August 17 2020, 12.42 pm

Sabtu lepas tu rasa agak suram. Memang kebiasaannya kami sekeluarga akan pulang ke rumah kampung setiap Sabtu. Cuma kami terkejut sebab ayah tiri saya akan datang sekali ke sana.


Kami semua dah maklum bahawa ayah tiri saya telah disahkan mengalami kanser hati beberapa hari sebelumnya. Cuma terkejut sebab beliau sanggup datang sejauh-jauhnya untuk jenguk keluarga tirinya.

Hari itu memang tak meriah macam sebelum ni. Beliau hanya makan salad dengan sos apa entah. Entah thousand island atau sos bijan. Kami makan chicken finger yang saya goreng dan roti sardin yng mama sediakan.

Kemudian kami keluar ke laman rumah. Tengok pokok avokado dan laici yang dah makin besar. Kemudian ayah bersalam dengan kami.


"Doakn ayah ye," pesan beliau kepada saya. Dari nada suaranya boleh dengar beliau sedang menangis.


Esok, Selasa, ada check up kat Selayang untuk diagnosis seterusnya. Hospital sebelum ni dah keluar result, tapi tak boleh nak keluarkan satu surat tu. Doktor mintak pergi Selayang untuk sahkan tentang penyakit tu.

Entah kenapa, saya teringat balik suasana arwah abah sebelum pergi. Rasa sayu sangat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...