28 June 2013, 11.05 pm

It's been more than five years since the day I left home to further my studies.
It's the same house that I live for about twelve years or so.
The environment and people doesn't change much.
We still laughing and teasing each other whenever we have chances.

But some things are actually, well, different.
And it feels a little bit awkward.



"Banyaknya la dah jadi baru.. Rasaksa baru.. tempat baru.."
"Sekarang senang je nak Level Up. Level rendah pun dah boleh tukar pekerjaan."

For years, I never really talk about online games, like Maple Story and Ragnarok.
And I'm  the one yang jadi pakar game kat rumah tu since my UPSR days.
Install hundred of games, inserting cheat codes, hacking the emulators.
And even introducing the first online game that we play together since childhood.
We did make lots of cyberfriends, ranging from Penang to Singapore.
I'm the master mind behind all these cultures in that house.

But today, it is totally a different story.
I never touch online games anymore.
And it's quite seldom for me to play the games that I downloaded from the internet.
Somehow, I knew that I can spend my time with other things, such as reading and writing.
And all these games.. Is like wasting my precious time.

Same goes to all the mangas and anime that we collect few years ago.
I throw all of these away from my life.
No more Naruto, Bleach and other series that I can't recall their names.
Same goes to Gempak, Utopia, Starz, Kreko, etc.

For days, I keep asking the question again and again
"What did I do for all these years?"
Yes, they're entertain me. But it's just for temporary.
There's a large hole deep within me. Something that I can't describe with words.
It feels... empty.

Maybe because I'm an adult now, and I need to leave many things behind.
And maybe it's just a transition phase.
Searching for something greater for our life.
Nak arah tuju hidup.
Nak cari redha Allah.

I didn't say it's wrong to play games and layan all sorts of anime and mangas.
Tapii kalau sebab benda-benda ni la kita leka nak fikirkan dunia realiti, i think it's not right.
Sebab pengaruh game anime, terus bukak tudung sebab nak nampak cute.
Sebab game, burn semua solat.

Tapi kalau rasa dah cukup kuat untuk semua ni, then go on and set "high pass filter" and take what is good for us, and gie to benefits to ummah.
And leave all the unnecessary things to its place.
Islam ni bukanlah "itu tak boleh, ini tak boleh".
Ada je alternatif, tapi kena pandailah kawal diri.
Kita manusia berakal, bukan haiwan yang ikut nafsu.

Kita hamba dan khalifah Dia.
Bukan hamba dan khalifah dunia.

InsyaAllah.

28 June 2013, 12.08 am

Malam itu, sebaik saja login akaun Blogger,

*mini heart attack*

Pageviews increases exponentionally.
(Okay, tipu, Bukan expontionally, tapi SKYROCKET!)

Then I clicked at my blog's name: Memori Ilusi.

*Mata terkebil-kebil*

Yes, it is. Memang naik mendadak pageviews hari ni.
About 300 viewers in less than 10 minutes!

Ngee...

 I clicked at Stats.

There. That's the answer.
Anthem.
Blog post ni la yang naikkan trafik blog ni.
Seingat saya la, ada 79 viewers je sejak saya post.
(dah lebih kurang  2 bulan sejak saya tulis post tu)
Tapi sampai 300 orang dalam 10 minit?
Pft.. Blogger silap catit nombor kot...

Unless... There's only one logical reason..

Takkanlah..

*Dup dap dup dap*

Dan sebaik saja login Facebook..
Facebook post yang pertama muncul ialah..


source: here

*Jatuh rahang*

Hlovate is promoting MY BLOG?

Subhanallah!

Agak-agak berapa ramai yang baca eh?

Saya pun jenguk balik Blogger..
Setiap 5 minit saya tekan F5 (refresh)

Selepas 40 minit, adalah dalam 1200 viewers.
Lepas 4 jam, ada lebih 2000 viewers.
Lepas 24 jam, 3100++ viewers.
Lepas 48 jam, lagi sikit nak sampai 4000 viewers.
Sekaligus menjadikan blog post ni la paling tinggi sejak saya menulis dalam blog ni.

Followers: 79 jadi 118 orang
Like: '2 people like this' bertukar jadi '3 227 people like this'
Shoutbox pun tiba-tiba meriah. Sebelum ni membisu je.
Yang tinggalkan comment pun bertambah-tambah.

Apa yang saya tulis dalam review Anthem, takde apa pun sebenarnya.
Sekadar nak berkongsi apa yang terlintas dalam kepala, dan ajak lagi ramai untuk membaca.
Tak sangkalah pulak Hlovate tu sendiri antara pembacanya.
Dan lagilah terharu Hlovate tu sendiri taip ayat-ayat tu sepatah demi sepatah.
(Saya 'disable'kan fungsi 'right-click' untuk mengelakkan orang lain copy paste apa yang saya tulis kat blog.)

*****

Dear Hlovate,

If you happened to read this someday,
I just wana say,
you inspires me a lot.
I mean, A LOT.

Dan saya tak rasa sayalah 'seorang' saja faham apa yang cuba disampaikan.
Mungkin sebab saya melihat Dash itu ialah sebagai diri dan masa silam saya,
dan terpanggil untuk menulis apa yang saya rasa.
untuk berkongsi bersama Dash yang lain.
agar proses 'pendaniaan' itu berterusan selamanya
moga kekal dengan dzatiyah, mujahadah dan istiqamah yang tak terhingga
bersama mereka yang sudi menerima kita seadanya
agar yang di langit menerima kita semuanya
insya-Allah.

Mari jadi adamantium :)

Everybody has a past,
Everybody lives a present
And everybody deserves a future.

'Daie itu bukanlah hebat berkata-kata,
tetapi yang dapat menyentuh jiwa manusia untuk kepada-Nya.

You're welcome, Hlovate.
May Allah bless you too.

*angkat kening double-jerk*

27 June 2013, 12.35 am



Saya belek-belek kad matrik pelajar UTM yang saya simpan dalam dompet.
Warnanya dah pudar sikit la berbanding tahun satu dulu.
Tapi gambar muka nampak macam petala ketujuh dengan kerak bumi.

Kad belakang tu ada tulis nama penuh, which I can't reveal here. Eheh.
Nombor kad pengenalan.
And my program:
Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik)

Kemudian ada 'Tarikh Dikeluarkan'.
27/06/2009.
Kad ni dikeluarkan pada hari yang sama saya mendaftar sebagai mahasiswa tahun satu dulu.
Iaitu hari Sabtu.
Juga hari yang saya terpaksa tinggalkan rumah jauh di belakang untuk sambung pengajian.
Memang perit jugaklah bila jauh daripada family, because we're separated from our blood veins and backbones. Oleh mereka yang pernah membesarkan kita. Oleh mereka yang selalu berkongsi seribu satu cerita dan meluahkan seribu satu bicara.
Kat sini jugaklah dapat kawan-kawan baru. Oleh mereka yang rupanya sama-sama keturunan homesick. Juga senior seniorsenior tercinta, baik abang mahupun kakak yang tak putus-putus berdamping bersama kami yang taraf adik-adik kecik ni.

Dan bila tengok balik tarikh hari ni, dah genap empat tahun la study kat UTM.

Isnin lepas dah hantar tesis. Hari LAST hantar tesis. Nasib baik sempat siapkan.
Selasa, main game dari pagi sampai malam. Tak produktif langsung!
Rabu, membuta pagi petang. Qada' balik tidur-tidur terkumpul. Serius penat dalam setahun ni.
Dan hari ni, hari terakhir kat UTM. Nak balik rumah petang nanti. Cuma tak beli tiket je lagi.

And this is the end of my student's chapter.

Tamau sambung master la. Dah kembang tekak nak baca balik buku-buku engineering.
Tapi saya layan je kalau baca novel dari pagi sampai malam.

So, secara rasminya , ini entri terakhir saya di Universiti Teknologi Malaysia.
Takde apa yang special pun tentang saya. Sekadar manusia yang sangat cintakan dunia penulisan.
Tapi saya memang sangkut la kalau suruh tulis short stories, apa lagi novel.
Saya belum sampai tahap itu.

But one thing for sure.
I won't be the same person as I left home four years ago.

Kepada sahabat-sahabat handai yang banyak tolong saya sepanjang kat UTM,
Kepada lecturer dan supervisor yang selalu menengking saya,
kepada technician yang selalu bagi tolong time saya blur,
Kepada abang-abang dan kakak-kakak yang dah grad tu,
Kepada adik-adik junior yang tengah LI dan yang bercuti,
Kepada SEMUA yang membaca tulisan ni,

Thank you.
For everything.

Farewell.

Assalamualaikum.

27062013:0058:end

19 Jun 2013, 11.11 pm

"Kak, ni hah barang saya"

Dan kakak tu terbeliak.
"Semua ni adik punya? Banyaknya!"

Ada la dalam8  biji kotak semuanya. Kotak-kotak yang nak diangkut balik rumah.
My family tak dapat ambik saya kat UTM.
Sejak abah takde, memang takde siapa yang jenguk saya kat UTM.
Masa mula-mula kami datang Johor ni pun, abah yang drive.

Tapi tu semua cerita lama.

Nak tak nak, kenalah guna express courier.
Yang servis saya pakai tu, sekilo = RM3. Hantar ke mana-mana je kat Semenanjung Malaysia.

Kotak tu pun ditimbang atas dulang timbang.

"80 kg."

Berat gila. Saya mula congak dalam kepala. 80 kg X RM 3...

"RM240 la" kata akak tu.

Saya senyum je. Senyum kelat.
Kesian pulak kat mama dengan abang.
Susah payah bank-in duit dalam minggu lepas.
Habis saya dah merantau jauh, nak buat macam mana.

Tapi akak tu pesan (atau lebih tepat, akak tu berbisik)
"Adik, nak lagi murah tak?"

Saya tenung akak tu. Apasal kakak ni bisik?
"Kalau adik nak diskaun lebih, adik datang petang ni. Dalam pukul 6 atau 7"

Saya pandang kawan saya.
Dia yang tumpangkan barang-barang saya dalam kereta dia.

"Adik datang je la petang ni. Tapi jangan cakap kuat-kuat. Takut orang dengar."


Dan petang tu, dalam pukul 7, saya datang sana balik.
Tunggu akak tu. Kotak-kotak lain dah habis angkut guna lori.
Lori apa, saya tak tau sebab takde kat kejadian waktu tu.
Apa yang ada depan saya, cuma koak-kotak saya. Dan akak tu pun hilang sekali.
Kat luar pulak ada lori angkut motor-motor yang nak dipos.

10 minit lepas tu, akak tu pun datang.
Dia dengan bos dia naik kereta.
Beli air kat Arked K9 agaknya.
Lepas tu abang tu bagi air bungkus kat pekerja-pekerja yang angkut barang tu.
Akak tu pun terus jumpa saya, mintak alamat.
Saya pun tulis.

"Ni lah budak yang I cerita tu."
Saya pandang akak tu, lepas tu tengok bos dia.
Budak apa pulak ni..

"Oh.. Ni rupanya..Asal mana?"
"Klang, Selangor"" jawab saya.
"Kat mana? Meru"
"Kampung Delek."
"Kanan ke Kiri?"
"Kampung Delek Kanan"

ZAP!! Sah orang ni pernah masuk Klang. Maybe orang Selangor jugak.

"Tadi akak ni cas berapa? RM240 ye?"
Saya angguk sambil senyum.
"Abang bagi diskaun 50% la"

Laju je kalkulator dalam kepala buat kira-kira.
RM120? HUISHHH!!! Biar betul!!

Lepas tu abang tu pun jenguk pekerja dia angkut motor tadi.
Saya masih menulis alamat rumah atas sekeping borang.

"Akak cas RM100 je la".

Saya pun tercengang. Speechless.
RM240 jadi RM100.

Selepas buat pembayaran, saya tanya akak tu,
"Kakak, kenapa saya dapat diskaun? Kenapa saya je?"

"Akak selalu nampak awak pergi beli makanan tiap-tiap petang. Jalan kaki je sorang-sorang."
Tapi memang betul pun.
Bila jam tepat je 5.30 petang, saya pun keluar dari bilik, pergi K9 untuk dinner.
(saya spesies makan awal. 6 petang tu dinner.)
Nak pergi K9 dari S05, kena lalu depan Pusat Kaunseling, turun bukit, lalu tepi Dewan Sri Perdana, lalu tepi Azah, Scholar's Inn, restoran Pak Lah, court basket ball, court sepak takraw dan sampai K9.
Kaunter express courier ni kat tepi Dewan Sri Perdana. Rupanya akak ni nampak saya hari-hari.

"Lepas tu akak pun cerita kat abang tu, tiap-tiap petang akak nampak adik. Semalam kan adik ada jumpa dia kan?"

Semalam saya jumpa akak ni kejap la, nak tanya esoknya (which is today) kaunter bukak lagi ke tak.
Kebetulan pulak abang tu ada sekali. Tapi saya tak berapa ingat pun muka dia.
"Abang tu pesan kat akak, kalau esok adik datang sini, abang tu bagi diskaun banyak. Tu yang adik dapat diskaun"

"Tapi kenapa abang tu bagi diskaun kat saya?"
"Jiwa dia memang macam tu dulu. Bila dia perasan seseorang tu "unik", memang dia akan tolong orang tu"

Subhanallah.

Kotak-kotak saya pun diangkut dalam lori yang ada motor tadi. Katanya malam ni sampai KL. Esok lusa dah sampai rumah, insyaAllah.


Benda macam ni meamng tak jumpa dalam kelas matematik.Dunia dibina atas dasar logik. Semuanya ada aturan. Ada hukum alam. Sunatullah. Tapi bukan semua benda kat dunia ni kena fikir ikut rasional. Dan apa yang saya lalui hari ni, memang tak masuk akal langsung. Dan waktu ni lah saya sedar, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita. Rezeki tu kat tangan Dia. Dan hati tu Allah yang pegang.


18 June 2013, 3.17 pm

Dah masuk 18 Jun rupanya.
Dah masuk pertengahan tahun 2013.
Tarikh ni takde apa makna pun nak dikenang.

Tapi tarikh 17 Julai (sebulan dari sekarang) la yang lebih saya ingat
Yang kekal terpahat sampai bila-bila.



"Raya nanti balik sendiri ye. Abah dah tak boleh ambik lagi lepas ni."
~ 11 Julai 2010



"Abah dah takde..."
~17 Julai 2010

12th June 2013, 12.12 pm

Dah boleh bernafas balik. Haila..
Dah lebih sebulan kot tercungap-cungap nak sedut udara.
Sebab SEMUA exam dah habis kat UTM.
I mean, no more exam for me.
Officially dah habis exam, tapi belum habis degree.
Sebab tak hantar tesis lagi. Dan ada assignment yang belum hantar (haha).
Lecturer saya memang baik la.
Nak hantar assignment pun katanya before 18 Jun - which is after exam.
Sebab dia nak key in maklumat lepas tarikh tu.
Dan kami pun boleh fokus kat exam 100%.

Dan pasal tesis tu, actually, my final project tu tak jadi.
Yes, memang tak jadi time demonstration.
And my grade will with C+.
Bukan gred yang saya risaukan.
Sebab saya fokus nak lulus je.
Tapi lepas sikit-sikit penambahbaikan, dapat jugak dua output.
It's better have something than nothing, kan?
Sebab ada la jugak isi nak cerita for Result and Discussion.

But I'm glad la semua ni dah nak habis. Dah penat pun dengan dunia akademik.
Tak merancang langsung nak sambung master.
Sebab nak jadi engineer takyah ambik master pun.
Kecuali kalau nak jadi engineer lepas tu lecturer la.

Anyway, tolong doakan saya habiskan semua ni cepat-cepat.
 Tak sabar-sabar nak balik kampung.
Oh, Ramadan pun dah dekat, kan?
Boleh buka puasa dengan family kali ni.
Tahun lepas saya buka puasa sorang-sorang kat rumah baru time LI.
Sunyi gila. Memang sayu la..

Dan cakap pasal LI.. My adik-adik Tahun Tiga tu start LI Isnin lepas.
Saya sangat-sangat sebak bila last jumpa one of them kat Arked K9.
Dia beli ayam penyet. Kami peluk kat tengah orang ramai.
(Dia sama jantina dengan saya la.)

Dalam on the way balik bilik tu, saya tak boleh berhenti menangis.
Sebab kami pun tau, tu la kali terakhir kami jumpa kat UTM.
Time konvo nanti pun (entah boleh datang atau tak) memang bizi dengan family.
So, nak jumpa diorang pun konfem susah. Entahlah.

And I guess perpisahan tu memang selalu berlaku.
Saya datang UTM pun dalam keadaan saya sedar yang saya takkan ada kat sini sampai bila-bila.

So, buat adik-adik tersayang, just in case la kita tak dapat bersua muka lagi,
I love all of you.
Take care.
Assalamualaikum.

12062013:1231:end

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...