January 31 2019, 11.12 pm

Post pertama untuk tahun ni. Entah apa yang disibukkan sampai tak sempat nak tulis apa-apa awal bulan ni.

Anyway, ini sedikit update bulan ni.

Ingat tak pasal tanah kebun atuk yang saya cerita tahun lepas. Selepas setahun ditambak, projek pembinaan rumah tu dijangka akan bermula dalam beberapa bulan ni. Saya rasa luas tanah tu macam separuh padang bola sepak. Yes, sangat sangat luas untuk didiami 4 orang adik beradik. Buat masa ni, ayah tiri saya tengah cari kontraktor. So, rumah tu paling awal pun boleh disiapkan tahun depan.




Sementara menunggu projek tu jalan, my stepfather and my mother ada order sejenis benih pokok kat Sungai Bulah, which is an avocado tree. Pokok ni, saya ada tanam kat tanah tu 19 Januari yang lepas.

Apa signifikannya buah avokado dengan hidup kami?

Ayah (my stepfather) kata masa dia belajar kat Miami, pokok ni ada ditanam kat kawasan rumah sewa dia. Maybe avocado is like mango here. It's very common. Even sampai sekarang pun, kadang-kadang ayah ada belikan avocado setiap kali beli barang dapur. Dan mak saya akan blender buah tu, kemudian jadi jus. Jarang kan dengar orang kampung tanam avokado? Maybe our house is one of the few kat kampung tu yang ada avokado. It may take years before it becomes fully grown and produces lots of fruits.

Design rumah tu pulak katanya ikut style orang putih, di mana dapurnya di tengah rumah, dan bukannya belakang rumah. Tanah kat sini pun luas. Bila rumah dah siap, mak saya minta tolong kami adik-beradik tanam rumput dan buat lanskap style Inggeris kat situ.

Entah kenapa, masa tanam pokok avokado tu, saya lupa nak ambik gambar pokok tu. Next time la saya tampal kat sini.

Actually, parents buatkan rumah je. Perabot, perkakas, grill rumash, semuanya modal sendiri (around RM10k).. Maka kena ikat perut sikit la beberapa bulan ni.

By the way, ayah ada bagi cadangan untuk saya tentang 'sesuatu', dan saya tengah kumpul benda-benda tu kat Lazada. Tapi ni cerita dalam post akan datang la.

Until then, see ya!

~natural cure~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...