October 28 2016, 2.13 pm







Pagi ni gerak dari rumah dalam pukul 8 lebih. Lepas tu masuk highway dan sampai sana dalam 9.30 pagi. Diorang masih tengah siapkan khemah. Saya dengan adik saya singgah kejap kat 7-Eleven kat sana. Beli roti dan makan dalam kereta. Tepat pukul 10 pagi, kami pun jalan kaki ke khemah tu.

And it turns out that saya merupakan customer pertama diorang. Yes, customer pertama Jemari Seni untuk event ni. Kalau tak silap la, nama kakak yang uruskan jual beli tu namanya Nory Saad. Kakak tu siap offer untuk tangkap gambar saya, sebab saya first customer diorang. Saya cakap NO. Sebab gambar tu mestilah diorang upload kat Facebook. Seganlah wei bila satu Malaysia nampak muka kau. Tapi pihak sana pun hormat privasi saya. Maaf ye. Seperti "penulis itu", saya pun tak nak orang tahu muka saya. Cukuplah saya dikenali dengan hasil tulisan saya. And I'm extremely introvert, hoccay?

Untuk event ni, saya beli 2 buku je - '10' dan 'a+b'. Ini je koleksi Hlovate yang saya belum ada. Maka, selepas beli, lengkaplah koleksi Hlovate saya. Kenapa tak beli buku lain sekali? Sebab dah hujung bulan dan poket saya bocor. Tunggu gaji masuk akaun bulan depan ye.

Besides, banyak lagi buku Jemari Seni kat rumah saya ni yang masih belum dibaca. Hahaha. Dasar tsundoku.

Anyway, nantikan post yang akan datang, sebab saya akan buat review untuk novella pertama bertajuk "Garpu & Camca" oleh Hlovate. Insya-Allah. *angkat kening double-jerk*

1 comments:

Kakak ingatkan 10 tu mean for October:)
Tajuknya menarik juga macam-macam boleh diintrepetasikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...