November 9, 2014, 5.25 am

Dah lebih kurang seminggu la jugak tak bukak lappy. Asal balik rumah je, terus syahid. Penat. Betul la kata orang, zaman belajar la masa paling best dalam hidup kita.

Jadi engineer ni is not really that bad. Cuma disebabkan audit for ISO tu yang buat kitorang letih. Tiap-tiap  hari balik lambat sebab nak tulis dokumen yang penuh dengan parameter 'temperature' dengan 'flow rate' guna tangan dengan pen. Salah skit je, kitorang kena tulis balik. Terlebih 'decimal place' pun sama. Hari ni (Ahad) pun sepatutnya kerja. Tapi sebab hari-hari ambik 'overtime tak bergaji', orang atas bagi saya off la hari ni. Hoho. ISO ni penting untuk eksport produk kita ke luar negara. Kalau dah eksport ke sana, duit pun mengalir masuk dalam company macam air. Dan orang atasan pun salirkan duit tu terus ke poket kita. Eheh.

Kepada adik-adik junior atau sesiapa je yang tengah mencari kerja lepas graduate, saya ada beberapa nasihat kat sini.

- Jangan cari kerja guna Jobstreet. Trust me. You'll wait for months for nothing. Most of the requirements ada tulis macam ni: "Chinese candidates are more preferable due to the nature of the work" atau "fluent in Mandarin is an advantage". This is the reality in Malaysia.
- Kalau yang ambik Electrical dengan Mechanical Engineering, pergi je mana-mana kilang yang terdekat dengan rumah (atau rumah sewa) dan bawak resume dan gambar berukuran passport. Cakap kat pak guard yang korang nak mintak kerja kat sana. Lepas isi borang semua, terus pergi kilang lain. Dalam satu hari, pergi sepuluh kilang pun takpe. Ada kekosongan, insyaAllah diorang call.
- Pastikan resume korang cukup power. Tak guna first degree sekali pun kalau ruangan ko-kurikulum tu kosong. In the end, you're just a walking book yang tak reti buat kerja. Kepada yang aktif gila-gila berpersatuan dan gerak kerja time belajar dulu, tahniah. Tapi kalau pointer CGPA still rendah, beware. Maybe yang pointer tinggi dan rendah sama-sama dapat kerja, tapi gaji korang tetap lain. Obviously CGPA tinggi boleh demand tinggi.
- Know your level. Standard gaji engineer ni dalam RM2.5k. Tapi sebenarnya, (ini sekadar pandangan peribadi) gaji nak mohon kerja should not be more than RM2k. Sebab gaji supervisor baru masuk pun is just RM1.6k. Kalau diorang OT(overtime) pun boleh dapat RM1.8k. Unless you went through some training like SL1M or anything from government or other GLCs, tak payah demand gaji lebih-lebih or you won't be hired.
- Time interview, jangan menggigil. Jangan senyap sangat. Use English as much as possible. Impress them. Kalau yang dah pernah kerja lepas SPM, you have an advantage.
- Jangan mengharap sangat kita dapat kerja kat tempat kita buat internship. Ada pengalaman 3 bulan je tak melayakkan korang untuk isi position kat situ. Ramai lagi manusia yang memohon kat tempat tu, bukan korang je.
- Kalau tak silap la, internship ni sebenarnya boleh buat sejak First Year masuk universiti lagi. Tak payah tunggu sampai Third Year or Final Year. Even kalau korang buat internship every year pun takpe. At least, korang ada experience. Orang lain ada pengalaman 12 minggu, korang ada 4 tahun X 12 minggu = 48 minggu. Lagi 4 minggu dah ada setahun pengalaman kerja. Ok la, kan? Cuma kena sacrifice cuti sem korang la. Haha.
- Satu lagi, kalau dah kerja, tambah extra 2 jam waktu balik walaupun takde overtime. Katalah waktu balik korang 5 petang, kerja sampai 7 malam. Daripada ikut bersesak-sesak dalam traffic jam, pergi hon kereta depan kenapa slow gila, baik duduk kat tempat kerja dan siapkan kerja-kerja tertangguh. Atau pergi belajar pasal mesin. Atau buat apa-apa je termasuk la sapu sampah dalam office. Mungkin korang tak perasan, orang atasan sedang memerhatikan korang. It will give them a very very good impression. "Oh, budak baru ni sanggup kerja lebih masa. I should raise his/her salary." (Some sort of that). Remember, IMPRESS THEM.

The important thing is, jangan menunggu. Jadi proaktif. Jangan dah hujan baru nak patah balik ke rumah ambik payung. Jangan kecewa kalau permohonan pertama tu takde khabar langsung. Normal la macam tu. My current job is not really my dream job. Jangan takut pointer rendah (Tapi jangan la rendah sangat). Sebab at the end, bukannya apply balik pun semua yang kita dah belajar. And please remember that engineering ni sebenarnya about creativity, bukan main dengan nombor je. We need to predict or forecast the worst case scenario, and make immediate decision. Korang akan jumpa macam-macam benda pelik dan kelakar dalam industri. You have to be very fast in terms of making decision. Our decision will affect every single person in the whole company.

Trust me, I'm an engineer.

Until then, Assalamualaikum.

1 comments:

assalam, hi sis/bro..actly follow jgk blog memoriilusi ni,tp xdpt trace owner nye tp tend to a girl kot..
ok good advise for me yg tgh menggangur ni(rasa down jgk sbb pointer bawah 3) so rasa takut xberani dll,rasa cm ilmu tu kurang sgt nk mohon kerja..but anyhow kene la kerja jgk kan,dah memerah otak dlm dewan exam dan projek akhir 4thun,must be worth for something kan.
terima kasih dgn post ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...