12 Julai 2010, Isnin

Saya menghantar mesej kepada abah dan mama.
"Barang dah angkat dah. Mintak tolong senior."

Disebabkan stor kolej masih dikunci semalam, saya terpaksa minta bantuan Abang Lukman dan keretanya hari ini.
Saya simpan barang di S42. Tak jauh daripada S10.



Petang itu, kami berdua (bertiga sebenarnya, dengan Muhaimin) angkut barang ke bilik saya.

Telefon berdering.
Abah call.


"Dah habis ke semua barangnya?" tanya abah.
"Dah. Habis dah,"

Sebetulnya, abah tak perlu pun telefon saya.
Sekadar hantar sms, cukuplah.

Memang jarang-jarang saya telefon mama dan abah.
Tapi tak lupa hantar mesej hari-hari.

Lagi pun, semalam kan abah dah jumpa.
Baru lagi pun.

Tapi, saya rasa lain pada malam tersebut.

"Pelajaran macam mana?"
Dan beberapa soalan menyusul daripada abah.
Kami tidaklah berbual panjang.
Mungkin abah mahu dengar suara saya.

Kami menamatkan panggilan.
Saya baring di katil dan memandang siling.
Pinggang masih sakit sebab angkat kotak seberat-beratnya.

Saya lihat kembali telefon bimbit di tangan kanan.

"Kenapa abah call aku sebenarnya?"

~5 HARI LAGI~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...