12.36 am, February 8 2022


So I've devcded to search for some old songs in Youtube. The songs that we've always heard when we were young.

And I found this video. Mulalah terbayang memori lama zaman sekolah menengah.

Berbeza betul rupa Aiu atau Ayu Ratna ni masa dia baru-baru menyanyi dalam video muzik untuk OST filem 'Garasi' bertajuk 'Hilang'. Nampak lebih feminin.

Time changes everyone.


Dulu masa masuk sekolah menengah, kita tak kenal pun kawan-kawan yang rata-ratanya dari sekolah lain, terutamanya pelajar Cina. Keadaan menjadi janggal sebab sejak dari kecil, kami tak pernah bercampur dengan budak Cina disebabkan wujudnya sistem sekolah vernakular. Ayam dan itik berkumpul dalam satu reban. Daripada alam kanak-kanak, kami melangkah ke alam remaja.

Kena tegur dengan cikgu supaya menulis dengan pen, bukan lagi pensel.
Belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. (First batch PPSMI)
Dan keadaan memaksa kami untuk berasimilasi.
Sama-sama ketawa.
Sama-sama kena denda.
Sama-sama kongsi jawapan waktu exam.

Waktu ambil result SPM, kami berkumpul semula.
Amoi-amoi Cina datang sekolah dengan rambut lepas, tak lagi diikat style ponytail,
Gaya berpakaian kami semua pun sedikit berbeza.
Rasa-rasanya kami semua dah ada lesen memandu.
Kami mula melangkah ke alam dewasa.

Time changes everyone.

*****

Blog ni dah mencecah 12 tahun usianya. Bermula sebagai blog yang dibangunkan tanpa tujuan khusus, and somehow it becomes a part of me.

Juga dah 8 tahun sebenarnya saya memilih untuk 'hilang'.
Hilang daripada media sosial, kawan universiti, kawan matrik, kawan sekolah menengah, kawan sekolah rendah.
Kali terakhir saya muncul depan mata diorang ialah pada Oktober 2013. Lama kan?
Sejak tu memang takde siapa pun antara kawan-kawan saya yang pernah terserempak dengan saya.

Kenapa saya hilang?
Saya pun tak tahu nak jelaskan kenapa.
Tiba-tiba timbul rasa saya mahu bersendirian untuk seketika.
Jauh daripada semua orang.
Tapi percayalah, saya tak bencikan kawan-kawan saya.
Saya sekadar mahukan masa dan ruang sebelum kembali.

*****

Saya ada projek sebenarnya untuk post-post akan datang, dan tengah menanti bahan untuk dihadam sebelum menulis.
Tapi bahan tu belum ada di tangan saya.
So, tunggu je la.

Projek ni sebenarnya ada kaitan dengan masa silam kita.
Sebab masa silamlah yang membantu kita melihat dengan lebih jelas apa yang berlaku hari ini..
Dulu saya tak nampak benda-benda ni, jadi tak timbul langsung rasa ingin tahu.
Rupa-rupanya kita ditipu oleh apa yang pernah kita belajar di sekolah dulu.
Sungguhlah, sejarah tu ditulis oleh orang yang menang.
Dan kita ni hanyalah orang yang dinafikan haknya.

Saya harap, apa yang ditulis dalam projek ni membuka mata kita semua.

Nantikan ya. InsyaAllah saya akan tulis.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...