Jun 29 2014, 6.13 am

I think, my very first experience about fasting is when I'm still in my standard one (7 years old.). Saya boleh puasa sampai tengah hari, dan curi-curi makan aiskrim pada sebelah petang. Ngehehe. Tapi start darjah dua, saya boleh puasa penuh sebulan.

Mula belajar berterawih pada darjah tiga. Yes, darjah tiga. I have no idea what is solat terawih before. Saya membesar dalam keadaan keluarga yang tak berapa soleh/solehah. Solat fardu pun on/off, apa lagi nak menjenguk surau kampung. Pernah la jugak saya persoalkan, kenapa kat sekolah ustazah pesan solat tu tiang agama dan hukumnya wajib, sedangkan kat rumah tu bentang sejadah pun jarang-jarang. Saya terus membesar sebagai seorang yang yang keliru dengan status saya sendiri. Dan tu jugaklah kali terakhir saya solat terawih, sampailah saya mula sambung belajar kat Changlun sana. I think I was 17 at that time.

Nak cerita pengalaman saya pasal Islam masa saya muda dulu memang tak banyak. Setakat baca Yassin tiap-tiap pagi Jumaat kat sekolah, solat hajat untu PMR dan SPM and solat zohor dan Asar berjemaah tu memang ada la. Keluar je pagar sekolah, semuanya saya tinggal. And I got A1 in Pendidikan Islam during SPM, but that doesn't makes me a good Muslim. Ujian PAFA tu memang la lulus, itu pun sebab they're just ujian lisan dengan amali. Tinggalkan rumah untuk sambung belajar is totally a bless for me.

Bila dah jadi macam ni, baru saya faham perasaan diorang yang pernah revert from non-Muslim to practicing Muslim. Rasa hidayah ni satu benda yang sangat-sangat indah. Satu benda yang bila kita dah genggam, we won't let it go regardless of the situation.

Kepulangan saya ke rumah tu memang mencabar la jugak sejak 'peluk Islam'. Because we're talking about something yang dah jadi darah, daging, urat dan sendi dalam rumah tu. Agak susah la jugak penerimaannya, but the least I can do is some sort of what they call it as dakwah dengan perbuatan. Tunjuk akhlak yang baik. Tu je. Insya-Allah hati diorang terbuka. Alhamdulillah, keluarga saya hari ni lebih baik daripada tahun-tahun sebelumya. Batu yang kena titikan air pun lama-lama lekuk jugak, kan? Be patient.

I think, Ramadan kat utara sana la yang dah banyak mengubah hidup sana.
Hari-hari tolong budak Pusat Islam tu sediakan juadah (dan hari-hari makan free).
First time belajar basuh beras. First time makan ramai-ramai atas talam.
Baru tau pasal kewujudan wirid Ma'thurat. Baru ambik tau pasal isu Palestin.


Terima kasih, kepada mereka yang selalu lepak sama-sama kat Khulafa Ar-Rasyidin, Kolej Matrikulasi Kedah sesi 2008/2009.

~nc~

1 comments:

well said..kita sama, bezanya jantina je..


*maknanya kau senior aku la kt matrik changlun tu..kecik je dunia ni rupanya..huhu*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...