February 24 2016, 12.36 pm

Bermula daripada pemerhatian terhadap burung, manusia mula untuk mencipta sayap atau kepak dan dipasang di lengan untuk terbang. Namun manusia sedar bahawa sayap sahaja tidak cukup untuk membuat mereka terbang di udara. Bidang kejuruteraan berkembang mengikut peredaran zaman, dan manusia mula berfikir untuk mencipta kenderaan.




Ornithopter

Leonardo da Vinci (1452-1519) mencipta sebuah konsep kenderaan yang mempunyai sayap dan berkibas ke atas dan ke bawah (seperti burung) yang dikenali sebagai ornithopter. Beliau pernah menulis dan membuat lakaran di manuskrip setebal 160 muka surat tentang kenderaan ini. Tetapi hasilnya tidak berjaya.
Antara hasil beliau yang lain dalam bidang penerbangan termasuklah penciptaan payung terjun dan helikopter.

Ornithopter


Leonardo da Vinci


Belon Udara

25 April 1783
Joseph-Michel dan Jacques-Etienne Montgolfier, dua bersaudara melancarkan  “lighter-than air” (lebih ringan daripada udara)atau LTA, iaitu belon udara yang menggunakan ‘lifting power’ daripada udara panas di Annonay, Perancis. Belon tersebut naik setinggi 305 meter atau 1 000 kaki tanpa penumpang.


Joseph-Michel Montgolfier

Jacques-Etienne Montgolfier




27 Ogos 1783
Professor Jacques Alexandre Cesar Charles membuat sebuah demonstrasi di mana udara panas digantikan dengan hidrogen supaya belon tersebut boleh naik lebih tinggi dan tidak perlu bergantung kepada perbezaan suhu belon dengan suhu persekitaran.


Professor Jacques Alexandre Cesar Charles

Benjamin Franklin yang melihat pertunjukan ini di Paris meminta saintis di Amerika mengkaji belon ini untuk tujuan ketenteraan.


Benjamin Franklin


19 September 1783
Sekali lagi Montgolfier bersaudara menerbangkan belon udara mereka di Court of Versailles. Penumpangnya ialah kambing biri-biri, itik dan ayam.

15 Oktober 1783
Jean-Francois Pilatre de Rozier, penumpang manusia pertama terapung setinggi 25.6 meter (84 kaki)

Jean-Francois Pilatre de Rozier


November 1783
Jean-Francois Pilatre de Rozier ditemani Francois Laurent d'Arlandes terbang bebas (free flight) selama 25minit sejauh 8.5 km (5.5 batu).


Francois Laurent d'Arlandes


1 Disember 1783
Professor Jacques Alexandre Cesar Charles dan pembantunya terbang bebas sejauh 43km (27 batu) dari Tuilleris, Paris dan disaksikan oleh 400 000 penonton.

1805
Jean-Pierre Blanchard merupakan manusia pertama yang mencipta sistem “controlled flight” (penerbangan yang boleh dikawal) dengan wujudnya “sails and rudders” (pengemudi). Sophie Blanchard merupakan juruterbang wanita pertama di dunia dan pernah melakukan 59 penerbangan.


Jean-Pierre Blanchard


Kapal Udara

Konsep belon udara ini mula ditambah dengan enjin, baling-baling (propeller) dan kemudi (rudder) dan menjadi kapal udara. Penjana kuasa yang digunakan bermula daripada enjin stim sehinggalah enjin elektrik dan gasolin. Masalah utama bagi kenderaan ini ialah bentuknya, di mana jika belon diisi penuh dengan udara, kapal udara ini mampu boleh dikendalikan dengan dengan mudah (faktor aerodinamik), namun perkara sebaliknya akan berlaku jika tidak diisi penuh. Pada abad ke-19, kapal udara digunakan untuk pengintipan ketika peperangan.

9 Ogos 1884
Charles Renard & Arthur Krebs, pegawai Pasukan Jurutera-Jurutera Perancis menerbangkan kapal udara pertama, iaitu La France. Kapal tersebut bergerak dalam bentuk bulatan sejauh 7.6 km, dan dikuasakan oleh motor elektrik 9 kuasa kuda, dan 7 m diameter baling-baling. Kelajuan maksimanya ialah 22.5 km/j  selama 23 minit.

Amerika mula menggunakan belon udara untuk tujuan peperangan ketika Perang Saudara. Selepas peperangan tamat, tentera yang mengendalikan belon-belon ini menjadi barnstormer atau pelagak ngeri udara dan melakukan pertunjukan udara.

1898-1905
Alberto Santos-Dumont, seorang jurutera Brazil mencipta dan menerbangkan 11 kapal udara.

2 Julai 1900
Ferdinand von Zeppelin (1838-1817), seorang bangsawan Jerman,  menerbangkan kapal udara pertamanya, Luftschiffahrts Zeppelin (LZ-1) dan terbang sekitar Friedrichshafen. Beliau sedar tentang kepentingan mengekalkan bentuk belon, dan cuba untuk menghasilkan kapal udara dengan rangka yang lebih ringan.

19 Oktober 1901
Alberto Santos-Dumont  menerbangkan  kapal udaranya  dari Park Saint Cloud ke Menara Eiffel (dan kembali) dengan jarak 3 km di bawah 30 minit. Beliau diraikan oleh sahabatnya, Louis Cartier di sebuah majlis. Alberto Santos-Dumont menyatakan masalahnya untuk melihat jam di sakunya sambil mengemudi kapal udaranya. Louis Cartier cuba untuk membantu sahabatnya itu dengan meletakkan lingkaran yang diperbuat daripada kulit untuk dipakai di pergelangan tangannya. Alat tersebut ialah apa yang kita gelar hari inni sebagai jam tangan. (Ya, Louis Cartier ialah pencipta jam tangan).

1908
Kapal udara mula menjadi satu pengangkutan udara yang utama.

1909
Deutsche Lutftschiffahrts AG (DELAG), syarikat pengangkutan udara Jerman ditubuhkan untuk membuat kapal udara.

1914
Perang Dunia Pertama meletus, dan 1 780 penerbangan telah membawa 27 700 penumpang dengan selamat.

1922
DELAG mencipta Los Angeles, sebuah kapal udara perang untuk tentera Amerika.
Akhir 1920-an dan awal 1930-an
LZ-127 Graf Zeppelin, kapal udara besar yang menerbangkan penumpang dan pernah terbang lebih daripada 1.5 juta kilometer.


‘Heavier-Than-Air’

Sir George Cayley (1773-1857), merupakan pereka kepada konsep asas kapal terbang moden. Beliau telah  memisahkan definisi ‘daya angkat’ (lift) dan ‘daya pendorongan’ (propulsion).

1799
Sir George Cayley mereka kapal terbang dengansayap yang tetap (tidak berkibas) untuk menghasilkan daya angkat, pendayung (paddle) untuk daya dorongan dan ekor untuk penstabil vertical dan horizontal. Selain mengenal pasti daya angkat, daya geseran (drag), dan daya tujahan (thrust), beliau juga menghasilkan sayap melengkung (curved/cambered wings) untuk meningkatkan daya angkat dan mempelajari enjin dan baling-baling.

1853
Sir George Cayley menghasilkan peluncur (glider) berskala penuh.
Otto Lilienthal (1848-1896), jurutera Jerman telah menghasilkan beberapa peluncur satu sayap dan dua sayap. Untuk terbang, beliau akan membawa peluncur tersebut menuruni bukit sehingga ia mencapai kelajuan tertentu. Sepanjang hayatnya, beliau pernah membuat lebih 2 000 penerbangan sebelum terlibat dengan kemalangan sewaktu terbang.

1889
Otto Lilienthal menerbitkan buku The Flight of Birds as the Basis of the Act of Flying. Buku ini merupakan asas dan menjadi rujukan bagi peminat dunia penerbangan di Eropah dan Amerika.
Orville Wright (1871-1948) dan Wilbur Wright (1867-1912) antara mereka yang menjadikan buku tersebut sebagai rujukan. Dua bersaudara ini merupakan manusia pertama yang berjaya mencipta kapal terbang yang mampu dikawal, berkuasa, dan lebih berat daripada udara berikutan pendekatan kajian yang meluas dan kejuruteraan yang cemerlang. Mereka juga sebenarnya bernasib baik kerana teknologi enjin gasolin agak canggih ketika itu dan membenarkan penghasilan enjin yang ringan dan sesuai dengan kapal terbang tersebut.

1900
Orville Wright dan Wilbur Wright menjalankan eksperimen peluncur mereka dan memilih  Kill Devil Hills berdekatan Kitty Hawk di utara Carolina berikutan faktor angin.

1901
Orville Wright dan Wilbur Wright cuba untuk memperelokkan lagi rekaan mereka, dan menambah enjin 12 kuasa kuda yang mereka hasilkan sendiri.

17 Disember 1903
Flyer I, iaitu nama kapal terbang Orville Wright dan Wilbur Wright mula terbang untuk pertama kalinya dan terbang sejauh 37 meter dalam 12 saat.

1904
Orville Wright dan Wilbur Wright membuat kapal terbang kedua mereka dan berjaya terbang dalam bentuk bulatan sejauh 4.45 km selama 5 minit. Apa yang mereka lakukan ialah membengkokkan sedikit bahagian sayap untuk mengawal ketinggian (altitude) dan membuat pusingan.
Glenn H. Curtis merupakan pencipta seorang juruterbang dan pembuat pesawat di Amerika. Di Perancis, Alberto Santos-Dumont, Henri Farman, Louis Bleriot, Gabriel dan Charles Voisin, dan Leon Levasseur juga mula mencipta dan menerbangkan kapal terbang.

1908
Wilbur Wright pergi ke Perancis untuk membuat demonstrasi kapal terbangnya dan menyatakan mereka lebih maju daripada pencipta lain.

25 Mei 1909
Louis Bleriot menjadi manusia pertama yang menyeberangi Selat Inggeris dengan menggunakan kapal terbagnya, Bleriot XI. Rekaan Bleriot XI ini merupakan rekaan klasik, di mana ia mempunyai sayap, baling-baling di bahagian hadapan  dan ekor di belakang.

Ogos 1909
Perancis menganjurkan pameran selama seminggu di Rheims dan diikuti oleh Amerika dan juga Eropah. Ini merupakan era baru dalam dunia penerbangan.

Ogos 1914
Perang Dunia Pertama meletus, dan pesawat udara mula digunakan dalam peperangan. Bermula untuk peninjauan, pesawat ini berubah menjadi pesawat pejuang dan pesawat pengebom. Antara orang ternama dalam peperangan tersebut Manfred Freiherr von Richthofen, juruterbang peswat pejuang Jerman dan menembak 80 pesawat musuhdan dikenali sebagai Red Baron. Gelaran tersebut berasal daripada warna merah di pesawatnya, Fokker D.VII. Anthony Fokker, pereka kapal terbang Belanda  menghasilkan mekanisme di mana mesingan yang seirama dengan enjin, di mana juruterbang boleh menembak  melalui baling-baling yang jauh lebih baik daripada pesawat musuh. Antara kapal-kapal tersebut ialah Spad dan Nieuport (Perancis) dan juga S.E.5dan Sopwith Camel (Britain).

Wanita

Blanch Scott merupakan juruterbang wanita pertama di Amerika, dan beliau pernah belajar di  sekolah penerbangan  Glen Curtiss. Beliau pernah terbang 12.2 m di udara.
Bessica Raiche pernah membuat penerbangan solonya beberapa minggu kemudian, sebelum berhenti dan menjadi doktor.

1912
Julia Clark dan Harriet Quimby mengikuti jejak langkahnya, dan Harriet Quimby menjadi wanita pertama yang terbang dengan lesen.

1913
Harriet Quimby menjadi wanita pertama yang terbang merentasi Selat Inggeris.

Katherine Stinson dan Eddie Stinson menceburkan diri dalam perniagaan membina kapal terbang. Katherine mula melatih juruterbang di sekolah penerbangannya dan pergi ke Perancis dan menerbangkan Red Cross.
Bessie Coleman merupakan wanita kulit hitam pertama di Amerika yang menjadi juruterbang. Bessie merupakan anak ke-13 dalam keluarganya, dan sentiasa bermimpi untuk terbang. Beliau suka untuk membaca buku di perpustakaan berhampiran. Kemudian beliau berpindah ke Chicago, dan terbaca tentang kisah wira-wira juruterbang Perancis. Bessie cuba untuk mendaftarkan dirinya di sekolah penerbangan, tetapi tidak berjaya.

1921
Setelah mempelajari bhasa Perancis pada waktu malam dan menyimpan wangnya, Bessie Coleman berlayar ke Perancis. Beliau belajar di  Coudron Brothers’ School of Aviation.

1922
Bessie Coleman menerbangkan Nieuports dan menamatkan pengajian pengajiannya. Beliau juga cuba untuk membuka sekolah penerbangan di Amerika. Bermula sebagai barnstormer,beliau mula mengumpul wang dan pernah ke Holland dengan bantuan Anthony Fokker.

1925
Bessie Coleman terbang di pertunjukan udara di Houston dan Dallas. Setelah pulang untuk melakukan pertunjukan udara di Texas, beliau mendapati pagar masuk untuk golongan kulit putih dan kulit hitam dipisahkan. Beliau menyatakan tiada pertunjukan akan dilakukan sehinggalah golongan kulit putih dan hitam masuk melalui pagar yang sama.

1926
Kawalan untuk kapal terbang Curtiss Jenny yang dipandu oleh Bessie Coleman terkunci, dan beliau berpusing-pusing di udara sebelum terhempas dan mati. Ketika itu beliau berusia 30 tahun.

1902
Beryl Markham dilahirkan di England. Beliau merupakan juruterbang yang produktif dari Eropah ke Afrika.

1906
Beryl Markham mengikuti bapanya ke Afrika, dan membesar di sebuah lading di Kenya. Antaraaktivitinya ialah menghantar surat melalui udara, menyelamatkan pelombong dan pembura yang terluka, dan terbang untuk mengesan gajah untuk pemburu.
Amelia Earhart merupakan juruterbang wanita yang terkenal pada era tersebut. Beliau merupakan wanita petama yang menyeberangi Lautan Atlantik (sebagai penumpang). Tugasnya ialah merekodkan log penerbangan.

Amy Guest, orang kaya dari Philadelphia bertanya kepada George Putnam, seorang penerbit untuk menganjurkan penerbangan tersebut bersama kapal terbang Fokker Trimotor. Amelia Earhart mula belajar untuk terbang daripada Neta Snook, seorang pengajar wanita berpengalaman.

1932
Amelia Earhart membuat penerbangan solo merentasi Lautan Atlantik.

1936
Beryl Markham pulang ke England, dan cuba untuk menjelajah dari timur ke barat. Beliau terselamat dalam satu nahas penerbangan yang melibatkan kapal terbangnya,  Percival Vega Gull. Beliau juga menulis sebuah buku, iaitu West with the Night, yang menceritakan kehidupannya di Afrika dan kisah beliau di udara.

1939
Amelia Earhart cuba untuk mengelilingi dunia dan hilang di lautan, sehingga hari ini.

Pengangkutan Udara Komersil

1915
NACA (National Advisory Committee for Aerospace and Aeronautics) ditubuhkan.

1 Januari 1915
Penerbangan berjadual pertama menggunakan kapal terbang  oleh sistem penerbangan bermula di St. Petersburg, Florida dan berakhir di Tampa, Florida.

1916
William E. Boeing menubuhkan Pacific Aero Products Company.

1917
Pacific Aero Products Company bertukar nama kepada Boeing Airplane Company. Syarikat tersebut membangunkan kapal terbang air untuk tentera laut ketika era Perang Dunia Pertama.

1918
Armistice mula beroperasi berikutan terdapat lebihankapal terbang tentera. Ia berfungsi untuk menmbawa penumpang dan penghantaran surat.

Februari 1919
Penerbangan pertama dengan perkhidmatan kepada penumpang oleh Deutsche Luftreederei (Jerman) dari Berlin ke Leipzig dan Weimar.

Oktober 1919
KLM (Royal Dutch Airlines) ditubuhkan di Netherland/Belanda. KLM merupakan system penerbangan tertua di dunia. Penumpangnya hanya sekitar 2 hingga 8 orang, dan penumpang perlu memakai pakaian kulit yang panas, sarung tangan, penutup telinga (earplug), dan penderatan kecemasan sangat kerap berlaku.

1920-an
Banyak perubahan berlaku untuk memperbaiki kualiti kapal terbang. NACA antara penyumbang kepada perubahan ini kerana Amerika mendapati mereka telah jauh ketinggalan dalam industri penerbangan berbanding Eropah. Antara perubahannya ialah daripada biplane kepada monoplane dan seluruh rangkanya diperbuat daripada logam. Nama NACA merupakan nama awal kepada NASA.

1927
Pan American Airways (”Pan Am”) ditubuhkan dan merupakan pengguna utama kapal terbang laut untuk membawa surat dari Kay West, Florida ke Havana, Cuba.

20 Mei 1927
Antara anugerah terpenting keika itu ialah Orteig Prize yang dianugerahkan kepada penerbangan tanpa henti antara Roosevelt Field, New York dan Le Bourget, Paris pada tarikh ini. Anugerah ini diberikan kepada Charles A. Lindbergh yang merupakan juruterbang penghantar surat. Lindbergh membeli Spirit of Saint Louis daripada Ryan Aeronautical di San Diego, California dan ditaja oleh Saint Louis, Missouri. Penerbangan ini berlangsung selama 33.5 jam. Beliau menerima $25 000.

1930-an – 1940-an
Saiz kapal terbang laut jauh lebih besar daripada kapal terbang darat kerana lapangan terbang mempunyai kawasan tyang terhad berbanding kawasan tasik dan laut.

1933
Boeing 247, monoplane logam dan enjin berkembar mula diterbangkan. Kapal terbang ini merupakan kapal terbang penumpang moden pertama. Walaupun permintaan terhadap kapal terbang ini sangat banyak, tetapi Boeing lebih mengutamakan permintaan anak syarikatnya, United Airlines sebelum memnuhi permintaan syarikat lain. Ini membuatkan pesaing mereka, Trans World Airlines untuk meminta Douglas Aircraft Corporation (pesaing utama Boeing) untuk melancarkan kapal terbang mereka sendiri. DC-1 merupakan penambahbaikan kepada Boeing 247, dan mempunyai ruang kabin yang lebih besar. Kemudian model DC-2 dan DC-3 menyusul. DC-3 menyediakan ruang untuk 21 orang penumpang, dan merupakan kegemaran kepada sistem penerbangan dan juruterbang. Antara hasil inovasi terpentingnya ialah sistem autopilot (alat mengawal kapal terbang secara automatik) yang dibuat oleh Sperry Gyroscope Company.

1936
Walaupun kelajuan maksima zeppelin kurang daripada 100 km/j, tetapi kederaan ini mampu terbang lebih daripada 1000 km tanpa perlu mendarat.
LZ-129 Hindenburg mula dibina. Kenderaan ini mempunyai panjang 245 m, kelajuan maksima 135 km/j, dan 200 000 meter padu.

6 Mei 1937
Hindenburg meletup ketika mendarat di Lakehurst, New Jersey kerana proses menyahcas oleh atmosfera persekitaran. Letupan ini disebabkan terdapat kebocoran gas hidrogen di kapal tersebut. Peristiwa ini juga petanda berakhirnya era kapal udara sebagai kenderaan udara komersil.

Jun 1938
Pan-Am membawa penumpang merentasi Lautan Atlantik menggunakan kapal terbang laut terbesar, Boeing 314 yang membawa 74 orang penumpang.

1939
DC-3 membawa 90%  daripada semua pengangkutan udara komersil di dunia.

Perang Dunia Kedua dan Pesawat Udara Jet

1930
Sebelum Perang Dunia Kedua berakhir, pesawat udara yang dikuasakan oleh enjin jet mula diperkenalkan. Sistem ini dikembangkan oleh Sir Frank Whittle (Britain) dan Hans Joachim Pabst von Ohain (Jerman). Selepas kelajuan baling-baling mencapai 700 km/j, keberkesanannya akan menurun, dan ini membuatkan daya pendorongan yang berbeza diperlukan agar pesawat udara dapat bergerak lebih laju. Pada tahun ini, Sir Frank Whittle telah mempatenkan hasil kerjanya yang menjadi asas kepada usaha British untuk membangunkan teknologi enjin jet.

1937
Ujian enjin turbojet oleh Sir Frank Whittle buat pertama kalinya berjaya.

Ogos 1939
Heinkel He 178 (Jerman) merupakan pesawat udara pertama yang diterbangkan menggunakan enjin jet.  Walaupun begitu, pesawat udara jet pertama yang digunakan dalam perkhidmatan ialah Gloster Meteor (British), diikuti Messerschmitt Me-262 dengan kelajuan 870km/j. Pesawat ini sebenarnya tidak kerap digunakan dalam peperangan kerana peperangan hampir ke penghujungnya.

September 1939
Industri pesawat udara Jermanmerupakan yang tercanggih di dunia, dan jelas tergambar di gudang senjata mereka, Luftwaffe. Antara pesawat udara mereka ialah Messerschmitt Bf 109, Focke Wulf FW-190 Junkers Ju 88, dan pengebom Junkers Ju 87 Stuka. Penggunaan kapal terbang ketika perang dunia kedua jauh lebih ketara berbanding perang dunia pertama dan menjadi titik tolak kemenangan dalam sesuatu pertempuran. Pada awal permulaan perang, Luftwaffe dibantu oleh pasukan darat dan menggunakan taktik “blitzkreig” (perang kilat) menghancurkan Poland, Belanda, Denmark dan Perancis. Pesawat pejuang yang terkenal untuk Allies termasuklah British Hawker Hurricane dan Supermarine Spitfire, dan juga U.S. P-51 Mustang yang dinina oleh North American Aviation. Di Lautan Pasifik, Amerika berdepan dengan Mitsubishi A6M Rei-sen (“Zero” atau “Sifar”) milik Jepun yang pada permulaannya merupakan halangan yang sukar bagi Amerika.
Jerman tidak terlalu menekankan kepentingan pesawat pengebom berat, di mana pengeboman secara strategik merupakan kunci kepada kemenangan Allies. Pengeboman ini pernah dilakukan di Jerman dan Jepun oleh Boeing B-17 Flying Fortress dan B-29 Superfortress.

1940-1945
Peperangan yang berlaku menyebabkan peningkatan pengeluaran kapal terbang untuk memnuhi keperluan mereka. Sebagai contoh, Bf 109 dihasilkan 33 000 kali. Manakala di Amerika pula mempunyai 300 000 pesawat udara.
Selepas peperangan tamat, kehebatan enjin jet menyebabkan pesawat dengan enjin piston kelihatan tidak relevan lagi. Antara model terawal muncul ialah jet pejuang Lockheed P-80 Shooting Star dan F-86 Sabre (Amerika).
Cabaran terbesar dalambidang perindustrian ialah (sound barrier) iaitu kelajuan Mach 1. Ini kerana sekiranya pesawat udara cuba untuk mencapai kelajuan ini, pesawat tersebut akan hancur secara tiba-tiba. Fenomena ini berlaku berikutan adanya daya geseran yang meningkat secara tiba-tiba setiap kali pesawat cuba untuk mencapai kelajuan bunyi, dan ini dipanggil “buffeting”.

14 Oktober 1947
Bell XS-, kapal terbang kajian berkuasa roket oleh Major Charles “Chuck” Yeager (Tentera Udara Amerika) merupakan pesawat pertama yang mencapai kelajuan supersonik. Setelah dijatuhkan dari Boeing B-29, XS-1 yang kemudiannya dinamakan sebagai X-1 mencapai kelajuan 1,126 km/j,atau Mach 1.06.
Hasil daripada kajian ini membawa kepada penciptaan model seterusnya, termasuklah X-15. X-15 yang dibina oleh North American Aviation mencapai ketinggian 107,900 m dan kelajuan Mach 6.7. Ketiga-tiga X-15 telah membuat 199 penerbangan, daan diturunkan dari B-52. Antara juruterbang X-15, ialah Neil Armstrong.

Selepas perang tamat, sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Lord Brabazon di UK memikirkan pesawat udara komersil yang akan dibuat. Brabazon IV dilihat mempunyai potensi besar berikutan terciptanya enjin jetdi Britain. Pesawat ini kemudiannya berubah kepada de Havilland DH-106 Comet I.

1952
Comet I menjadi kapal terbang penumpang menggunakan jet pertama di dunia. Comet I mampu membawa 36 orang penumpang, sejauh 3 200 km dengan kelajuan 720 km/j. Tempoh perjalanan dapat dikurangkan separuh, dan mampu terbang setinggi 12 000 m dan melepasi sempadan cuaca. Walaubagaimanapun, Comet I terhempas dan projek ini dibatalkan. Pengilang di Amerika, Boeing dan Douglas mula belajar daripada kesilapan ni.

1955
MiG-21 (Soviet Union) yang direka oleh biro Mikoyan and Gurevich mula diterbangkan. Lebih daripada 13 000 pesawat pejuang ini dibina, dan dijual kepada 50 buah negara.

1958
McDonnel F-4 Phantom II mula membuat penerbangan sulungnya. Asalnya dibangunkan untuk tentera laut Amerika, yang kemudiannyaa menarik minat tentera udara Amerika. Pesawat ini pernah memegang 16 rekod dunia untuk kelajuan, jarak, ketinggian, dan sebagainya.

1960-an
Kapal terbang enjin piston mula digantikan dengan pesawat baling-baling menggunakan turbin.
Negara-negara Eropah sedar hanya kerjasama yang erat sesama mereka mampu bersaing dengan pengilang Amerika yang diketuai Boeing. McDonnel Douglas dan Lockheed.

1966
Pan Am telah memesan 20 Boeing 707 dan 25 Douglas DC-8.Ini merupakan detik di mana seluruh dunia dilihat berlumba-lumba mahu membeli kapal terbang penumpang jet.
Amerika, Soviet Union, Britain dan Perancis cuba untuk mengembangkan kapal terbang penumpang berkelajuan supersonik. Namun, Boeing 2707(Amerika) langsung tidak mencapai peringkat prototaip. Tupolev Tu-144 (Soviet) merupakan kapal terbang pertama yang mampu mencapai lebih Mach 1, tetapi hanya digunakan secara sementara sahaja. Hanya Concorde (British-Perancis) menjadi kenderaan supersonik yang berjaya dihasilkan. Concorde dibangunkan oleh British Aircraft Corporation (BAC) Sud Aviation (Perancis).

1969
Di Britain, Hawker Siddeley membangunkan Harrier, pesawat pejuang yang mampu melakukan V/STOL (Vertical or Short TakeOff Landing) pertama di dunia. Seperti Yak-36 (Soviet Union), Harrier juga merupakan pesawat pejuang yang mampu terbang dengan kelajuan bunyi dan V/STOL.

9 Februari 1969
Setelah tewas dalam pembidaan untuk menawarkan kenderaan untuk tentera udara, Boeing bersama rakan kongsi enjinnya, Pratt & Whitney merancang untuk membuat kapal terbang yang mampu membawa 500 orang penumpang. Hasilnya, Boeing 747 jet penumpang laluan berkempar yang mempunyai empat enjin yang digelar Jumbo Jet. Ia mempunyai bahagian atas dek dan mula terbang pada tarikh ini.

1 Mac 1969
Concorde membuat penerbangan pertamanya.

1970-an
Teknologi pesawat pejuang mula ditingkatkan dengan kehadiran F-14 Tomcat, F-15 Eagle, F-16 Falcon.

Januari 1970
Boeing 747 mula berada dalam perkhidmatan. Jumbo Jet ini mempunyai 6 juta bahagian dengan ketinggian 20 meter, seperti bangunan 6 tingkat.

Disember 1970
Konsortium Airbus Industrie ditubuhkan untuk membina kapal terbang yang penumpang yang ramai untuk jarak yang pendek. Syarikat-syarikat Perancis dan Jerman mempunyai dua peranan, sebagai pemegang saham dan pemain industri.

1971
Sepanyol menyertai Airbus Industrie.

1974
F-14dilancarkan oleh tentera laut Amerika, dan merupakan pesawat terbesar, paling mahal dan paling kompleks di barat.

Mei 1974
Model terpenting Airbus, A300B, kapal terbang jet berbadan lebar bersama dua enjin pertama di dunia dilancarkan.
Airbus 310 memperkenalkan kokit 2 pemandu dan mempunyai rangka yang diperbuat oleh bahan komposit (composite materials).

Januari 1976
Concorde mula digunakan dalam perkhidmatan. Kelajuannya mencapai Mach 2 memendekkan masa perjalanan New York ke London selama 3 jam. 17 kapal masih dibuat dan digunakan oleh British Airways dan Air France.

1978
F-16, pesawat pejuang ringan dengan kawalan penerbangan elektronik mula dihantar kepada tentera udara Amerika. 4 000 unit F-16 telah dihantar kepada lebih 16 negara.

1979
British menyertai Airbus Industrie.

1988
A320, pesawat udara komersil subsonic pertama yang direka dengan kawalan utamanya menggunakan elektrik yang dipanggil “terbang dengan wayar” atau “fly by wire” (FBW), dan kapal terbang penumpang pertama menggunakan “kokpik kaca” yang menggunakan skrin elektronik. Melalui inovasi ini, Airbus memegang 50 peratus saham yang sebelum ini dipemonopoli oleh Boeing.

1990
Mulai tarikh ini, pesawat udara Presiden Amerika Syarikat, Air Force One, merupakan Boeing 747 (dengan rekaan ketenteraan  VC-25A). Boeing 747 merupakan contoh Amerika menguasai bidang kapal terbang penumpang. 

Musim Panas 2000
Satu tragedi berlaku melibatkan Concorde terhempas dan mencederakan 113 orang.

Helikopter

1936
Focke-wulf 61 (Jerman) merupakan helikopter praktikal pertama dan dipersembahkan di pertunjukan dalaman di Berlin yang dianjurkan oleh Nazi. Helikopter tersebut sebenarnya membawa banyak masalah. Rotor-rotornya menerbangkan pasir ke mata pengunjung, dan pintu arena terpaksa dibuka walaupun sejuk kerana helicopter tersebut memerlukan oksigen untuk enjinnya. Bahkan penonton lebih berminat kepada juruterbangnya, kerana beliau seorang wanita iaitu Hanna Reistch. Fw 61 mempunyai dua rotor yang diletakkan di outrigger di kiri dan kanan badan helicopter. Ia juga boleh digunakan untuk kegunaan luar sehingga 2439 m (8000 kaki).

1939
Igor Sikorsky (Russia) menerbangkan prototaip Vought Sikorsky VS-300 di Amerika. VS-300 menggunakan satu rotor untuk daya angkat dan rotor menegak kecil di ekor untuk melawan torque, iaitu kuasa yang menyebabkan kipas berpusing. Dengan susunan rotor ini, kenderaan ini mempunyai kawalan yang mana semua kenderaannya sebelumnya belum mampu melakukannya. Hasilnya, wujudlah helikopter pertama, R-4.
R-4 asalnya digunakan untuk pengangkutan, yang kemudiannya digunakan sebagai sistem senjata. Semasa perang Vietnam, Bell Helicopter membangunkan Bell 209 Huey Cobra sebuah helikopter pertama yang direka untuk menyerang.

Angkasa Lepas

1903
Konstantin Tsiolkovsky (1857-1935) menerbitkan Exploration of Cosmic Space by Means of Reaction Devices, di mana beliau menulis tentang persamaan asas untuk pengembaraan angkasa lepas, dan dikenali juga sebagai persamaan roket. Beliau juga member idea untuk membina enjin bahan api dalam bentuk cecair, iaitu hidrogen dan oksigen sebagai bahan dorong (propellant) dan mencadangkan kegunaan gegasing (gyroscope) untuk kestabilan.

1919
Robert H. Godard (1882-1945), professor fizik di Amerika telah menjalankan eksperimen dengan roket-roket. Pada tahun ini, beliau menerbitkan A Method of Reaching Extreme Altitudes, dan beliau menyatakan hasratnya ke bulan.

1923
Di Empayar Austro-Hungaria, Hermann Oberth (1894-1989), seorang guru di sekolah juga berminat dengan pengembaraan angkasa lepas. Beliau menerbitkan The Rocket into Interplanetary Space.

16 Mac 1926
Goddard melancarkan  roket cecair pertama menggunakan gasolin dan oksigen cecair sebagai bahan dorong. Ketinggian yang dicapai hampir 12.5 m. Ini merupakan sebuah batu loncatan dalam teknologi ini.

Julai 1927
Verein fur Raumschiffahrt atau VfR (Society for Space Travel) merupakan pusat aktivit roket di Jerman. Mereka mempunyai harapan untuk memperkenalkan idea penerbangan antara cakerawala dan meakukan eksperimen dengan enjin roket.

1929
Oberth menerbitkan Ways to Space Travel dan menjadi rujukan kepada teknologi angkasa lepas. Beliau menceritakan kebarangkalian untuk membina roket, konsep kapal angkasa, stesen angkasa lepas, dan sut angkasa lepas.

September 1929
VfR mempunyai 870 orang ahli,antaranya ialah Wernher von Braun (1912-1877) yang baru sahaja tamat pengajian dia sekolah menengah.

1932
Roket-roket yang dibina di VfR mampu bergerak sejauh 5 km mampu mencapai altitude 1 500 m.

1936
Perjanijian damai semasa Perang Dunia Pertama menekankan halangan ketat ke atas tentera Jerman, namun perjanjian tersebut tidak menghalang penciptaan roket. Tentera Jerman melihat roket sebagai sebuah senjata baru. Beberapa orang terbaik dari VfR diupah oleh tentera untuk menjalankan program roket, dengan Wernher von Braun bertugas sebagai pakar tertinggi. Tentera tersebut  membiayai pusat kajian roket di pulau Usedom berhampiran Pennemunde. Ia berubah menjadi Heeresversuchsstelle Pennemunde , sebuah kemudahan pembangunan dan kajian roket terhebat di dunia. Ia berkeluasan 45 km persegi dan mempunyai 18 000 orang pekerja. Di Pennemunde, penyelidik mencipta peluru berpandu anti-pesawat udara, peluru berpandu yang dilancarkan dari kapal selam, dan peluru berpandu permmukaan ke permukaan di mana pencapaian terbaik mereka ialah V2 dengan kelajuan maksima 5 000 km/j dengan jarak 320 km.
Di Amerika, pembangunan roket dijalankan oleh Jet Propulsion Labaratory di California. Antara projeknya ialah pesawat udara dan peluru berpandu yang dilancarkan dengan roket, dan hanya melibatkan sekitar 300 orang.

Amerika dan Soviet Union memperoleh roket, kemudahan roket dan penyelidik selepas kekalahan Nazi. Namun, Amerika memperoleh majority kemudahan tersebut, terasuklah Wernher von Braun. Projek mereka lebih memfokuskan kepada ketenteraan, kerana Amerika dan Soviet Union melihat potensi roket sebagai kenderaan  untuk membawa nuklear.

4 Oktober 1957
Soviet Union melihat poetensi untuk mengembara ke angkasa lepas, dan negara tersebut melancarkan Sputnik I, satelit buatan pertama di dunia. Ia mengelilingi bumi setiap 96 minit, berbentuk sfera dan empat antenna panjang. Sputnik I dilihat sebagai mencabar Amerika  sebagai sebuah cabaran. Kurang satu bulan kemudian, Soviet Union menghantar Laika, seekor anjing menggunakan Sputnik 2. Sepanjang satu minggu tersebut, Sputnik 2 menghantar data tentang kehidupan anjing tersebut. Ini membuktikan manusia mampu hidup di angkasa.

31 Januari 1958
Percubaan awal untuk menyahut cabaran Soviet berakhir dengan kegagalan. Namun pada tarih ini , Amerika berjaya melancarkan satelit pertama mereka, Explorer 1. Satelit tersebut kekal di orbit selama 12 tahun dan menemui radiasi Van Allen yang melingkari bumi.

29 Julai 1958
“Kejutan Sputnik” mendorong kepada tertubuhnya agensi awam yang baru, iaitu National Aeronautics and Space Administration (NASA), sebuah agensi  yang mengendalikan NACA dan kebanyakan kemudahan roket tentera dan permulaan kepada program penerbangan manusia ke angkasa lepas Mercury.

12 April 1961
Major Yuri Gagarin  (Soviet Union), 27 tahun,  menaiki Vostok 1, menjadi manusia pertama di angkasa  lepas. Beliau mengelilingi bumi selama 108 minit setinggi 200 km. 3 minggu kemudian, Amerika menghantarAlan Shepard ke angkasa tapi hanya dengan laluan balistik (ballistics trajectory) selama 15 minit.

25 Mei 1961
Selepas hanya mampu melancarkan satu penerbangan balistik, John F. Kennedy, Presiden Amerika mengumumkan tentang matlamat untuk mendaratkan manusia di bulan dan pulang dengan selamat sebelum berakhirnya dekad tersebut. Dalam persediaan program Gemini mendarat di bulan itu, ramai tenaga pekerja dan kemampuan untuk kapal angkasa bercantum dan berpecah diperlukan. Penerbangan Apollo pertama ditangguhkan oleh kemalangan yang teruk. Kesemua angkasawan Apollo 1 mati berikutan adanya kebakaran di kapal angkasa semasa raptai pelancaran. Misi-misi Apollo yang seterusnya berjaya.

20 Februari 1962
Penerbangan orbital pertama Amerika dilakukan oleh John Glenn.
Pesaing untuk Wernher von Braun’s di Soviet ialah Sergei Korolev (1907-1966). Merupakan genius untuk program penerbangan ke angkasa lepas, membuat rekaan, ujian, pembinaan dan pelancaran Vostok, Voskhod dan Soyuz, kapal angkasa yang dipandu oleh manusia dan kapal angkasa bebas.

16 Julai 1969
Apollo 8 merupakanmisi  yang pertama di mana manusia berjaya mengorbit bulan dan Apollo 11 merupakan yang pertama untuk manuai mendarat di bulan. Angkasawannya ialah Neil Armstrong, Buzz Aldrin, Jr., dan Michael Collins.

20 Julai 1969
Armstrong dan Aldrin mendarat di bulan, dan Armstrong menjadi manusia pertama yang berjalan di jasad selain bumi, dan terkenal dengan kata-kata ini:
Satu langkah kecil untuk manusia, satu langkah gergasi untuk manusia – Neil Armstrong
Angkasawan-angkasawan tersebut menghabiskan dua jam untuk mengambil sampel batu, mengambilfotograf dan menyiapkan alatan saintifik. Kemudian, Armstrong dan Aldrin terbangkan Lunar Module ke Command Module bersama Collins yang berada di orbit bulan.

24 Julai 1969
Misi Apollo 8 berakhir, dan mendarat di Lautan Pasifik.

April 1970
Apollo 13 mengalami kemalangan disebabkan letupan dalam tangki oksigen, tetapi selamat kembali di bumi.
Satu daripada 3 roket Saturn dari Apollo disimpan dalam keadaan sedia untuk berlepas, dan peringkat ketiganya diubahsuai menjadi stesen angkasa lepas Skylab dengan mengubah tangki bahan api yang besar itu menjadi  kabin.

Disember 1972
Selepas Apollo 8, 5 misi seterusnya mendarat di bulan, dan berakhir dengan Apollo 17. Mereka menjalankan penerokaan secara meluas di permukaan bulan, mengumpulkan sampel batu bulan, dan memasang banyak alat untuk kajian saintifik.

14 Mei 1973
Skylab dilancarkan ke orbit di atas roket Saturn yang lebih kecil yang ditinggalkan dalam program Apollo. Stesen 75 tan itu menjadi kuarters kepada angkasawan dan dijaga oleh 3 krew, setiap satu dengan 3 angkasawan selama 171 hari.

1979
Stesen Skylab telah ditinggalkan selama 5 tahun apabila ia memasuki semula ke atmosfera.

Kegunaan Komersil Angkasa Lepas

Oktober 1945
 Teori satelit geostationary telah diramalkan oleh Arthur C. Clarke dalam jurnalnya.   

1958
Satelit-satelit pertama kelihatan agak pasif kerana kekurangan alatan elektronik dan hanya boleh menjadi stesen geganti (relay station) untuk komunikasi. Tentera Udara Amerika melancarkan satelit komunikasi aktif yang petama . Ia membolehkan transmisi suara manusia di angkasa lepas.

April 1960
Tiros merupakan satelit awam pertama dan merupakan ‘moyang’ kepada satelit cuaca hari ini.

1962
TELSTAR, sebuah satelit komersil membawa program-prgram televisyen menyeberangi Lautan Atlantk untuk pertama kalinya.

1963
SYNCOMM III menjadi satelit geostationary pertama di dunia. Diletakkan di orbit 35 800 km di atas khatulistiwa,satelit tersebut kelihatan tidak bergerak dan ideal untuk penyiaran televisyen  dan komunikasi di kawasan dunia yang lebih besar.

1972
Selain satelit, roket yang membawa satelit juga sama pentingnya.Roket Ariane (Eropah) merupakan kenderaan pelancar komersil yang paling berjaya di dunia. Apabila European Space Agency (ESA) ditubuhkan, kesatuan Eropah juga meluluskan program untuk memperkembangkan kenderaan pelancar ke angkasa.

24 Disember 1979
Program Ariane yang diketuai oleh Perancis melancarkan roket pertama dari pusat angkasalepas Kourou di French Guayana. Roket-roket siri Ariane telah meletakkan lebih separuh satelit komersil dunia ke angkasa lepas.

Menerokai Sistem Solar

1962
Probe telah digunakan untuk menerokai menrokai bulan-bulan dan planet-planet di sitem solar. NASA telah menghantar 2 probe ke Zuhrah.

Disember 1962
Probe kedua NASA, iaitu Mariner 2 telah melepasi Zuhrah dan menjadi probe pertama yang mencapai misi ke planet lain.

Ogos 1977
Voyager merupakan probe yang digunakan untuk meninjau planet-planet lain di sistem solar. Voyager 2 mula dilancarkan.

September 1977
Voyager 1 mula dilancarkan.

1979
Voyager 1 dan telah melepasi Jupiter.

1980
Voyager 1 tiba di Zuhal. Ia kemudiannya bergerak ke luar sistem solar.

1981
Voyager 2 melepasi Zuhal

1986
Voyager 2 melepasi Uranus.

1989
Voyager 2 melepasi Neptun.

April 1990
Hubble Space Telescope dibawa ke orbit. Walaubagaimanapun, telekop tersebut didapati ada kecacatannya dan menyebabkan gambar kelihatan kabur.

1991
Oleh kerana Hubble hanya mampu melihat objek dalam spektrum electromagnet NASA telah melancarkan Compton Gamma Ray Observatory (GRO) dari objek yang sangat jauh di angkasa lepas.

Disember 1993
Optik baru telah digunakan untuk membaiki Hubble di angkasa untuk mendapatkan gambar yang lebih jelas.

4 Julai 1997
Kapal angkasa Mars Pathfinder mendarat di Marikh dan melepaskan mikrorover Sojourner 10.6 kg (23 paun) untuk meninjau kawasan daratan.

1999
Jarak pemerhatian antara HST dan GRO mula diisi oleh Chandara X-Ray Observatory  yang dilancarkan pada tahun ini. Ia kemudiannya disertai oleh satelit terbesar di Eropah, iaitu teleskop XMM (X-Ray Multimirror). Kedua-dua teleskop X-ray ini mencari sumber-sumber X-ray di angkasa, seperti letupan bintang.

Manusia di Angkasa Lepas

NASA pernah terfikirkan idea untuk meletakkan stesen di angkasa lepas sebelum Apollo 11 dan Skylab lagi. Mereka cuba untuk merealisasikan sebuah stesen angkasa lepas dengan manusia yang menjadi penghuninya di orbit bumi yang lebih rendah, sebagai kenderaan pergi balik orbit ke bumi, dan dijana oleh bahan kimia dan bahan nuklear. Disebabkan masalah belanjawan terhad, hanya program Shuttle yang berjaya diteruskan.

19 April 1971
Berbeza dengan Amerika, Soviet Union dilihat lebih menumpukan kepada stesen angkasa lepas. Generasi pertamanya hanya membenarkan manusia untuk mendiaminya dengan sementara sahaja kerana mereka tidak mampu memberi bekalan semula dan mengisi semula bahan apinya. Salyut 1, stesen angkasa pertama mula dilancarkan pada tarikh ini. Krew Soyuz II tinggal di angkasa lepas selama tiga minggu tetapi mati ketika pulang ke bumi kerana kebocoran udara dari kabinnya.

1972
Sebuah rekaan stesen angkasa telah berjaya disiapkan. Asalnya ia dirangkan sebagai kapal dua peringkat, tetapi hanya dibina sebagai satu setengah sahaja untuk menjimatkan kos. Program tersebut dikenali sebagai STS atau Space Transportation System.

1974-1977
Soviet Union menghantar 3 stesen angkasa di orbit. Salyut 6 (1977-1982) dan Salyut 7 (1982-1986) merupakan generasi kedua stesen angkasa lepas Soviet Union. Stesen ini membenarkan manusia untuk hidup lebih lama kerana mempunyai dua tempat berlabuh, yang mana salah satunya dikhususkan untuk Progress, isitu sebuah kapal ulang  alik yang mengisi bekalan.

12 April 1981
NASA melancarkan Space Shuttle pertama, Columbia ke orbit yang boleh digunakan semula. Penerbangan 4 Space Shuttle digunakan untuk sistem pengangkutan untuk membawa satelit ke orbit dan sebagai eksperimen mikrograviti dalam jangka masa yang singkat. Ia dilengkapi dengan sayap, tangki di bahagian luar dan dua buah roket. Tangki dan roket akan ditanggal seteah digunakan untuk pelancaran. Ketika pelancarannya, sebuah Shuttle berketinggian 56 meter dan mempunyai berat 2 000 000 kilogram.

1984
Ronald Reagan, Presiden Amerika, mengumumkan bantuan untuk program membuat penemapatan kekal manusia di angkasa.

1986
Soviet Union melancarkan stesen angkasa Mir (“keamanan” dan “dunia”). Ia merupakan penempatan pertama yang bersifat kekal dan stesen pertama yang boleh dikembangkan dari semasa ke semasa.Sewaktu dilancarkan, ia seberat 20 tan dan hanya satu modul, iaitu terasnya sahaja. Mir mempunyai kuarters, sistem untuk hidup, juasa dan kebolehan untuk menjalankan kajian saintifik. Krewnya dibawa ke Mir menggunakan Soyuz-TM dan diberi bekalan daripada kenderaan kargo Progress-M. 6 modul ditambah untuk tahun-tahun berikutnya dan jika dismbungkan dengan Progress M dan Soyuz-TM ia mencapai panjang 32 meter, lebar 27 meter dan berat melebihi 91 tan.

28 Januari 1986
Space Shuttle Challenger meletup 73 saat selepas pelancarannya dan 7 angkasawan terbunuh.
1988

Beberapa langkah-langkah keselamatan diambil untuk meneruskan program Shuttle ini. Walaupun Shuttle kenderaan yang mempunyai kadar kebergantungan yang tinggi ke angkasa lepas (melebihi 95 peratus), tetapi mereka sedar bahawa kenderaan yang sempurna (100 peratus) tidak akan mampu dicapai.
Program penempatan manusia kekal di angkasa oleh Amerika dinamakan sebagai Space Station Freedom. Namun disebabkan kos yang tinggi dan tidak mengikut jadual, program ini mendapat kritikan yang teruk.

1991
Shuttle seterusnya menyertai program ini.

1992
Rekaan semula stesen angkasa yang lebih kecil telah dipersetujui dan Russia menyertai Eropah dan Jepun sebagai rakan kongsi. Program ini dinamakan semula sebagai International Space Station Alpha (ISSA) dan kemudiannya diringkaskan kepada International Space Station (ISS). ISS kini mempunyai keahlian oleh 16 buah negara.

1995-1998
Dalam persediaan ISS, Amerika dan Russia menjalankan program Shuttle-Mir. Program tersebut termasuklah pertukaran angkasawan, di mana angkasawan Russia pergi ke Space Shuttle dan angkasawan Amerika pergi ke Mir.

20 November 1988

Elemen pertama ISS, iaitu Functional Cargo Block milik Rusia  yang diberi nama Zarya dibawa ke ISS. Ini kemudiannya diikuti oleh Unity Node oleh Amerika.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...