24 Jun 2012, 10.08 am
Addin mengemukakan teorinya begini:
a. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
b. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak
~ dipetik daripada aA+bB, Hlovate~
"membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak....."
Siri 'Log Book' ini diwujudkan sempena 12 minggu saya berLI (Latihan Industri) (18 Jun - 7 September 2012).
Sebab utamanya bukanlah nak cerita pasal kejuruteraan, pasal elektrik, balik kerja pukul berapa, lunch makan apa, etc tapi lebih kepada mengenal diri sendiri - sesuatu yang kita sendiri pun takkan dapat elak - dan belajar tentang hidup.
Sebuah realiti kehidupan.
17 Jun 2012, Ahad
"BAPAK BESAR!!!"
Ayat pertama yang spontan keluar dari mulut bila nampak benda alah ni.
Saya anak jati Klang. Born and raised.
Maknanya, selepas tamat zaman sekolah menengah, dah 17 tahun menetap kat sini.
Tapi nilah first time nampak "legendary power plant" tu dengan mata sendiri.
Tak pernah tau pun ada power plant kat Selangor, especially kat Klang, dan lebih specific, kat kampung mama.
Kalau tak sebab LI (latihan industri atau praktikal) takdenya cari tempat ni.
Tengah hari
"Tak nak lah.."
"Ala.. alang-alang handphone tu pun rosak, baik carik baru" kata mama.
"Handphone baru mahallah.. Jam loceng RM30 je.."
>> Handphone saya yang dah 2 tahun tu mula buat hal. Sat idup, sat lagi mati. Bateri full je. Mintak tukar baru la tu.
>> Tadi jalan-jalan kat Tesco Setia Alam. Nak cari jam loceng. Abang saya suggest beli hp baru. Maunya saya nak tukar...
Dan lepas bertekak depan orang awam yang lalu lalang, saya pun mengalah.
Cari jam loceng RM30, dapat Samsung Galaxy Y RM470.
Sebelum Zohor, mama dan abang tinggalkan saya kat rumah baru.
Dekat sikit dengan tempat LI.
Takde tv. Takde peti ais. Takde mesin basuh. Takde internet. Heh.
Beli makanan pun kat kedai. Tak masak sendiri.
ini rumah baru. lokasi: Meru, Klang. |
ini rumah lama. lokasi: Kampung Delek, Klang. |
18 Jun 2012, Isnin.
"Besarnya..."
Kami tak dibenarkan untuk bawa kenderaan persendirian ke dalam stesen.
Maknanya, JALAN KAKI dari satu bangunan ke bangunan lain.
Ada dalam 1 km la kot. Nasib baik dah terbiasa jalan kaki dari S05 sampai FKE HARI-HARI.
Saya parking kenderaan kat luar pagar.
Serahkan kad pengenalan dan dapat pas pelawat.
Staff yang bertugas dalam tu (yang bawak kenderaan dalam stesen) WAJIB reverse parking.
"Sebenarnya kau kena pergi Safety Briefing dulu. Tapi taklimat tu tak buat hari Isnin. Hari ni pun kau takde pape, so kau boleh baliklah" kata Puan Ida.
Haila... First day dah suruh balik.
"Esok pakai je t-shirt berkolar dengan seluar jeans. Ada safety shoes kan?".
Saya datang first day dengan kemeja lengan panjang dan seluar slack. Dan tali leher. Muahahaha.
Dan dia bagi safety helmet kaler biru.
Sampai rumah, pukul 10.00 pagi. Masuk tadi pukul 8 pagi.
~End of Day 1~
19 Jun 2012, Selasa
Kami berdua je dari UTM.
Universiti lain, bulan depan.
Kami je la budak praktikal buat masa ni.
Coursemate. Sama-sama budak Klang.
Pagi tu pergi CRE (atau bangunan HR+GF3 Electric maintenance). N laporkan diri. Sebab first day untuk dia la.
Kami pun kenal dengan staff kat Human Resource Department - Encik Karim, Encik Kamil.
Pagi ada Safety Briefing.
Tengah hari ada General Power Plant Induction.
Safety Briefing - kelas gelak-gelak.
Habis briefing dapat kad hijau.
Macam sijil untuk kami masuk power plant la.
Dulu Pak Lang pernah pesan,
"Hang nak LI tau. Takkanlah nak berkawan dengan kamera hang tu je? Hang kena bercampur dengan orang."
Manusia = konflik.
Manusia tak sepatutnya bersama. Call me weird. I don't mind. I'm an antisoc
*/
Induction, pasal KEV.
KEV hasilkan 2420MW, paling tinggi kalau nak banding dengan power plant lain kat Malaysia.
Antara thermal power plant terbesar kat dunia.
2420 MW= 15 % country's energy demand.
~End of Day 2~
20 Jun 2012, Rabu, Hari 3
Start hari ni sampai Jumaat, kami kena duduk dalam UCR - Unit Control Room.
Tengah hari, dapat makan free.
Diorang (staff) ada parti ape entah. Perjumpaan bulanan la kot.
Mihun goreng. Cendol. Kambing bakar.
Tengah hari, balik UCR.
Kat bawah tertulis: Coal Brand ULAN 100% |
Tangkapkan gambar-gambar staff.
Diorang cari bahan nak ketawa.
~End of Day 3~
21 Jun 2012, Khamis
Coal brand untuk hari ni: 70% Clemont dan 30% Wahana.
Tersangatlah bosan. Rooftop Rant menjadi peneman sepanjang hari. |
~End of Day 4~
22 Jun 2012, Jumaat
Saiznya 19 mmje. Mahal benda ni. 1 paket ada 100 biji. |
Stator. |
Bola tu direndam dalam paip ni, dalam 10 minit kot. Biar dia padat dengan air. Saiznya mungkin jadi 20 mm je la. Tak besar sangat. Air laut dimasukkan dari kanan ke kiri. |
arang batu yang dibawa dari jeti ke GF3. |
Saya ikut abang-abang staf CRE ke Masjid Kampung Tok Muda untuk solat Jumaat.
Staf kat UCR tak boleh tinggalkan loji sebab diorang pikul tanggungjawab besar.
Loji tak boleh suka-suki tinggalkan camtu je. Takut meletup.
Kami naik kereta berempat.
Takkan nak suruh N tumpangkan saya ke masjid kot.. Dia perempuan..
Lagi pun, dia nak keluar. Lunch dengan kawan kat Shah Alam.
ni ialah GF3. GF3 ada dua unit - Unit 5 dan Unit 6 Nampak chimney merah putih tu? ada dua serombong sebenarnya. Yang kiri dari unit 5, dan kanan dari unit 6. |
Sistem elektronik yang @_@ |
0 comments:
Post a Comment