23 Januari 2013, 11.34 pm

Mata masih menatap di skrin laptop. Dan beralih ke kalendar touchscreen Samsung Galaxy Y.

Jari telunjuk di"slide" dari atas ke bawah, buat countdown dari bulan Jun sampai ke Januari.

Ada 22 minggu lagi. Atau boleh diterjemahkan dalam lima bulan.

LIMA BULAN?
Mangai...

Ada lima bulan je lagi sebelum semester lapan tamat.
- Walaupun sem lapan tak start lagi. Tengah seronok bercuti sakan kat rumah.

Sem depan mesti habis. Sem depan mesti habis. Sem depan mesti habis.
Tak nak extend.

Tapi kan, lepas habis sem depan kan, nak buat apa ye?

. . . . . . . . . .

Sejak sekolah rendah, kita 'dididik'untuk skor 5A untuk UPSR.
Masuk secondary school, skor 8A dalam PMR - Saya dapat 6A je.
Dan SPM 10A1 - Saya dapat 6A1 jugak.
Masuk matrik, target 4.00 - Dapat 3.39.

Walaupun tak dapat PEFECT, tapi kita ada TARGET.
Kita nak sangat dapat sesuatu.
Ada matlamat. Ada kemahuan. Ada keghairahan.

Tapi bila masuk universiti, saya (dan ramai lagi mahasiswa) rasa down.
Subjek kat universiti sangat-sangat mencabar.
Sampai UTM terkenal sebagai Universiti Tendang Menedang satu ketika dulu.
Sekarang UTM tak tendang orang, sebab student ni customer.
UTM = Pusat tuisyen terbesar di Skudai.
Pusat tuisyen tak boleh halau pelanggan. Nanti duit tak masuk.
Siapa-siapa yang bermasalah pun takkan diusir lagi.
~ Kecuali atas kes-kes tertentu.

Dan peluang untuk semua orang belajar tu sama je kat sini.
Cuma ada orang yang dapat gred lebih. Ada gred kurang.
Bergantung kepada berapa banyak input dan macam mana kita regulate input tu.
Doa pun dikira input, sebab Dia akan regulate input dan modulate output.
(Hohoo.. Bahasa bunga seorang bakal engineer...)

Dan lepas 21 tahun hidup (saya masih 22 pada tarikh hari ni), saya fikir balik.
Lepas UPSR, PMR, SPM, Matrik, apa sumbangan result ni kat hidup kita?
Sebab lepas kita takde pun, benda ni meaningless.
Sekadar sebuah KEJAYAAN peribadi.

Dan sangat rugi bila kita buat semua ni sorang-sorang.
Tak ajak orang lain untuk sama-sama untuk berjaya.
Kalaulah kejayaan dalam hidup ni diukur dengan berapa banyak ilmu,amal dengan bakti, hidup ni nampak sia-sia je.
Sebab penghujungnya tetap ke liang lahad.
Kejayaan yang tak boleh dibawa mati.

Pada sayalah, kalau nak target banyak-banyak A pun, okay je.
Tapi lebih elok kalau kita luaskan skop tu.
Berjaya bukan setakat berapa banyak A atau masuk dean's list.
Tapi biarlah berjasa kepada ummah.
Sumbang banyak benda kepada masyarakat.

Kita diminta untuk bercita-cita besar.
Sehingga tembus ke syurga-Nya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...