Terima kasih oh ibuku sayang
Senyumanmu nyaman terasa
Solat Subuh tugas pertama
Salam sejahtera kepada dunia

Mentari pagi menyinari alam
Nikmat Allah serata dunia
Tuntut ilmu tugas utama
Maju Malaysia wawasan negara

Kasihi ibu kasihi ayah
Keluarga bahgia teras jaya
Belai kasihmu adalah rinduku
Quran dan sunnah pegangan hidupku

Ke mana pergi pun jiwa ku tenang
Pesanan ayah tetap dikenang
Jasa ibu ku ingat selalu
Murni peribadi menguasai semesta



Sebuah lagu lama.
Dah lama cari lagu ni.
Tajuk dan penyanyi lagu ini sangat misteri.
Dah banyak kali Google, tapi tak jumpa sampai la ni.

Ini pun nasib baik sempat rakam daripada Ikim.FM.
Itupun tertinggal baris pertama.
=)
Thanks to Siti Rohani Suriani dan Sufian Amri.


Tujuan post ini ialah untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Bapa kepada semua ibu dan bapa tak kira di mana sahaja anda berada...
Awal lagi?
Bukan ke setiap hari ialah Hari Ibu dan Hari Bapa?
=)

Hari Ibu ~ 8 Mei 2011
Hari Bapa ~ 19 Jun 2011


Kepada yang belum tahu....
Hari Ibu di Malaysia disambut pada AHAD KEDUA BULAN MEI.
Manakala Hari Bapa pula pada AHAD KETIGA BULAN JUN.
Negara lain akan menyambut pada tarikh yang berbeza.


4 comments:

salam. bleh tau, siape yg nyanyikan lagu ni?

bukan xnak bagitau, soalnya saya sendiri pun x tahu. Maaf yer..
saya sendiri masih tercari2 mp3 untuk dimuatturun. ada sape2 sudi berkongsi??

Saya baru tahu, tajuk lagu ini ialah TERIMA KASIH IBU. Tapi masih tak tahu siapa yang menyanyikannya.

UPDATE ~
Saya ada hantar mesej kepada DjRazak Ikimfm (di Facebook), bertanyakan siapa penyanyi lagu ini. Beliau mengatakan:

"Salam....utk pengetahuan...lagu 'Terimakasih Ibu' trsbt d nyanyikan oleh artis nasyid....yg x d sebut namanya...mngkin nyanyian drp kumpulan syarikat Telekom @ Zaitun Industries"

(Lagu ini ada diputarkan pada rancangan beliau, jam 10 pagi hingga 2 petang, 8 Mei 2011 sempena Hari Ibu.)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...