30 Julai 2011


Seorang "bakal junior" saya bertanya,
"bila tgk kat group tu post2 tu sume xde yang sama pon dgn nani. aduiii sedihnye..."

Beliau dapat Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan.
Saya percaya pembaca yang sedang menuntut di UTM sedang ketawa sekarang.
Tak mengapa, teruskan ketawa.
Hahaha...

Di sini saya lampirkan sekeping gambar yang saya ambil semasa Pilihan Raya Kampus, PRK.
Saya bertugas (secara tidak rasmi) sebagai jurugambar profesional amatur.







Data ini diambil pada Februari 2011.
Dan apa yang dinyatakan di sini "valid" pada waktu berkenaan.

Fakulti Alam Bina ~ 1198 orang
Fakulti Kejuruteraan Awam ~ 1217 orang
Fakulti Kejuretaraan Elektrik ~ 1588 orang
Fakulti Kejureteraan Mekanikal ~ 1566 orang
Fakulti Kejuruteraan Kimia ~ 815 orang
Fakulti Sains ~ 1082 orang
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah ~ 875
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat ~ 639 orang
Fakulti Pengurusan dan Sumber Manusia ~ 1255 orang
Fakulti Pendidikan ~ 1068 orang
Fakulti Biosains dan Biokejuruteraan ~ 225 orang
Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan dan Sains Kesihatan ~ 138 orang
Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Tenaga Diperbaharui ~ 554 orang
UTM Space ~ 1431 orang
UTM Razak School ~ 271 orang

Bahagian yang saya "highlight" warna merah bermakna bawah 300 orang dalam satu fakulti.
Sekarang kita fokus kepada FKBSK, iaitu seramai 138 orang.
Program 4 tahun, maknanya ada 4 batch.
Sekarang, kita bahagikan mengikut tahun (iaitu 138 bahagi 4 tahun)
1 batch berapa orang? 35 orang.
Yup, 35 orang.

Eh fakulti lain camne?
Kita ambil yang paling tinggi, iaitu FKE, seramai 1588 orang.
1588 bahagi 4 = 397 orang satu batch.
Sebelas kali ganda FKBSK.

Mungkin statistik ni berubah sedikit dari semasa ke semasa, tapi rasanya lebih kurang je dengan yang akan datang.


So, alasan kenapa cik Fatin Inani tak jumpa "geng" anda ialah kerana fakulti anda memang x ramai mahasiswa.
TAPI, yang sikit tak bererti lemah.
Pensyarah saya pernah kata, FKBSK ni orang-orang yang nak jadi doktor, tapi kurang kelayakan. Result diorang pun lagi power dari mahasiswa FKE.
So, jangan rasa rendah diri ye...

Fakulti ni bersebelahan je.
FKBSK ni satu tingkat je. Bangunan kecik.
Kadang-kadang terpaksa berkongsi dengan banguna FKE.

Anyway, yang penting, nak belajar.
Bukan nak berkira berapa ramai dan berapa besar fakulti sendiri.

3 comments:

gelak?? jangan macam tulah BAKAL senior oi~~
"FKBSK ni orang-orang yang nak jadi doktor, tapi kurang kelayakan"? saya layak ok, tpi disbbkan penuh dgn bio jadi sye terpaksa tolak. before ni dpt twran usm, sains bioperubatan tpi nani x de basic bio jdi t'pksa tolaklah. alhamdulillah, upu bagi apa yang nani nak.
sikit?? bagus sgtlah tu. hahah xperlulah rmai2 sgt ni kan.. (:

kalo thun ni..brape pointer diperlukan msuk biomed engine?




Kalau tahun ni punya, kena ada B dalam Math, Physics atau Bio dan Chemistry.
Kalau aliran hayat kat matrik (ambik Bio), Physics waktu SPM kena at least 3B.
Pointer nak masuk UTM ni kena tinggi sekarang ni. 3.70++ kalau tak silap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...