22 Julai 2012, 3.05 pm

Entri kali ni ditulis selaju-lajunya.
Mohon maaf kalau cerita pendek sangat.
>>Tarikh kat atas tu sebenarnya tarikh entri ni ditulis. Sekejap je lagi nak balik Meru. Sekarang masih kat rumah lama. Buka puasa nanti pun beli kat bazaar je. No more home-made juadah.


15 Julai 2012, Ahad
Badan dah sakit sebab kepenatan sejak semalam.
Ada apa semalam?
Walimah naqib saya yang nun jauh kat Titiwangsa ~ jauhlah sangat...
Tapi sebab sepanjang Sabtu tu berjalan, kebas jugaklah kaki.
Saya ambik komuter dari KAMPUNG RAJA UDA dan terus ke KL Sentral.
Jumpa abang Taufik. Terserempak pulak dengan abang Wan Zubairie kat Stesen LRT Universiti (UM)
First time bersemuka dengan abang Hafiz.
Beliaukan tumpangkan kami bertiga ke tasik.
(Abang Wan memang tak nak ikut)
Tapi ambik abang Wan Darimi dengan abang Panod kat KL Sentral.
(Yes, kami patah balik ke KL Sentral. Serupa takyah amik LRT turun stesen universiti)

Banyak nak cerita.
Tapi sebab ni bawah siri Log Book, saya abaikan sekejap projek walimah ni.
Lain kali kita citer ye...

~ Kepada yang belum tahu, naqib saya ni (Abang Arif Ahmad) merupakan abang kandung Diyana Ahmad.
Tak kenal beliau eh?
Kami satu matrik dulu. Kat Kedah.
Maknanya, saya kenal adik beliau dulu sebelum beliau jadi naqib saya. Heh.
Fated.

Hari ni (Ahad) kami satu family ziarah Pak teh dan Mak Teh sekeluarga kat Taman Klang Utama, yang agak dekat dengan Meru la.
Citer pasal engineering. Kerjaya. Golden dreams. Etc.
Pak Teh dengan Mak Teh ni jurutera.
Dan Mak teh ialah kakak arwah abah.

Pak Teh bagi saya buku Seven Habits of Highy Effective People by Stephen R. Covey.
Dah lama dengar pasal buku ni.
Tapi tak pernah baca pun.
Pesan Pak Teh, bila nak masuk tahun akhir ni, kena baca buku-buku macam ni.
Untuk kenal diri sendiri dan kenal orang.

16 Julai 2012, Isnin

WIT CONVENTION
Workshop kami, Elec3 (atau E-Force) antara yang jadi wakil untuk GF3 (Generating Facility 3) bertanding.
Ada 10 group semuanya.
Acara ni berlangsung dari pagi sampai petang.

Saya nak ambik gambar group saya (guna Nikon D3100)
Tapi ada permintaan daripada pihak atasan, mintak jadi photographer 'rasmi' acara tu.
Ngaa...

Abang Firdaus pinjamkan Speedlite.
(Speedlite = flash untuk Nikon yang pasang kat atas tu.)
Saya pun amek je la gambar dari pagi sampai petang.


                                      

Petang ada fire drill. Dalam 3.30 pm.
Dan sambung untuk majlis penyampaian hadiah.
Group kami dapat nombor 2. Terer tak?







Satu hari tak tulis buku log.

~End of Day 21~


17 Julai 2012, Selasa

Pagi, kami (saya dan N) salin nota bulat-bulat masuk dalam buku log.
Cover semalam sekali sebab tak tulis pape.
Saje nak bagi tebal dan berat buku tu.

Sebab semalam kami menang, bos pun belnja makan tengah hari.
Kami dapat RM250 semalam + RM50 mewakili GF3.
Dan tiada gambar yang diambil. Heh.

Petang, jalan-jalan sekitar workshop.
Tengok lembu meragut rumput padang.

Borak-borak dengan budak-budak kontrak.
Umur diorang 18 tahun.
Tengahkan bersihkan apa benda entah.
Macam besi dalam getah.



/*
Saya bukak facebook. ternampak ada orang post..
Stephen R. Covey dah meninggal dunia.

Speechless.

Saya terus bukak buku yang Pak Teh bagi.
Rasa menyesal tak baca awal-awal.
Kalau start baca 3 tahun lepas, mungkin saya lebih kenal beliau sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.
*/
~End of Day 22~

18 julai 2012, Rabu
 Hari ni tengok motor kat GF3.
Nak check putaran dia clockwise atau anticlockwise.












Bosan.....

Disebabkan kebosanan yang melampau, saya pun jalan-jalan kat tepi pantai.
nak tengok laut dari darat je.
Jalan punya jalan, sampai kat gate jeti.
Ada palang warna merah putih yang halang kenderaan masuk dan keluar daripada jeti.

Tempat ni boleh masuk sebenarnya. Kena ada staf je.
Tapi saya tengok Pak Guard pun tengah tido, so...


Mari main game Prison Break.

Saya duduk kat satu sudut jeti tu. Baca buku Seven Habits of Highly Effective People.
Tengok Pulau Ketam. Tengok Pulau Angsa.

Saya pun pusing-pusing sekitar Selat Melaka tu.
Dan..

Asistant foreman ada depan mata.
NGAA!!! Kantoi gila-gila!
Dia ada kerja kat situ masa tu.

Abang Azizul pulak kebetulan datang bawak motor.
Dia bawak saya keluar dari jeti.

Sampai office, mengamuklah semua staf.

N pun tak tahu saya menghilang sampai ke jeti.

~End of Day 23~

19 Julai 2012, Khamis

Kena grounded sebab hal semalam.
Boleh merayau dalam power plant je. Huhu.


Lepas solat Zohor dan makan tengah hari, saya balik office.

Nampak N dah pegang topeng. Ada botol-botol berisi air mineral atas meja.
Dan takde siapa lagi dalam workshop tu.

Something's not right.

Abang Firdaus: Jom. Jalan-jalan.
nc: Ke mana?
Abang Firdaus: Boiler.

Ada motor rosak kat sana.
Tapi kenapa sampai ada topeng muka neh?
Sebab tak nak habuk (ash) masuk hidung.
Kasut kami yang hitam bertukar putih.
Habis putih melepak satu badan.









Satu kampung turun nak setelkan benda ni.
Serius jugaklah.
~End of Day 24~

20 Julai 2012, Jumaat
Pagi, main motor lagi.
Kali ni tengok DALAM motor.
Ada electrical part (coil winding) dengan mechanical part (bearing)













Petang ada kenduri tahlil. N je pergi. Saya ponteng.
Ponteng pun sebab nak tengok jeti.
Tak serik-serik nak tengok laut eh?
Sekarang diorang humban terus masuk laut baru tau. Hahaha.
























~End of Day 25~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...