la mana pun yang Dia nak bawak kita pergi,
yang penting, kita hargai apa yang ada di sisi.
Kepada awak, awak, dan awak
yang dah berhempas pulas,
yang dah pernah alami perit jerihnya menuntut ilmu,
yang kena basuh dengan supervisor sebab tak buat literature review,
yang kena tembak dengan machine gun oleh ahli panel time viva,
yang kena tulis surat rasmi kepada fakulti sebab lambat hantar tesis,
yang kena gelak sakan tme presentation dalam kelas depan coursemate,
yang pernah pateri litar tapi terpateri sekali rambut sendiri sampai hangit satu bilik,
yang selalu mintak extend due date assignment sebab malam tadi seronok berjimba-jimbi,
yang tuang kelas sebab petang nanti ada test
yang tulis jawapan exam kat pemadam lepas tu pas kat orang sebelah.
yang rajin copy bulat-bulat dan bersegi-segi assignment kawan
yang head banging dan berdengkur dalam kelas
yang prank sandarkan wheelbarrow depan pintu, bukak pintu je wheelbarrow tu hempap tuan punya bilik.
Selamat bergraduasi saya ucapkan.
Followers
CBox
Total Pageviews
Blog Archive
My Blog List I
-
-
Sakit3 weeks ago
-
Kenapa tak suka sakit?1 month ago
-
Two Blue Stripes2 months ago
-
Salam 1 Ramadhan4 years ago
-
-
Itinenari Hat Yai5 years ago
-
sesekali menjenguk blog6 years ago
-
MERAWAT IMAN6 years ago
-
Ahlan wa sahlan ya ramadhan 1438H7 years ago
-
-
Let's start again7 years ago
-
Berpindah8 years ago
-
KASYAF 2 ditangguhkan!8 years ago
-
Update MASRECA 198 years ago
-
-
instagram!8 years ago
-
PJJ Kemanisan Berumah Tangga..8 years ago
-
-
Sampul duit raya murah harga borong 20159 years ago
-
Laa Tahzan :')9 years ago
-
Wordless Wednesday9 years ago
-
-
HABBATUS SAUDA DAN KHASIATNYA10 years ago
-
-
-
memandang ke langit yang luas11 years ago
-
:: it's our 7months ::11 years ago
-
-
-
Aku Ingin Menulis Lagi11 years ago
-
Jom Follow-Mollow??11 years ago
-
mandi11 years ago
-
I'm Backk....12 years ago
-
-
Insulation Resistance Test12 years ago
-
-Bila Nikmat Tidak Kita Syukuri-12 years ago
-
-
-
-
kembali12 years ago
-
-
Mula atau Duka~12 years ago
-
ok! harini aku sgt rajin..13 years ago
-
HARAPAN SI WAJAH TUA13 years ago
-
ALEESYIA13 years ago
-
GIANT UTM MOUNTAINBIKE QUEST 201113 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Powered by Blogger.
Feedjit
Di sini kami berdiri
Setia pada janji
Bermaruah berbudi bahasa
UTM sanjungan bangsa
UTM... Sanjungan Bangsa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tahniah untuk kejayaan. Moga ilmu yang ada tak dipersiakan sebab akan ditanya kemana ilmu itu dimanfaatkan.
Abang Nat Cure , abg utm skudai kan ? hmm kalau abang still study lagi boleh jumpa abang , mintak motivasi dr abng heh :3
Post a Comment