6 Ogos 2011






Selepas solat Subuh, kami bertiga duduk di dapur.
(kami = saya, mama dan adik perempuan)

Seperti tahun-tahun sebelumnya (kecuali tahun lepas), kami sama-sama membuat biskut Ovaltine.

nota kaki:
arwah abah kembali ke rahmatullah pada 17 Julai 2010, 5 Syaaban 1431H (iaitu pada tahun lepas).
Berlalunya Syaaban, maka tibalah Ramadan.
Dan Ramadan 1431H itu dilalui dengan perasaan yang sangat sayu.
Seingat saya, kami langsung tidak membuat biskut, termasuklah biskut ini.
Kami sekeluarga masih dalam mood berkabung.

Biskut ini ialah biskut tradisi keluarga kami, yang diwarisi mama daripada opah.
(Opah ialah ibu kepada arwah abah)
Menurut mama, resepi ini datangnya daripada pekerja di istana.
Tukang masak, barangkali.

nota: abah dan keluarga pernah membesar di Kampung Jawa, Klang.
Kampung Jawa ialah kawasan di sekitar istana.
Pernah dengar frasa "Klang Bandar Diraja"?
Klang juga pernah menjadi ibu negeri Selangor, sebelum Shah Alam.
Istana memang banyak sekitar kawasan ini.

Dan mama pun teruskan tradisi ini sehinggalah hari ini.
Saya dan adik perempuan menjadi tukang acu, dan mama jadi tukang terap adunan.






Ini ialah resepi yang disalin oleh mama.
Bukunya tetap buku yang sama, sejak saya belum tadika lagi.
Warnanya kertas yang putih pun bertukar perang.

BISKUT OVALTINE

Bahan-bahan:
3 cawan Ovaltine (1 tin kecil)
3 cawan tepung gandum
6 cawan tepuhng sagu
1 1/2 cawan gula halus
2 cawan mentega
1/4 tin susu pekat (jangan terlalu banyak)

Cara-caranya:
Ayak kedua-dua tepung dan gula.
Gaul rata-rata.
Masukkan gula dan mentega.
Uli hingga sebati.
Masukkan Ovaltine dan canai setebal 1/4 inci.
Tekap dan bakar hingga masak.








masukkan planta dalam tepung dan gula



tambah Ovaltine

jadilah rupa ini.
terpa terap dan tekap
susun di dulang, loyang atau tray atau apa je namenye...


baki yang tidak ditekap boleh dicampur dengan adunan asal.
lepas bakar, jadi macam ni.


buat lagi, buat lagi, buat lagi
corak ini, adik perempuan saya buat,

ini kerja saya.


pastinya kerja adik saya.
Sempat ye buat sesi photoshoot kat dapur.
Ahahaha...
Di mana ada saya, di situ ada Nikon D3100 saya.

Eh, baru 6 hari puasa dah buat biskut.
Semangatnya nak beraya...
Taklah.
Mama seorang yang sangat sibuk sebenarnya.
Kalau buat waktu lain, takut terkejar-kejar masa.
Lagipun, waktu Ramadan, diperuntukkan untuk Ramadan.
Bukannya untuk Syawal.
So, daripada menunggu "last minute preparation", lebih baik buat perlahan-lahan buat kerja-kerja kecil.
Baju raya, 2 bulan lepas dah beli.
So, tak payah terkocoh-kocoh mengejar Aidilfitri...

Dan kepada pembaca sekalian, hidupkanlah Ramadan ini semulia-mulianya.
Kerana Ramadan itu bulan diturunkan Al-Quran dan satu-satunya bulan yang disebut dalam Al-Quran.

Pesan ustaz yang beri tazkirah di surau semalam,
"Katakanlah Sultan Selangor datang ke rumah kita, yang dikelilingi dengan exco-exconya, Menteri Besarnya,  dan di belakang sekali ialah orang-orang kampung, termasuklah Pak Mail yang jual sate. Kita buat tak endah kepada Sultan, dan seronok melayan Pak Mail yang jual sate. Bagaimana adab kita terhadap Sultan? Begitulah juga adab kita kepada Ramadan. Sebuah bulan yang harus dimuliakan. Seandainya kita menganggap Ramadan itu seperti bulan-bulan Islam yang lain, maka kita tidak beradab kepada Ramadan."

4 comments:

salam. boleh tak nak tahu perlu bakar berapa lama dan berapa degree?

180 darjah celsius, 10 minit.

thank you!

you're welcome. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...