1 Julai 2010, Khamis

Langit agak cerah.
Tiada tanda-tanda hujan akan turun.
Kehangtan sang suria pada awal pagi terasa "lembut" dan hangat.



Saya berada di bangsal motorsikal.
Memerhatikan pelajar lain "bermain" motorsikal mereka di trek.



Sejujurnya, saya tahu semuanya.
Dari pusingan angka 8 sehingga parking motor.
Tapi, sebaiknya semua ini dipraktikkan semula sebelum ujian memandu yang sebenar Isnin depan.



Setelah bilangan pelajar yang menunggu di bangsal semakin ramai, kami dipanggil untuk belajar.
Mula-mula taklimat (seperti biasa).
Dan kami pun perlu praktikkan semua yang kami belajar.



Pusing angka 8.
Naik titi.
Laluan berkon.
Brek kecemasan.
Dan berhenti sebelum garisan putih.
Tamat bahagian 2.
(bahagian 1 ialah undang-undang. Jawab guna komputer ~ sewaktu buat lesen L)



Dan bermula bahagian 3.
Check lampu depan, belakang, sisi, dan sebagainya.
Jalan ke hadapan, dan beri isyarat tangan ke kanan (lambai tangan)
Ke kiri, beri isyarat lagi.
Berhenti. Dan parking motorsikal.
Dan sorong.



Selepas satu pusingan, saya tanggal topi keledar, dan ke pejabat (pulangkan tag, dan ambil semula kad pengenalan).
Untuk dapatkan pas memandu, kami diminta untuk menyerahkan kad pengenalan di kaunter pejabat.
Saya rasa malas mahu melakukannya lagi.
Bukannya saya tak tahu, sekadar mengulangi sahaja sebelum ambil semula ujian sebenar.



Saya kembali ke bangsal, memerhatikan pelajar lain "pusing" trek.



"Tak naik motor ke?" tanya abah.

"Dah. Dah naik tadi." jawab saya, selamba.

Saya toleh ke kiri.

"EH, ABAH??"

Saya terkejut.

"Abah buat apa kat sini?"
Siapa tak terkejut.
Abah datang semata-mata untuk melihat aku belajar motorsikal.

Saya bukanlah kerap menaiki motorsikal di rumah.
Saya tahu tunggang motor, tapi jarang bawa motor tu berjalan.
Boleh kata tak biasa bawa motorlah.

"Abah nak tengok As bawak motorlah.."

Saya terdiam.
Seorang ayah datang sejauh-jauhnya untuk melihat anaknya belajar bawa motorsikal.
Betul-betul di trek memandu. Trek yang sama digunakan untuk ujian nanti.

Berapa ramai bapa yang sanggup buat macam tu?

"Adik, tak memandu ke?" tanya "cikgu" atau saya panggil pak cik.

"Dah. dah bawak tadi."

"Berapa round?"

"Sekali je", jawab saya tersengih.
Saya jelaskan bahawa saya telah mengambil ujian Isnin lepas, tapi gagal.

"Bawak lagi sekali. Pak cik nak tengok kenapa JPJ boleh gagalkan kamu"



Saya rasa malas nak bawak motor.
Hari makin panas. Tak sanggup mandi peluh bawah matahari.

"Bawaklah As. Abah nak tengok.."
Abah nak lihat saya menunggang motor.

Saya pun pakai topi keledar, dan buat semuanya sesempurna mungkin.

Habis satu round, saya pun balik ke bangsal.
"Ok la tu..." kata pak cik tersebut.



Saya menjeling ke arah abah, tersenyum.

Dan saya pun pulang ke sekolah memandu (menaiki kereta Kancil sekolah memandu).
Abah pulang dengan motorsikal.
(Abah datang ke trek memandu dari tempat kerja beliau di Shah Alam. Abah syif malam. Selepas tamat syif, beliau terus ke tempat saya belajar motorsikal.)

Di hadapan sekolah memandu, saya menunggu kelibat abah dengan motorsikalnya.
Kami berdua pun pulang menaiki "jalan dalam"
Saya tak pakai topi keledar.
(Abah baru pulang kerja. Jadi ada satu topi keledar sahaja.)
"Jalan dalam" ialah jalan kampung, iaitu jalan yang polis takkan ronda ~ elak polis sebab tak pakai helmet.

Inilah kali terakhir saya bonceng motorsikal bersama abah.


"A father's encouragement helps his children live wisely."
~ Monica Hiew  ~

Abah, you were there for me.

~16 hari lagi~

(Baca lagi..)

5 comments:

tringat plak time dlu2 wat lesen, hehe, tp, peliknye, awk ade ayh baru ke??

Pelik? Apa yang peliknya??
Biasa dengar kan, suami yang kehilangan isteri boleh cari penggantinya, tapi isteri yang kehilangan suami jarang-jarang kahwin lain.
Dan kita juga biasa dengar, isteri yang terlantar sakit akan meminta (walaupun tak rela pada mulanya) suaminya kahwin lain. Tapi bagi suami yang terlantar sakit, seorang isteri itu akan kekal berada di sisi suaminya, dan kerana itulah seorang wanita dinobatkan sebagai insan yang paling setia.
Dan tidak, ibu saya tidak berkahwin lain, dan saya tidak mempunyai (dan tak rela) mempunyai ayah baru.

Cinta itu bisa dicari, tetapi cinta sejati itu tiada pengganti.

tiba2 rase lg x phm, tp x pelah, sy p0n x rela, tp sy x b0leh nak lawan takdir, kalu dy dah berj0d0h 2 kali kat dunia, ape b0leh bwt, juz accept the fact, tp kdg2 x b0leh gak, huhu

insyaAllah, Allah akan beri yang terbaik untuk kita.

insyaAllah, aminnnn,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...