June 29 2020, 12.48 pm

Rumah kampung kami tu sebenarnya dah siap. Ada sikit-sikit je kena touch up. Tapi sebab kontraktor yang kerja touch up ni slow gila dan macam-macam kerenah, my parents mula kunci mangga di pintu gril depan dan belakang rumah. Kiranya kami dah tak nak diorang buat kerja lagi kat rumah tu.




So, sekarang ni parents saya akan deal bayaran dengan pihak sana. Memang kualiti kerja kontraktor ni teruk. Janjinya Mac dah habis kerja. Sampai dah nak masuk Julai pun tak siap. Last-last panggil orang lain untuk siapkan landskap dan parit tu. Lepas tu kontraktor pertama tadi bising kenapa kami panggil orang lain. Itu memang hak kami sebab diorang tak perform ikut waktu yang ditetapkan.

Rumah saya masih kosong tanpa perabot. Takde bajet. Haha. Tapi saya ada tolong pasangkan perabot kat rumah mak saya. Mama pun nampak happy je ada rumah baru.

Tadi ada terdengar supervisor bersembang. Dia dah beli rumah hampir RM400k. Mahal jugak rumah ni. Bulan-bulan bayar RM1200. Entah berapa tahun baru habis. Assistant Manager saya pun katanya ada beli rumah harga macam tu.

Barulah saya faham bertuahnya hidup saya ni.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...