Sedang saya mentelaah pagi ni..
Telefon berdering.

Mama?
Kenapa mama call pagi2 ni?

Nanti.
Adakah...

TIDAK!!!!

Saya pernah menerima panggilan daripada mama seawal 4 pagi pada 15 Julai 2010.
Sebuah panggilan yang tidak saya duga.
Mama bagitau abah koma.

Kata orang putih,
"no news is a good news"

Tapi bila dah dapat khabar, rupanya khabar yang sangat buruk.


Saya mula ketakutan.
Saya jawab panggilan.
Dengar suara mama terbatuk2.

Mama menangis ke?
Ya Allah.. Aku tak bersedia untuk menghadapinya lagi...
Saya mula menangis lagi.

Tapi panggilan putus2.

Saya tekan butang merah, dan keluar dari bilik untuk cari line telefon, bagi lagi kuat.

Kemudian saya call mama.

Masih putus2.
Hati makin ketakutan.

Saya hantar mesej.
"Kenapa mama call As tadi?"

"Tertekan kot. Sorry takde pape."

Mama TERtekan butang hijau.


"Lawak" ni boleh buat saya keguguran jantung.
Dan tolong jangan ulang lagi.

8 comments:

yup no news is a good news...

akak pun penah alami jam 4.00am panggilan dari rumah mengatakan ayah sedang sakit tenat dan doctor kata be prepared pada segala kemungkinan.. masa tu di Uni dan sangat tertekan sebab tak tahu nak buat apa.. tambah tertekan bila dr. kata sama ada ayah akan survive malam tu atau tidak..

dan sebulan lepas tu (betul2 seminggu lepas akak balik dari Uni ayah pergi buat selamanya.. dalam tidur tanpa sempat ucapkan selamat tinggal)

=)

Tak sangka, nasib kita hampir2 sama.
Dahlah rumah kita pun dekat2 je.
Saya terima panggilan hari Khamis, dan arwah abah pergi pada hari Sabtu. Tak sampai seminggu.
Dia pergi dalam tidur, juga tanpa ucapan selamat tinggal.
Tapi tanda2 dia nak pergi tu dah ada, kami yang x perasan.

Saya ada nukilkan kisah saya dalam blog ni tahun lepas, kat sini.

http://memoriilusi.blogspot.com/2010/07/abah.html

http://memoriilusi.blogspot.com/2010/07/17-julai-20105-saaban-1431-h.html

pergi dlm tidur??? same je yg brlaku kat mak sy...

Anonymous ~
sekurang2nya kita masih dapat melihat dia bernyawa, walaupun pada saat2 akhir. Ada juga yang pergi dengan mengejut. Tiada tanda2 awal.

tp mak sy x sedar langsung, dy k0ma lps pembdahan lam 1mggu, jd, mmg x sempat nk brckp ngn dy..tp xpelah, lets by g0ne be by g0ne.. nice bl0g, hehehe

tp mak sy x sedar langsung, dy k0ma lps pembdahan lam 1mggu, jd, mmg x sempat nk brckp ngn dy..tp xpelah, lets by g0ne be by g0ne.. nice bl0g, hehehe

ayah saya pun x sedar langsung. saya melihat arwah ayah saya masih hidup tatkala beliau koma. xde tanda2 akan jatuh sakit pun.

hmm, xpelah, dah ajal dy mcm 2 kan?? kite kne blaja terima qada' dan qadar, tp kan rase mcm x pecaye kan?? sy kdg2 jd x pecaye langsung yg dy da x dek,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...