30 Julai 2011



Logo lama



Logo baru


Entri kali ini sangat istimewa untuk adik-adik yang akan melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia sesi 2011/2012.


(especially kepada kenalan baru, adik Fatin Inani)

Sebuah page atau group bernama Mahasiswa/i Universiti Teknologi Malaysia 2011/2012 diwujudkan untuk menyatukan semua pelajar MAHASISWA & MAHASISWI "fresh" untuk sesi akan datang.
Sekurang-kurangnya, mereka "bersatu" sebelum berjumpa.
Banyak hal boleh diselesaikan "bersama".
(Saya dan senior-senior tak merasa pun semua ni sewaktu zaman kami)
Antara post yang menarik perhatian saya:


Penajaan

JPA antara "benda panas" yang jadi sebutan.

Seriously, saya tak pernah dengar tentang biasiswa ni sebelum masuk UTM.

Saya tidak didedahkan semua ni pada zaman saya.
(atau memang tak ambil tahu??)



Permohonan biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2011
*Permohonan Akan Dibuka Selama 7 Hari Mulai Dari 01 Ogos 2011 (Jam 11 Pagi).
Sila Layari Laman Web eSILA Untuk Maklumat Lanjut
Permohonan Biasiswa Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2011 Akan Dibuka Selama 7 Hari Mulai Dari 01 Ogos 2011 (Jam 11 Pagi)



Borang
.

Ya, saya akui, banyak borang kena isi.
Lenguh tangan nak penuhkan ruang kosong.
Jumpa ketua kampung, mintak beliau sain untuk pengesahan sebanyak-banyaknya.
Pernah sekali tu, saya jadi tukang cop.
Berat jugak salinan fotostat tu.
Sampai Ketua Kampung mintak hasilnya pada hari keesokannya.
(Tak larat nak menyain!)

brng etp5 tu mmg wjib apply k?? or xapply xpew?? help me...

Kos

Kos saya ialah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa).
Ayah saya seorang juruteknik.
So, saya memang telah didedahkan dengan bahan-bahan elektrik dan elektronik sejak kecil.

"ENGINEERING" has been chosen as the TOUGHEST course among all d courses including BCOM, Bca, IAS, IPS and MBBS; by the Guinnes Book of World Records, on 18 Aug 2010. It has 58 university exams, 130 series exams, 174 assignments within 4 years ( max 750 working days ). All engineers post this on your wall for at least two hours and be proud to be an engineer!

btol ke khabar angin cakap mekanikal ngan elektrik cos yg pling tough kat u ??

ade x sape2 yg amek sarjana muda ukur bahan???


Siapa lagi budak 1st year fakulti biosains dan bio kejuruteraan? tak kisahlah biosains or biologi industri?


Kolej Kediaman

Saya dapat Kolej yang paling "hot" kat UTM, iaitu Kolej Tuanku Canselor.
Kenapa "hot"?
Dekat dengan fakulti.
Dekat dengan pintu pagar (nak keluar UTM sekejap je)
Dekat dengan padang kawad (ada banyak event melibatkan tempat ni, especially Pesta Kovo)
Dekat dengan Tasik Ilmu (boleh beriadah)
Semuanya DEKAT!!
Budak2 dari kolej lain berlumba2 nak duduk sini pada tahun pengajian yang berikutnya.

xde yang dapat Kolej Tun Ghafar Baba ke?

ado sapo2 kolej tun hussien onn ka dop??
-bdk awam-
mcm seronok je kolej perdana nie:)

UTM

Fairly speaking, saya masuk UTM sebab IKUT KAWAN.
Tak tahu ape pun tentang UTM ni.
Bila dah masuk....
WHOA!!!
UTM = Universiti Terbaik Malaysia.
So, sebenarnya, siapa yang dapat UTM, andalah yang terbaik daripada yang paling TERbaik.
Ranking kedua di Malaysia, selepas USM.

my uncle ckp utm nie Universiti Tendang Menendang.. hahaha.. btul kew..?? eiishh,, kne jge pointer la cmni.. -_-"

Geng

Apa? Takde geng?
Alah... sekejap je..
Selepas satu semester, anda akan hargai orang di sekeliling anda.
TAPI, sila beringat.
Kawan mudah dicari.
Sahabat sukar diganti.

Sapa Ex-KMTK disini?? xD


dan lain-laiin lagi......
Bolehlah membaca terus di link yang saya tinggalkan.

Kepada semua "freshman", selamat datang saya ucapkan.

p.s teringat zaman masuk UTM dulu.. tersangatlah noobie..

ada ape2 soalan boleh tinggalkan di bahagian komen....
Anonymous juga dialu-alukan..




5 comments:

ceceh..
die dah sedikit menganjak ke dunia senior ye ashraf?
heheeheh

pergh~ dituju khas ni! terharunye saya~~ hahaha terima kasih. bila tgk kat group tu post2 tu sume xde yang sama pon dgn nani. aduiii sedihnye...

kakak aimie amalina ~ haha.. yup, menganjak masuk ke dunia senior. dulu mase saye masuk UTM, comel je kan? haha.. sekarang ni dah jadi ABANG..

Fatininani ~ same2.. ade benda saya nak citer pasal fakulti awak. tungggu post akan datang ye.

ok2 x sabar nak bace ni.. hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...