August 30 2015, 10.28 pm

Ayah saya pernah memberi saya sebatang pen sewaktu saya Darjah Enam pada tahun 2002 dulu.

"Cuba teka, berapa harganya?" tanya mama.

"RM50?"

Mama senyum. "Betul la tu."

Dan pen itu masih tersimpan rapi dalam kotak yang ayah saya berikan 13 tahun dulu. Masih berdakwat dan boleh berfungi dengan baik. Tapi hampir-hampir tak pernah menggunakannya. Dan hadiah itu diberikan kepada saya sebab dapat result 5A dalam UPSR.


Abah juga pernah menghadiahkan saya sebiji prisma kaca yang ada serbuk-serbuk halus dalam kaca tu yang membentuk sebuah kapal. Dalam prisma tu ada bertulis 'BEST WISHES'. Saya jarang-jarang bawa prisma tu keluar dari kotak tersebut dan jarang-jarang dipamerkan di bilik tidur saya. Kalau tak silap, arwah abah bagi sebab result UPSR jugak. Kira hadiah la belajar betul-betul sebab trial untuk UPSR pun 5B je.

Abah juga pernah belanja saya makan aiskrim Nestle yang dalam cup tu. Harganya taklah mahal mana. Tapi bila habis makan aiskrim tu, cup tersebut boleh dibuka dan ada souvenir kat dalam cup kedua. (Aiskrim cawan dalam cawan). Waktu tu zaman Ultraman Gaia kalau tak silap. Tiga Ultraman paling berpengaruh zaman tu - Ultraman Tiga, Ultraman Dyna dan Ultraman Gaia. Saya dapat patung lastik Ultraman Dark Tiga. Ultraman ni sebenarnya villain dalam siri Ultraman Tiga. tapi uniknya dia ni sebab belang dia warna hitam, sedangkan Ultraman lain warna biru-merah. Walaupun warnanya dah luntur, saya masih simpan patung ni dalam laci.

Juga sewaktu saya di Tingkatan Tiga, abah pernah bawa kami sekeluarga ke Jusco Bukit Raja. Dan tempat keukaan saya, mestilah bahagian permainan walaupun usia dah masuk 15 tahun. Waktu tu kami baru je memiliki Toyota Avanza biru metalk yang kami masih guna sampai hari ni. Abah belikan saya patung aksi daripada Lego, iaitu Bionicles. Saya dapat dari puak Bohrok yang menjadi villain dalam komik ceritu tu. Walaupun ada part yang dah patah sikit, ia masih tersimpan rapi dalam laci di bilik saya.

Dan bila dah besar ni, saya sedar saya ada simpan macam-macam benda yang tak pakai dalam bilik ni, yang sekali pandang nampak macam sampah sebab menyesakkan ruang bilik dan ruang rumah. Tapi bagi saya, inilah antara kenangan saya sewaktu muda-muda dulu. Zaman yang kita tak faham sangat pasal realiti dunia, dan dunia kita hanyalah berkisar tentang apa yang kita ada ketika itu. Membuang benda-benda ni samalah macam saya 'buang' dunia saya dulu.

Mungkin, benda-benda remeh ni la yang akan kita turunkan kat anak-anak kita. Sesuatu yang boleh kita banggakan ketika anak-anak kecil hari ni sibuk main Angry Birds dengan Plants vs Zombies dekat tab mak bapak dia. Kenangan kita masa kecik dulu adalah kenangan yang paling indah dalam hidup kita.

Things we leave behind for another generation are objects we hold dear.

~N~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...