15 August 2014, 1.54 am

Masa raya kedua hari tu, saya bukak tv jam 7 pagi. Ada rancangan Malaysia Hari Ini.
Diorang tengah bersiaran langsung kat restoran kat Gombak sempena sambutan raya.
Diorang ni tengah lepak kat luar satu rumah tradisional.
Keluar je rumah ni, ada banyak meja dan kerusi kat bahagian laman rumah.
Hos MHI tu pun bagitau, rumah tu sebenarnya dibawa dari Melaka ke Gombak.
Dan rumah tu juga sebenarnya rumah milik penulis tersohor di Malaysia, iaitu Ahadiat Akashah.

At that time, saya sebenarnya tak berapa familiar dengan nama tu (walaupun saya rajin membaca novel).
Saya tau nama ni pun daripada filem Lagenda Budak Setan.
(Dan saya ingatkan Lagenda Budak Setan tu cerita hantu. Rupanya cerita jiwang.)
Filem LBS merupakan adaptasi novel beliau.

Sambil menonton, saya pun google nama ni kat Samsung Galaxy Y saya.
Dikatakan bahawa beliau memegang rekod sebagai penulis buku terbanyak di Malaysia.
(Setakat ni, ada 86 buah semuanya.)

Ada sorang mak cik yang merupakan rakan MHI dijemput untuk hadir bersama pagi tu.
Mak cik tu ada bawak 10 novel Ahadiat Akashah dalam beg tangan dia (konfem berat).
Katanya dia kipas-susah-mati Ahadiat Akashah.
Kemudian mak cik ni dijemput untuk duduk satu meja bersama dua orang wanita dan seorang lelaki.
Mak cik nampak teruja and happy-go-lucky je kat meja tu. Ceria gila.
Borak punya borak, rupanya lelaki yang ditemu ramah tu ialah Ahadiat Akashah.

And I was like,
"AHADIAT AKASHAH IS A GUY????? SERIOUSLY????"


Ahadiat tu bukan nama perempuan eh?



Biasanya la kan, kalau baca kat 9Gag ke, forum kat internet ke, even filem-filem semuanya cerita pasal lelaki ni sejenis makhluk homosapien yang suka main videogames, enjoy filem-filem ganas, flirting, kasanova kelas satu, Romeo Taman Jati, and the list goes on. Rumah bersepah macam tongkang pecah pun buat tak kisah je.Baju colour hijau, seluar warna ungu dan stokin warna cream dan kasut kaler brilliant blue pun takpe, as long as it is not pink.And their favourite girls are those that love videogames and anime. Kalau buat assignment, rata-ratanya meniru.~ They're boys. They never grow up. They're just getting bigger.

And the girls are just someone yang kena masuk dapur dan hidang sandwich. Masuk rumah pun kena pakai selipar. Lantai sejuk katanya. Tak pun nak jaga kulit tapak kaki. Siap pakai stokin lagi. Kalau ajak lelaki shopping, yang lelaki tu kena bawak kerusi lipat sebab diorang lenguh menunggu. Almari baju sampai tiga pun kadang-kadang boleh kata takde baju. Kalau hujan, kena pakai payung yang sama colour dengan baju kurung supaya matching. Kalau tak matching, diorang tak nak pakai payung tu.~ Young or old, a woman is a woman.

Ayat yang biasa kita dengar, lelaki ni rasionalnya sembilan, emosinya satu. Perempuan pulak vice versa. Kalau bab baca novel ni, secara umumnya dikaitkan dengan wanita. Sebab novel ni banyak berkisar tentang emosi. Kononnya hilang la macho sorang lelaki tu kalau dia menangis. Dan lagi hilanglah macho kalau baca novel lepas tu menangis. (Macho bagi diorang cuma hisap rokok dan merempit.). Solalnya, diorang yang perasan macho ni pun bukan je tak baca novel, tapi nak bukak buku biasa pun malas. Bila ada perempuan yang cerdik sikit je, diorang dengki. Itulah kerjanya, mendengki je. Tak reti-reti nak bukak buku.

Emosi ni pun penting sebenarnya. Sebab daripada emosilah manusia dapat mendidik anak. Daripada emosi jugaklah manusia belajar untuk menyayangi manusia lain. Kita tak boleh menilai kasih sayang dengan rasional. Sebab tu bila orang dah bercinta, semuanya nampak tak logik. Kalau takdep erasaan kasih sayang, mungkin bayi yang tak berhenti menangis tu akan dicampak  ke sungai. Tak kira la lelaki atau perempuan, belajarlah untuk beremosi dan belajar untuk kawal emosi.

So, back to the point. Dalam golongan yang dikatakan malas membaca ni jugak la ada ramai penulisnya yang saya kira agak hebat la jugak.
Ahadiat Akashah. Hilal Asyraf. Pahrol Juoi. Usman Awang. A. Samad Said. Za'ba. Hasrizal Abdul Jamil. Habiburrahman El Shirazy. A. Ubaidillah Alias. Zaid Akhtar. Hlovate (eh?).Dan banyak lagi.
Diorang ni jugak ada ramai pembaca dari golongan lelaki.

Saya berpendapat, apa salahnya lelaki kat sana mula baca novel. Tak hilanglah macho awak tu. Membaca kan jambatan ilmu. Kalau tengok drama Korea ramai-ramai pun boleh sama-sama buat drama air mata depan laptop, apa salahnya beli novel-novel murah kat kedai buku tu dan mula membaca.

Membaca ni sebenarnya penting, sebab ilmu la yang membezakan orang pandai dengan orang yang memandai-mandai.


*****

Kenapa saya letak Hlovate dalam list tu? Saya pernah tulis kat blog ni, Hlovate tu rock muslimah. Even watak-watak dia pun boleh kata semuanya pakai template sama je. "Heroin yang pakai tudung labuh dan dengar lagu-lagu Butterfingers, Cromok, Linkin Park, Limp Bizkit, Jimmy Eat World, Metallica and so on". Contohnya macam Johanna, Nur Addin Shah, Khairul Batrisya, Minn Edina, Amalia dan Nur Dania Dashrin. But as time passes by, saya rasa pelik sangat kalau kata Hlovate ni perempuan. Bukan sebab dia dengar lagu-lagu rock. I have my own reason. Saya takde bukti la, tapi gerak hati saya lebih cenderung untuk mengatakan Hlovate ni sebenarnya lelaki. Sorry ye H kalau tersilap. Ahahah.


So, saya ni lelaki ke perempuan?
My adik-adik junior always call me 'Kakak Nat' or simply 'Kakak'.


*Tajuk post ni sebenarnya diambil dari ayat yang diucapkan oleh Addin dalam novel aA+bB by Hlovate.*

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...