19 April 2010, Isnin.

From: Abah 012
19-Apr-2010
23:14
"Dah naik bas?"

Abah tanya saya dah naik bas atau belum.
Saya masih berdiri di stesen minyak Shell Sri Putri.
Menanti bas Transnasional untuk pulang ke Klang.
Kebiasaanya, bas akan tiba jam 12 pagi, walaupun waktu yang tertulis di tiket ialah 11.15 malam.

Kertas peperiksaan saya berakhir pada tarikh ini.
Dan saya memutuskan untuk pulang pada hari yang sama.
Petang itu, saya "packing" barang-barang, dan bungkus dalam kotak.
Kemudian meminjam kereta kancil kakak Asma.
Abang Fadhlul Wafi yang pandu.
Kotak2 ini dibawa ke S42 - sebab stor S42 buka petang.
Pagi itu saya ada kertas.

Bas pun tiba lewat, seperti biasa.
Saya masukkan beg ke dalam ruangan bawah bas.
Saya tahu, sebaik saja saya naik bas ini, saya takkan kembali ke Selatan, sehingga 83 hari berikutnya.

Dan percutian 83 hari saya pun bermula.

~89 Hari Lagi~



20 April 2011. Selasa.

Maka, tamatlah kisah saya sebagai Mahasiswa Tahun Satu 2009/2010.

Saya menaip mesej.
"bas saya dah bertolak.
dua sem kat sini, rasa happy sgt.
rapat dgn senior2 drpd classmate sendiri.
:)
jumpa lagi semester akan datang..
Ashraf Bin Nazlan"

mesej ini dihantar kepada 10 senior yang paling rapat dengan saya.

Senior2 meminta saya untuk rapat dgn kawan2 sebaya lain.
Sebab, bila diorang dah graduate, sape lagi sahabat yang saya ada?
InsyaAllah, saya akan lebih "friendly"..

Bas pun bertolak menyelusuri jalan yang diselebungi gelap malam.

*****

"Abah, As dah sampai Shah Alam"

"Ok. Jap lagi abah sampai."

Abah kerja malam.
Baru saja tamat kerja.
Beliau pulang ke rumah sebentar untuk tidur.

Abah datang bersama Avanza.
Jam sekitar 4 pagi.

Dan kisah ini saya sambung di sini.

~88 hari lagi~



2 Mei 2010, Ahad

Pagi itu abah hantar saya ke sekolah memandu.
Ada gerai jual nasi lemak di hadapan sekolah tersebut.

"Nak makan nasi lemak tak balik nanti?"
tanya abah.

"Tak."
jawab saya.
Selamba.
Sambil membuka pintu.
Dan tutup.
Selamba.

Satu perkara yang saya rahsiakan dengan semua orang:
Saya sangat bersifat DINGIN terhadap abah.
Di dalam rumah.
Di luar rumah.
Kadang2 terasa beliau seorang yang sangat asing bagi saya.
Secara jujurnya, ada sedikit rasa benci.
Puncanya, ada kaitan dengan masa silam saya.
Bahagian ini, biarlah saya simpan untuk diri sendiri.
Yang pahit, saya tak mahu kongsi.

Mood saya tak elok pagi itu.
Perut meragam.

*******

"Abah, As x boleh beljar hari ni. Sakit perut."

From: Abah 012
02-May-2010
08:07
"Ok, abh dtg"


Saya minta abah ambil saya di hadapan sekolah memandu, seawal 8 pagi.
Saya tak dapat belajar motorsikal pada hari itu.
Perut saya sangat sakit.
Sehari sebelum itu, mama masak sambal sotong.
Tapi cilinya terlampau pedas.
Satu rumah perut meragam.

Saya cuba untuk mendapatkan lesen motorsikal pada cuti kali ini.
Sebelum matrik lagi saya dah ada lesen P untuk kereta.
Lesen motor je takde.

Abah pun nampak beria-ia mengharap saya lulus.
Kenapa?
Cuma lesen motorsikal je.
Takde ape yang istimewa.

Abah tiba dengan Avanza, dan bawa saya pulang.

~76 Hari Lagi~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...