5 April 2012, 9.31 am




4 April 2011, 9.00pm++
Our very first meeting for ‘next event’ for anak Selangor. At Kolej 11.
(next event = rahsia)
Jalan kaki dari S05 sampai Arked Angkasa. 26 minit + 3 terajoule.

Saya borak-borak dengan abang Daud dan seorang lagi AJK, yang juga pengarah program.

“Badar dengan KRU apa cerita sekarang?”
Entah ler.. Budak-budak tu reti buat hal sendiri jer. Aku dah tua ni, tak nak ajak pi meeting pun.
Aktiviti pun entah ape-apa. Kertas kerja tak siap. Dah siap pun asyik kena reject. Pegang jawatan setahun tapi boleh kata terlepas pandang portfolio. Adei….

Iftar. Tazkirah. Iftar. Tazkirah.
Lepas ni boleh tukar jadi Kelab Iftar dan Tazkirah ya anak-anak.
Dah minggu ketujuh untuk semester ni, masih istiqamah dengan iftar 2 minggu sekali.
Tak bertukar langsung dengan aktiviti lain. Terbaik!

Kelab dan biro kerohanian ni pasal iftar dengan tazkirah je ke?
Kata Islam tu Addin – cara hidup.
Hidup untuk makan. Makan untuk hidup.
Tazkirah tu pulak sinonim dengan makanan untuk rohani. (makan lagi..)

Tapi, daripada sibukkan kertas kerja dan meeting antara Majlis Tertinggi tu, baik ajak kitorang –ahli-ahli biasa- berjoging kat Tasik Ilmu tu. Campak tengah tasik tu pun takpe. Ajak main laying-layang kat Dataran Kawad ke. Yang penting, kami dapat berkumpul. Perlukan kertas kerja jugak ke wahai abang-abang dan kakak-kakakku sayang?


“Nilah budak yang uruskan surau kat KTC tu”
(Haish! Sejak bila aku uruskan surau tu? Memang la aku suka pi surau tu sejak tahun 1 lagi….)
“Pasni boleh lantik dia dalam bahagian kerohanian anak Selangor.”
(MATI AKU! Memang kena ‘masak’ la lepas ni!)
“Pastu suruh dia pakai jubah, pakai ketayap, pakai serban, baca doa kat depan”
(MEMANG KENA MASAK KICAP LEPAS NI!!!)

Lelaki.
Dicipta sebagai pemimpin. Lelaki itu pemimpin wanita.
Kalau bukan untuk orang lain pun, perlu jadi imam untuk diri sendiri.
>>> suruh jadi imam pun aku masih liat, baca Quran pun bertarabur, ni nak suruh baca doa lagi. Haru betul….

“Pandai photsoshop tak?”
Tahu je. Pernah design 3 banner for aktiviti Badar. Poster lagi banyak.
Nanti jap. Nape dia tanya?

Abang Daud dah senyum Musang si Guntang.
Tangan dia dah menepuk-nepuk bahu  saya.
Haish! Ada yang tak kena ni…..
“Tolong design tiga logo untuk anak Selangor. Nanti aku pilih mana yang berkenan.”



Memang ramai akan persoalkan,
“Apesal hang geng dengan dia? Dia kan puak ‘warna tu’…”
So, anda rasa ‘warna ni’ lebih baik daripada ‘warna tu’?
Itu falsafah anda?

Kalau kita asyik main dengan falsafah, masalah takkan selesai.
Well, saya join benda ni untuk mencari persamaan. Bukan perbezaan.
Apa pun pandangan politik diorang, saya bukannya kisah.

Saya bukan ‘warna ni’ dan ‘warna tu’.
Bukan merah, apatah lagi jingga.
Tapi merah, kuning dan putih.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...