22 Ogos 2011

Saya memunggah dan menyelongkar sebuah laci yang menyimpan banyak komponen elektrik dan elektronik.
Arwah abah ialah juruteknik.
Sejak kecil, saya telah didedahkan wayar, "solder", timah, perintang, kapasitor dan sebagainya di ruang tersebut.
Mak cik saya juga ialah jurutera elektrik. Suami beliau pun sama.
Dan saya pun ambil bidang elektrik.
Kami ni memang keluarga elektriklah.. =)

Dan saya terjumpa beberapa keping gambar, dan sebuah sampul.
Sampul tersebut mengandungi negatif (untuk cuci gambar).
Eh, banyaknya!
Rupanya, arwah abah ni photographer.
Fakta yang saya tak pernah ambil tahu.

Saya lihat gambar satu persatu.

Arwah abah pernah mewariskan buku ini kepada saya, untuk saya guna di UTM.

Saya tak tahu nama teknik ni, tapi teknik ni memerlukan photographer memulas zoom lens untuk dapat effect ni.

Lens. zaman ni belum ada DSLR.

Dekatnya. Lens saya pun tak boleh sedekat ni (atau gambar yang saya ambil akan kabur).
Macam best je lens ni.

Seperti arwah abah, saya juga suka tangkap gambar bunga.




Ulat beluncas.
Dari ulat jadi kepompong.. Tidur lena dalam kelonsong..

bokeh.

Wow! Tak tahu pun abah ada ni!!









Pe bende ni? Check kat internet, motor rupanya...


Kemungkinan besar, jenama kamera yang arwah saya guna ialah Yashica dan Exakta.
(pernah dengar ke nama ni? orang dulu tahu la kot..)
- tak pasti kenapa ada dua buah kamera. Mama kata, pernah nampak jenama Yashica je. Mungkin Exakta tu milik orang lain. Wallahualam.-





Yashica FX-7
Exakta VX IIb
Antara tarikh awal yang ada dalam gambar-gambar ini ialah 1983.
Ketika arwah abah 19 tahun.
Eh?
Saya dapat DSLR saya pun ketika berusia 20 tahun.
Lebih kurang je lah kan..

Lepas SPM, abah terus kerja. Kumpul duit sikit2 dan beli kamera ni.

Mama kata, kamera ni antara yang tercanggih zaman tu.
Harganya, RM 300.
Murahnya!!
Taklah.. RM300 zaman tu sama dengan RM 2000 zaman sekarang.


Arwah abah pernah bagi pinjam kamera ni kepada seorang kawan, tetapi rumah kawan beliau dirompak.
Dan kamera abah pun dicuri.
Kalau kamera tu masih kat tangan kami pun, konfem hari ni kamera tu dah rosak.

Sejak tu, keluarga kami memang tak pernah guna kamera.
(sehinggalah tahun 2008, beli kamera compact Olympus, warna jingga)
p.s. first time saya guna kamera seumur hidup saya ialah pada tahun 2007, sewaktu Hari Graduasi sekolah saya.
Jadi photographer sebab tak nak masuk dalam gambar. (Bidan terjun)

So, sepanjang saya membesar, saya memang tak tahu arwah abah ni ialah seorang photographer.
Tak banyak yang saya tahu tentang fotografi, sehinggalah hari lahir saya yang ke-20..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...