September 11 2014, 10.37 pm

I think, everyone deserves the truth.


Firstly, I want to apologies to these people:

1. Zufar
2. Shah
3. Amin
4. Yana
5. Suhaila
6. Aimi

because I didn't reply any of their messages since my disappearance for almost a year.
And everyone keeps asking me the same question.
 - Dah macam CIA mencari Jason Bourne je gayanya.
Anyway, thank you for trying to reach me.
I do appreciate them.


So here's the truth.

Kepada yang dah banyak kali tanya, saya tengah nak buat apa sekarang ni,
Ni jawapan saya.

1. Tengah belajar bahasa Jerman. Belajar dari buku, video, and maybe masuk kelas kat Goethe-Institut. Sebab nak dapatkan German language proficiency certificate. Kena ambik exam diorang yang dipanggil TestDaF. Macam MUET la agaknya kat Malaysia ni. Mungkin akan ambil TOEFL sekali. Tengoklah macam mana nanti.

2. Kumpul duit. Lebih kurang 15 816 euro. (sama dengan RM 65 313.79). Mintak pengesahan banyak pihak, dan bukak akaun kat Germany.

3. Buat permohonan dan tunggu surat kemasukan kat universiti kat Germany. Tapi tak decide lagi nak ambik bidang apa. Maybe Mechanical engineering. Electrical engineering pun ok je sebenarnya.

4. Buat Visa. Lepas tu fly ke Germany. Sambung Master. Most probably in Master in Science (M.Sc.), bukan Master in Engineering (M. Eng.) sebab M.Sc boleh sambung Ph.D.

(Pada masa yang sama jugak saya tengah belajar bahasa Perancis, Jepun, Korea. Tapi jangan mengharap sangat la saya pandai cakap bahasa-bahasa ni. Tengah merangkak lagi.)


Benda ni, bukan jadi jadi dalam satu malam.
Ambik masa la jugak semua ni. Saya target dalam 5 tahun.

Banyak gila duit 'terbuang'... Tak rasa rugi ke?
Saya pernah pegang duit lagi banyak daripada ni.
Dan saya lebih faham sangat apa maksud 'terbuang'.
Bagi saya, ini bukan pembaziran, tapi pelaburan.
Kalau buat kenduri guna duit ni, atau shopping handbag atau kasut, atau modify kereta,
- ini baru membazir namanya. Kehendak melebihi keperluan.


Tak rasa menununjuk-nunjuk ke?
I think, istilah menunjuk-nunjuk tak sepatutnya ada.
We,as a Muslim, kenalah tunjuk yang kita ni boleh berdiri sama tinggi dengan diorang.
We have our own class. Cuba ingat balik apa yang berlaku sebelum Renaissance.
Di mana kedudukan Islam waktu. Dan apa yang berlaku kepada umat Islam hari ni.
Lepas grad sibuk melancong. Lepas tu kahwin. Beranak-beranak dan beranak.
Tak nak sambung Master atas dasar komitmen kerja dan keluarga.
Where's the thrill? Where's the spirit?
Kenapa semangat nak mencabar dunia tu hilang?

Cuba lihat kat mana Fynn Jamal hari ni.
Dia kat sana atas pilihan dia sendiri.
Saya memang respect gila dengan beliau.
Itulah kuasa minoriti. Diorang ni lebih berani untuk menjerit.

Sebab tu, saya pilih jalan yang tak berapa mainstream ni.
Indeed, there are lots of things I need to sacrifice.
But I'm ready.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda (yang maksudnya):
"Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga."

(Muslim, Abu Daud, Turmizi dan lain-lain)


Kenapa nak pergi Germany? Sebab kat situ la lahirnya ramai jurutera bertaraf dunia. Ada la jugak cita-cita nak kerja kat sana, dan buat part-time for PhD. (kalau ada peluang.). Even balik sini pun takpe. Boleh curahkan ilmu kat generasi yang lebih muda. I'm always a Malaysian in my heart.

Antara nama orang-orang hebat tu ialah Bacharuddin Jusuf Habibie, atau lebiih dikenali sebagai B.J. Habibie, Presiden Indonesia ketiga. Seorang jurutera aeroangkasa yang berjaya mencipta kapal terbang buatan rakyat Indonesia sendiri. Sebab ada orang macam beliau la.industri penerbangan kat Indonesia lebih maju sebenarnya daripada di Malaysia. Boleh tonton filem 'Habibie dan Ainun' kalau nak lebih kenal siapa beliau.

Satu lagi nama yang saya boleh bagi ialah Wan Nazri Wan Aria. Beliau la 'kickstart' yang buat saya rasa tergerak untuk ke Germany. Royal Clock Tower kat Mekah tu antara hasil usaha beliau. Boleh baca banyak lagi la kat Internet.

And lastly, arwah ayah sendiri. Pernah satu ketika, ayah saya diberhentikan kerja sebab ekonomi syarikat tak stabil. Selepas beberapa bulan menganggur, ayah saya dipanggil oleh kawan beliau untuk bekerja bersama beliau. Seminggu lepas mula bekerja, ayah saya diterbangkan ke Germany untuk training pasal mesin. Walaupun pekerja baru, majikan percaya kat beliau sebab diorang tahu ayah saya ada pengetahuan mendalam tentang mesin. Bila balik, arwah abah selalu cerita pengalaman beliau kat Germany, and his own Eurotrip. Saya nak jadi macam ayah saya.


Even kalau tak dapat fly pun, saya tak kisah. At least saya dah cuba untuk ke sana. Kat Malaysia pun banyak je universiti yang offer sambung belajar. Saya sekadar teringin nak tukar selera. Kat Germany ada musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Kat Malaysia ada musim tengkujuh, musim durian, dan musim rambutan. Hahaha.


And I hope these will answer all of your questions.
Thank you.

Ich liebi dich. (kikiki)

~Natural Cure~

3 comments:

Waaaaa~ Jerman..
yup, Jerman memang popular dengan kejuruteraan..terutama automotif.. dan bola...eh!

Moga dipermudahkan urusan, ye^^

Lagi2 buat keputusan utk jadi lain dari yang lain..
memang ramai lah yang persoalkan..

German salah satu negara yg aku teringin nak sambung study satu hari nnti.tp buat masa ni aku pk nk abehkan degree je dlu.buahahahaha

German salah satu negara yg aku teringin nak sambung study satu hari nnti.tp buat masa ni aku pk nk abehkan degree je dlu.buahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...