1 Julai 2012, 10.04 pm



1 Julai 2012, Ahad

Julai. Syaaban. Hampir dua tahun berlalu sejak peristiwa tu berlaku. When I was 19, my life change forever..

Nikmat yang ada takkan terasa, selagi ianya tak lenyap daripada depan mata.
Dua minggu lagi..


"In the end, it's not going to matter how many breaths you took, but how many moments took your breath away.."


/*
"Kakak comot, esok bertolak kan"
"Iye dik, Doakan akak k Akak tengah packing2"
"Kakak, pas ni kakak pi mana pun, please don't forget about me. Iwant to be part of your memory. Same goes to abang-abang and kakak-kakak KRU lain. Farewell.."

Insan yang menjadi inspirasi untuk saya buat blog ni.
Mengarang semua kisah-kisah saya dan mereka.
Kisah-kisah kita.
My feeling. My thought.
Things I can't share with voice, but through words.
Daripada takde follower langsung sepanjang 3 bulan pertama sampailah ada lebih 11,700 viewers.

Semuanya bermula daripada kakak seorang ni.

Saya merenung bungkus Vochelle perisa Hazelnut warna hijau tu.
Tak boleh berhenti senyum!!!

Vochelle yang mengingatkan saya kepada insan-insan tersayang.
Pak Lang. Fahmin. Zufar.
Dan kakak Nafisah.
*/

2 Julai 2012, Isnin

En. Azari: Hari ni korang ikut diorang buat keje ye. Buat Thermography.
nc: Thermo.. Haba?
En Azari: Ha'ah. Pasal haba. Nak check sistem ok atau x ok.

Diorang pakai sejenis kamera yang nampak infrared. Lagi panas, benda tu makin merah.
Kadang-kadang kita dah check insulation, wiring, etc kat mesin.
Tapi mungkin tak perasan ada wayar dah tercabut ke, dah rosak ke.
Thermography ni nak check la kalau satu-satu area tu terlebih panas atau sejuk.

Hari ni kami pergi Generator Transformer dan Unit Transformer.







Dan jenguk jugak dalam plant tu.


Petang
Abang Najib: Baca ni, dan tengok benda ni.Nanti abang soal.

Saya pandang N. Dia pun buat muka "Menatang apa ni?"


Benda alah ni ialah transducer. Saya bukak Wiki guna Samsung Galaxy Y saya.
Fungsinya, convert one form of energy to another.
Dalam kes ni.. electromagnetic to electrical.

Nak hidupkan benda ni, kena pakai voltage supply.
Voltage supply berfungsi sebagai transformer.
Juga akan connect dengan current injector.
Kalau ada current masuk, transducer ni akan detect electron (due to the presence of potential difference between the inner and outer side of the transformer) dan induced current terhasil.
~ maknanya, yang masuk tu unitnya VAr. yang keluar unitnya mA.
input: voltage and current
output: current only


/*
Okay. This one is totally unrelated with the title, but I still would like to share it.
Some random thought popped-up when I sit and thinking near that trainee table.
~ Berapa ramai sebenarnya antara kita ni yang betul-betul Islam?
Bila orang tanya kita agama apa, kita agama Islam. Pantang betul bila orang kata agama kita selain Islam.
Tapi kalau orang tanya kita ni hidup ikut piawai apa.. Ikut skema apa...
...... Islam? Ye ke?
Kalau tanya rukun Iman IKUT TURUTAN pun kadang-kadang kita lupa.
Hasil daripada ponteng usrah setahun. Heh.
Sejujurnya, dah setahun saya tak berusrah. Naqib sibuk. Anak-anak usrah sibuk.
Dan saya pun malas-malas nak mencari.
Kuliah agama pun, adalah jugak sekali dua pergi.
Tapi nak tegaskan kat sini, Islam tu bukan pasal bulatan gumbira, bukan pasal ceramah je.
Cuma benda-benda ni penting, untuk mereka yang masih samar-samar tentang Islam.
Dikhuatiri jadi fitnah. Takut orang bertanya,
"Kenapa you tak solat?"
"Kenapa you tak pakai tudung?"

Kita yang dah Islam sejak lahir pun tak berapa faham pasal Islam.
Perjalanan kita masih jauh...
*/

~End of Day 11~


3 Julai 2012, Selasa
Kami masih buat thermography. Tapi mula-mula, kami masuk Emergency Diesel Generator.
Kalau berlaku faulty dalam sisem, banyak sistem akan trip, kan?
Dan agak bahaya sebenarnya kalau kita mula hentikan mana-mana operasi yang tengah berjalan.
Voltage tiba-tiba drop dengan mendadak.No more current. And no-load condition sedangkan power makin naik.
Penyelesaian?
Guna Emergency Diesel Generator.
Benda ni pakai minyak untuk beroperasi.
Sama je macam turbine kata atas tu, tapi yang ni limited la power dia. Supply kat power tertentu je.
Berapa lama dia boleh beroperasi bergantung kepada berapa banyak minyak yang digunakan.




Coal feeder.
Kisar arang batu.


Arang batu.


Petang
Saya bukak Rooftop Rant lepas Zohor. Dia pun tiba di meja yang sama. Bukak buku jugak.

Sunyi.

****
En. Amzari merangkap JURUTERA ELEKTRIK datang.

Siapa sini pandai guna Excel? Boleh tolong aku?

Saya dan N berpandangan, buat isyarat "kau pergi la. kau terer Excel kan?"

Perbualan bisu tu berakhir dengan keputusan "aku mengalah..."

Kerja senang je. Copy. Paste.
Sekarang dah pukul 4.15 petang. Pukul 6 nanti siaplah.
Adoyai...


~End of Day 12~


4 Julai 2012, Rabu

Debris filter system.
Tapi bahan-bahan dari laut. Kalau nasib baik, boleh jumpa ikan, pasir, batu, etc.
Tapi kami main elektrik je hari ni. Tak tengok sistem sangat.





En. Lim: Kau ikut kitorang pergi EDG hari ni. Nak buat maintenance.

Semalam cuma tengok je. Hari ni tengok benda ni beroperasi.

En. Lim: Korang takdeearplug ye?
nc: Takde.

Diorang berpandangan. Saya pun pelik.
Nape ni?


Generator dihidupkan. Dan...
Ya Allah.. Boleh pekak telinga.








~End of Day 13~

5 Julai 2012, Khamis

Saya je lah masuk kerja hari ni.
Dua jam pertama ~ jadi batu tak bergerak dari tempat duduk. Diam menghadap buku.
Pukul 10-11 ~ buat IR.
IR = Insulation Resistance. Rintangan penebat.
Sejenis instrumentation nak pastikan tak berlaku kebocoran arus elektrik dalam generator.

Mari study balik Electric Machine, Semester 6.
Generator ada dua bahagian ~ rotor dan stator.
ROTor ~ boleh berputar. ROTate.
STATor ~ tak bergerak. STATik.

Dan tenaga boleh berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain.
Dalam proses pertukaran tu pun boleh berlaku power loss, terutamanya HABA.
Haba boleh panaskan generator. Lagi tinggi haba, lagi tinggi power loss.
Nak reduce? Guna coolant.
Coolant untuk rotor ialah hydrogen.
Coolant untuk stator ialah air. Juga memerlukan minyak sebagai pelincir bearing.

Ada hydrogen. Ada minyak.
Kalau berlaku kebocoran, udara akan masuk.
Udara pulak ada moisture.
Moisure alirkan elektrik.
Hasil? BOOMM!!

Sebab tu ada IR. Nak check berapa megaohm dan gigaohm yang ada dalam generator.
TINNGI maknanya BAGUS.
Kalau rendah, bad news.









/*
Also something unrelated...
Sepanjang minggu ni jugaklah yang menggerakkan sedikit daripada trilion sel dalam otak ni untuk berfikir.
"What's your golden dream?"

Masa cikgu sekolah tanya masa dolu-dolu,
"Awak nak jadi apa?"
saya jawab,
"CIKGU!"
sebab tu je jawapan paling popular.
tak mau la jadi cikgu. nak muntah melayan kerenah budak-budak.
lagipun, nak jadi cikgu ni sifatnya kena mesra alam.
fairly speaking, tak ada cita-cita.
sampailah habis SPM.

Hidup ni cuma ikut angin je.
mana angin bertiup, kat situlah saya pergi.
Tu yang tercampak sampai ke Utara dengan Selatan.
Dan masih tak ada cita-cita.

But now I realized..
"What's your golden dream" is not just abaout who you want to be.
But what you want to be.
Saya dah pernah tidur berbantalkan syiling berselimutkan not kertas.
Standing above others means I have more power.
Sekejap je boleh naikkan orang lain. Dan jugak boleh tumbangkan orang lain.
Tapi duit masih tak menjanjikan apa-apa.
Saya nampak ramai lagi orang bahagia walaupun tak kaya.

Duit tak boleh beli tidur lena.
Duit tak boleh beli kawan,
Duit tak boleh beli kasih sayang.
Duit tak boleh kembalikan orang mati.
Duit tak menjanjikan bahagia.

Dan bahagia itu sendirilah apa yang saya cari.

Saya cuma nak bahagia.
Eternal happiness.
*/
~End of Day 14~


6 Julai 2012, Jumaat
Hari ni ada WIT Convention. Work Improve Team.
Kerja kami hari ni? Duduk atas kerusi, dengar, pandang, ketawa, makan free.






Petang tu En. Lim cerita pasal generator.

Power factor untuk generator ialah 0.85. Tapi bila sampai kat kilang ataupun rumah, nilainya akan drop further. Kenapa?
Tiga sebab. Resistivity. Inductivity. Capacitivity.
Inductivity berlaku disebabkan wujudnya gegelung. Apa-apa jenis gegelung yang ada kat rumah kita.
Solusi? Guna capacitor.
Dan capacitance disebabkan ada heating element.
Resistivity, saya tak tau.
Tiga benda ni la 'penyakit' yang merugikan TNB. 

Dan banyak lagi cerita. Yang mostly masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
~End of Day 15~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...