October 26 2020, 10.26 pm

Lama dah tak update blog. Biasanya tiap-tiap minggu tulis post baru. Entah kenapa, saya rasa nak stop sekejap. Tengah belajar untuk menghadam banyak perkara yang berlaku kat dunia nyata ni.

Nak start dari mana ya?

Okay. I got this. Let's begin.


October 27 2013.

Majlis konvokesyen kat Universiti Teknologi Malaysia untuk Fakulti Kejuruteraan Elektrik kat Skudai nun jauh kat selatan tu.

Lepas 4 tahun belajar kat UTM, saya pun dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik). Exam terakhir kami ialah sekitar bulan Jun 2020 sebelum secara rasminya kami menjadi jurutera. Itulah last kami satu kelas berkumpul sebelum bertemu semula waktu konvo bulan Oktober ni.

Yang juga sebenarnya merupakan kali terakhir siapa-siapa pun yang kenal saya di UTM melihat saya.

Sejak konvo tu, saya menghilangkan diri.

Diam seribu bahasa. Hilang dari radar. Takde siapa pun tahu saya keberadaan saya.

Kenapa saya pilih untuk 'hilang'?

Saya sendiri pun tak tahu.

Mungkin saya perlukan ruang untuk bersendirian.

Untuk 7 tahun lamanya saya pilih untuk bersendirian. 

Mungkin pelik untuk sesetengah orang, tapi benda ni penting untuk saya. Mungkin kita ada ramai kawan kat sekeliling kita, tapi berapa ramai yang kita betul-betul boleh buat kawan?

Saya tutup akaun sosial media saya. Mesej daripada coursemate pun saya tak pernah reply. Entahlah. Mungkin ni cara halus untuk mengatakan "Please stop looking for me".

Mungkin juga sebab saya tertekan. Media sosial tu kadang-kadang jadi racun sebenarnya. Makin banyak yang saya baca, makin sakit hati. Siang malam gaduh pasal politik. Tak habis-habis cerita pasal kahwin. I'm getting sick of my own friends.

That's why I'm leaving. Keluar daripada kelompok itu.

The good thing is, saya mula melihat dunia dengan kaca mata berbeza. Tiada lagi kedengaran suara-suara hasutan itu. Saya bebas untuk membaca, memilih dan buat keputusan sendiri. We need to have our own opinion.

Saya rasa saya yang sekarang ni lebih dewasa.

*****

Bercakap tentang dewasa, hari tu saya ada scroll facebook (akaun baru yang guna nama sebenar saya. Takde friend pun dalam tu).

Saya ada terpandang nama yang dah agak lama tak dengar.

Liyana Fizi.

Pernah dengar nama ni?

Dulu dia nyanyi dalam band Estrella. Lepas tu nyanyi solo. Saya suka lagu 'Jatuh'. Bila terdengar lagu dia, tiba-tiba rindu zaman sekolah yang tengah musim indie band tengah naik sejak siri KAMI bersiaran kat 8TV.

Saya tengok gambar kat artikel penyanyi tu.

Uish! Liyana Fizi bertudung!

Saya google nama beliau. Intai instagram beliau.

Wow.. Sungguhlah.. Comel gila kut dia sekarang ni!

Dah berapa lama ya masa berlalu sejak kenal beliau? Siapa sangka beliau akan berubah sampai macam ni.

Lepas tu saya dengar semula lagu-lagu beliau kat Youtube. Ada video muzik beliau yang berusia 12 tahun. Lama jugak tu. Macam-macam boleh berlaku dalam 12 tahun ni. Hidup ni memang misteri.

*****

Saya sebenarnya dah agak lama tak ada kawan perempuan. Tapi sejak beberapa minggu ni saya seronok bersembang dengan sorang ni kat tempat kerja. Rupanya kitorang punya kisah hidup hampir-hampir sama.

Membesar kat Klang. Tuisyen kat Era Tinta. Ambik degree course yang sama (universiti lain), then redha dengan kerja yang kitorang dapat sekarang ni.

Beliau cerita tentang masa silamnya. Saya cerita masa silam saya. Memang seronok la ada kawan bersembang yang sampai tahap deep conversation tu.

Dan saya mula cerita tentang kehidupan saya sekarang. Tercengang dia dengar bila dapat tahu saya ni 'bukan kaleng-kaleng'. Orang cakap rezeki tak datang bergolek. Tapi kalau Allah nak, rezeki tu memang datang bergolek-golek.

Walaupun keluarga saya agak mewah, tapi kami pilih untuk hidup sederhana. Tak ramai kat tempat kerja yang tahu kehidupan sebenar saya di luar tempat kerja. Mungkin sikap saya yang cermat bab duit ni sampai takde siapa perasan. Haha. Pandai betul sorok ye.

Anyway, seronok jugak la ada kawan untuk kongsi cerita.

1 comments:

Its Ok dik.. macam akak zaman muda dulu.. hilang dr radar.. jgn risau.. nanti bila kita dah semakin berusia kita akan jumpa kawan yg betul2 kawan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...