December 9 2023, 4.12 PM



Saya terjumpa istilah NEET ni dalam drama bersiri Jepun bertajuk ‘Marry Me!‘. Drama ini merupakan adaptasi daripada manga.  Dalam drama ni ada disebutkan tentang  ‘NEET Protection Law‘. Dan saya sangkakan NEET ni ialah istilah fiksyen yang dicipta dalam manga ni. Rupa-rupanya istilah NEET ni memang wujud di alam nyata, cuma tidak digunakan di Malaysia.

October 23 2023, 10.29 am

Melayu merupakan bangsa daripada kelompok manusia moden, iaitu Homo sapiens. 23 pasang set kromomosom manusia tidak berubah sejak zaman dahulu lagi. Hari ini terdapat kepelbagaian di kalangan manusia kerana perubahan minor dalam set allele secara pemilihan semula jadi (natural selection). Mengikut tempat dan juga cuaca.

Di kawasan yang sejuk & tinggi, manusia mempunyai kulit yang cerah dan berkemahiran mendaki gunung. Manakala di tempat panas dan berdekatan laut, kulit manusia kelihatan lebih gelap & juga pandai berlayar. Kebolehan manusia beradaptasi dengan alam membolehkan mereka berhijrah dari satu tempat ke seluruh bumi sebagai khalifah. Walaupun manusia itu bersuku-suku,, tetapi semua manusia moden dating daripada satu jurai yang sama, iaitu Adam & Hawa.

Kajian DNA  “Single Nucleotide Polymorphism“ (SNP) atau Polimorfisme Nukleotida Tunggal merupakan kajian perwarisan manusia daripada juraian ibu (DNA mitikondria) & juraian bapa (DNA kromosom Y). Selain mengesan jalur keturunan ibu atau bapa, kajian ini juga boleh mengukur umur DNA bangsa & keberadaannya di sesuatu kawasan berdasarkan umur relatif DNA dengan teori kemenjadian DNAm iaitu pada 5 juta tahun dahulu.

1.       Genetik Mitokondria Hawa (Mitochondria Eve)

Ini merupakan genetik yang dibawa oleh ibu sahaja, dan ditemui oleh Cann, Stoneking & Wilson dan diterbitkan melalui artikel “Mitochondria Eve“ dalam majalah Nature 1987.

2.       Kromosom- Y Adam

Ini merupakan kromosom seks yang hanya terdapat pada lelakim dan hanya boleh diwakili anak lelaki sahaja. Kajian ini adalah tentang perwarisan sebelah bapa atau paternal.

*****

5 juta tahun dahulu

Teori kemenjadian DNA menyatakan DNA manusia pertama wujud pada 5 juta tahun dahulu.

200 000 tahun dahulu

DNA manusia moden, iaitu Homo sapien wujud dan bermula di Afrika Timur. Bangsa Melayu berasal daripada juraian ini.

Kajian kromosom-Y yang dipanggil Y-Chromosomal Most Recent Common Ancestor (Y-MRCA) juga meletakkan usia 200 000 tahun.

Ini mengesahkan teori satu ibu & satu bapa, iaitu Adam & Hawa.

74 000 tahun dahulu

Masyarakat berhijrah daripada Afrika tiba di Tanah Melayu selepas menyeberangi Laut Merah, Selatan Semenanjung Arab, Pantai barat India, dan Indochina melalui jalan pantai yang panas.

Letusan Gunung Toba mengorbankan 70% penduduk bumi.  Manusia yang tinggal di Gua Niah, Gua Gunung Runtuh, Gua Teluk Kelawar terselamat daripada bencana ini, dan melahirkan bangsa asal Asia Tenggara. Mereka berasal daripada 4 bangsa purba Asia Tenggara.

Nenek moyang Melayu telah berkampung di pedalaman Asia Tenggara dan menjadi induk utama bangsa Daic di Utara Vietnam & Indochina. Mereka menurunkan generasi Melayu, Mon, Khmer & Pyu.

60 000 tahun dahulu

Melalui MtDNA, Melayu ialah bangsa terawal yang masih bermandiri di dunia. Mereka ialah pecahan genetik tertua dari Afrika sebelum berevolusi di Utara & Timur.

Menurut Yao dalam „Phylogeographic Differentiation of Mitochondrial DNA in Han Chinese“, migrasi orang China bermula daripada Selatan, bermula di Asia Tenggara ke China. Ini bererti genetic Melayu lebih tua daripada China, sekaligus menolak Theory Out of Yunnan & Theory Out of Taiwan.

Asia Tenggara menjadi takungan genetik  Melayu & Mon dan bergerak ke Benua Sunda. Dan ini tidak merujuk kepada orang Semang semata-mata, bahkan nenek moyang Melayu.

59 000 tahun dahulu

MtDNA Melayu hampir sama usianya dengan Semang. Orang Melayu hakikatnya pendatang yang berhijrah dari Afrika ke Benua Sunda dan menjadikan kawasan ini sebagai tanah air mereka.

Orang Melayu tiada allele jenis E (genetik Afrika) tetatpi mempunyai genetik yang bermutasi daripada kitaran pertama genetik allel M, N & R. Penanda genetik (genetic marker) orang Melayu ada banyak persamaan dengan kepulauan Melayu, Mikronesia & Polinesia.

Pergerakan penutur Bahasa Austronesia di kepulauan Melayu berdasarkan DNA adalah bermula di pedalaman Asia Tenggara, kemudian Semenanjung & kepulauannnya, dan bertemu penduduk Taiwan di Papua & Filipina.

50 000 tahun dahulu

Ibu orang Melayu berada di Kepulauan Melayu.

40 000 tahun dahulu

Bapa orang Melayu (haplogroup K)  berada di Kepulauan Melayu, dan mungkin tiba pada waktu yang sama dengan ibu orang Melayu (50 000 tahun dahulu), tetapi mengalami mutasi yang berbeza.

MtDNA ibu Melayu lebih stabil dan sukar bermutasi dan terletak di luar nukleus. Mankala kromosom-Y di dalam nukleus yang bererti mudah bermutasi.

Orang di Timur & Timur Laut Kepulauan Melayu ialah cucu & cicit kepada nenek Melayu kita yang bermigrasi ke sana (dan bukanlah dari sana ke mari).

10 000 tahun dahulu

Allele Non-Africa yang sampai ke Kepulauan Melayu ialah K-M. Menurut Tatiana N. Karafetm haplogroup K-M526 sangat spesifik kepada orang Austronesia, bermula di kepulauan Melayu sebelum tersebar ke seluruh dunia.

3 000 tahun dahulu

Teori Slow Boat atau Out of Taiwan mungkin berlaku. Pertembungan ini mewujudkan bahasa Melayu atau bahasa Austronesia.

Tanah melayu hakikatnya menjadi tanah air kita sejak berpuluh ribu tahun dahulu. Melayu menjadi bangsa induk kepada bangsa lain di Timur hingga ke Hawaii & Raapa Nui serta ke Utara (China, Jepun, Korea).

Melayu juga ialah bangsa petama membina ketamadunan & negara bangsa sebelum migrasi zaman moden oleh British. Oleh itu, kita sememangnya bumiputera & pribumi di kepulauan Melayu.

Rujukan:

Kitab Tamadun Melayu, Patriots Asia Sdn. Bhd.

 October 22 2023, 3.22 pm

Bentuk muka buminya yang dikelilingi pulau dan laut mengilhamkan orang Melayu untuk membina kapal dan meneroka Nusantara hingga ke luar alam Melayu. Kapal ini berkeupayaan tinggi kerana dengan drauf yang kecil tetapi mampu menampung ramai anak kapal. Mempersoalkan Melayu ini pendatang daripada Indonesia ke Tanah Melayu hakikatnya mempersoalkan tuan ramah yang bergerakdalam rumah sendiri.

Di sinilah rumah Melayu. Rumah yang dikongsikan bersama orang lain, dengan syarat mereka perlu setia kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

Terdapat 3 teori yang digunakan oleh penyelidik untuk memberi takrifan sempadan alam Melayu:

1.        Teori Wallace Line

2.      Teori Pentas Sunda.

3.       Teori Linguistik

 

 

October 212023, 6.19 pm

 

Pada 17 Disember 2021, hari Jumaat, hujan turun sepanjang hari di seluruh Selangor. Hujan memang perkara biasa di pantai Barat Semenanjung Malaysia pada musim Monsun Timur Laut ini, yang mana angin bertiup kencang dari Kelantan ke Selangor, membawa awan bersamanya dan berkumpul di puncak banjaran Titiwangsa. Tapi apa yang luar biasa ialah gugusan awan ini terlalu banyak kerana pengaruh angin Lekukan Tropika 29W yang sangat kuat, menolak awan ini melepasi banjaran tersebut, lalu hujan jatuh mencurah-curah di bahagian barat Kawasan tersebut. Hujan lebat turun di empangan Sungai Klang, meninggikan paras air, dan air terpaksa dilepaskan segera atau empangan tersebut akan pecah.

August 18 2023, 5.35 pm



Dulu saya pernah berpesan kepada diri,

"Aku dah tak nak datang sini lagi".

*****

Semester terakhir tu, saya siapkan macam-macam.

Hantar report Latihan Industri saya kepada junior-junior Kelab Remaja Ukhwah Kolej Tuanku Canselor yangsetahun muda yang rapat dengan saya.

Untuk bagi diorang rujukan waktu nak buat LI atau praktikal nanti.

Saya jugak bagi borang-borang FYP/PSM untuk bagi diorang idea untuk buat projek tahun akhir sem akan datang.


Kenapa saya susah payah nak tolong diorang walaupun diorang tak mintak?


Sebab saya berniat untuk pergi.

Pergi jauh daripada hidup mereka.

Saya nak menghilangkan diri.


Tahun akhir tu, kawan-kawan satu batch nak ambil gambar kami makan bersama.

Saya selalu mengelak daripada diambil gambar bersama diorang.

Sebab saya tak mahu jadi sebahagian daripada memori mereka.

Saya tak mahu dikenang atau wujud dalam memori mereka.

Saya mahu dilupakan.


Saya sendiri pun takde alasan kukuh kenapa saya menghilangkan diri daripada kenalan sekolah menengah & universiti.

Tapi perasaan nak menjauh tu semakin menebal pada sem akhir tu.

"Habis je konvo, aku nak block semua orang. Aku nak tutup facebook. Takde lagi 'Nat Cure' dalam hidup diorang"

Konvo pada Oktober 2013.

Tutup facebook 30 November 2013.

Block hampir semua nombor kenalan.

Hilang secara rasmi pada 1 Disember 2013.

*****

Rupa-rupanya hampir sedekad berlalu sejak habis belajar kat UTM.

Dan takdir seakan-akan 'menarik' kembali saya ke sini.

Untuk melunaskan apa yang tertangguh selama 10 tahun itu.

Saya geledah barang-barang lama saya di rumah. Dan terjumpa 3 buah buku. Satu saya pinjam dari surau. Dua buah saya pinjam dari Reading Station, sejenis rak buku yang bersepah di seluruh UTM hasil derma daripada warga UTM.

Saya perlu pulangkan buku-buku ni. Tapi saya ni takut memandu kereta dulu. Nak naik bas pun rasa tak berbaloi semata-mata nak pulangkan buku-buku ni.

Buku ni kekal tersimpan dalam kotak di rumah hampir sedekad.

Entah macam mana, ekoran apa yang  berlaku di tempat kerja, saya terus bagi surat perletakan jawatan. Kembali menganggur satu tahun setengah sebelum dapat kerja baru.

Dan tempat kerja baru minta saya ke Senai selama seminggu.

Allah aturkan semuanya dalam ilmu yang tidak saya fahami. UTM hanya setengah jam perjalanan daripada hotel yang saya tinggal.

Saya pun teringat kepada buku-buku yang saya pinjam. Dan bawa semuanya bersama.

Hari ni Jumaat, hari terakhir saya di Senai. Sebelum pulang ke Klang, saya ke UTM dahulu.

Satu demi satu memori kembali menerjah.

Tak sangka dapat pulang ke sini.

UTM tak boleh masuk pada hari cuti (Jumaat & Sabtu). Dah tak sebebas dulu. Tapi saya bagitau abang polis tu, saya nak pulangkan buku.

"Datang dari Klang semata-mata nak pulangkan buku?"

Abang tu mintak lesen saya, dan bagi pas pelawat.

Saya pusing sekitar kawasan blok pertama saya, S40.

Pusing ke Kolej Perdana. Lalu depan kedai Azah. Kemudian S05, blok terakhir saya. Dan S10, blok tahun dua. Kat sinilah kali terakhir saya jumpa arwah abah dalam keadaan sedar sebelum koma.

Ada banyak loker baru di hadapan blok masing-masing. Mungkin nak ganti loker lama.

Dan sampai di S01. Saya jalan-jalan sekitar pejabat. Lalu depan Dewan Astana. Kemudian, ke surau. Saya letakkan satu buah buku di sana.

Rindu surau ni. Tempat lepak saya dengan senior-senior & kawan-kawan saya.

Saya turun, dan cari Reading Station di pejabat KTC 

Dah takde!

Habis tu, 2 buku ni nak letak mana?


Saya masuk dalam kereta.

Entah kenapa, saya terus hantar gambar-gambar terkini kolej kepada kakak senior saya. Beliau je satu-satunya nombor  kenalan UTM yang saya tak pernah block sampai hari ni.


Kata kakak senior tu, "Sireh pulang ke gagang ni".

Betul la tu. Kolej Tuanku Canselor atau KTC ni pernah jadi rumah saya membesar selama 4 tahun.

Saya terus Masjid Sultan Ismail, atau MSI. Sebab kat sana ada Reading Station. Harap-harap ada lagi la. Saya parking berdekatan Perpustakaan Sultanah Zanariah, atau PSZ.

"Baik hantar terus buku ni ke PSZ."

Saya pun masuk PSZ. Jelaskan situasi saya kepada staff sana.

"Oh Reading Station sekarang dah tak banyak. Untuk beberapa kolej, dah merge jadi satu rak je"

Patutlah dah tak nampak lagi almari buku tu bersepah sekitar UTM.

"Jadi nak pulangkan buku ni la ya?"

"Ha'ah. Dah 10 tahun saya simpan buku tu"

Abang tu pun gelak.


Rasa lapang sangat. Saya naik kereta dan pusing sekitar Fakulti Sains, kemudian pusing sekitar Fakulti Kejuruteraan Elektrik. Teringat makmal projek tahun akhir tu. Kemudian bangunan kat atas bukit yang jadi dewan exam & jadi bilik kuliah untuk kebanyakan kelas tahun akhir.

Saya kembali ke abang polis tadi. Ambil lesen semula, dan berlalu meninggalkan UTM.


Bila fikir balik, kenalan kat UTM takde buat dosa pun kat saya sampai saya nak block diorang. Diirang takde salah apa pun. Saya yang terasa nak menjauhkan diri. Mungkin, yang salah tu sebenarnya saya. Ada masalah, lari tinggalkan kawan. Suka sangat menyendiri.

Mungkin saya perlu belajar untuk hubungi semula kenalan-kenalan lama ni.

Mungkin saya perlu belajar terima kekurangan diri, sebab saya selalu beranggapan saya tak setaraf diorang. Diorang CGPA bagus, kerja bagus, ada master & PhD, dah kahwin & beranak-pinak. Saya ni takde apa pun. Rasa rendah diri & malu tu yang buatkan saya makin jauh daripada diorang. 

Tapi boleh ke diorang maafkan saya, lepas saya tinggalkan diorang?









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...