Nat Cure.



Kisah 1

Sewaktu ceramah "Key To Heaven" dalam program "KTC Culture Assimilation", saya hadir bersama beberapa orang junior.
Dan saya duduk di antara Aiman Hakim dan Ismat.

Kemudian sekeping kertas datang kepada saya.
Kertas tersebut ialah borang kehadiran.

Saya pun mengambil pen, dan tulis nama saya.

"Nanti sekejap.." bisik hati kecil saya.
Dalam ruangan nama, saya isi "Nat Cure".
Tersengih seorang diri.

Kemudian saya serahkan kepada Ismat di kiri.

"Oh.. Ini rupanya Nat Cure!" kata Ismat.

Saya tergamam.
Kenapa ni?

"Abang selalu bagi komen kat blog kakak Sayyidah Nafisah, kan? Ingat saya tak tahu?"
Kami berdua tergelak-gelak dalam ceramah tu.
Dahlah duduk depan.
Buat feymes jer..

Dalam diam, rupanya ada yang memerhati.



Kisah 2

"Kat bilik abang ada internet?" tanya Idris Shamsudin.
"Ada. Kuat jugaklah kat bilik abang tu line internetnya"

Idris meminta saya mengajarnya tentang Photoshop.
Beliau ialah "pelajar" saya yang ketiga, selepas Afiq Abu Bakar dan Hafiz.
Beliau juga meminta saya untuk tolong "design" poster untuk programnya.

"Abang, apa emel abang?" tanya beliau sambil tangan memegang pensel di atas buku notanya yang tebal.
Saya mengambil pensel daripadanya, dan tulis di buku tersebut.

"Ohhh.. Ini rupanya!"
Kami ketawa.
Alamat emel terbaru saya ialah Nat_Cure@yahoo.com.

Kisah 3

Selepas PRK - Pilihan Raya Kampus.
Saya pulang ke KTC dari DSI menaiki Kelisa abang Azim Fahada.
Tak berapa ingat apa dibincangkan, tetiba bincang pasal facebook.

"Abang tak approve saya lagi."
"Eh? X approve?"

Saya ada hantar Friend Request yang x direspond kpd abg Azim Fahada.

"Apa ID facebook tu?"

 Saya toleh ke arah tingkap kiri.
Kemudian berkata,
"Nat Cure"

"La... Rupanya ni lah Nat Cure.."

Walaupun belum approve, nama saya dah "tersebar" di kalangan senior.
Agak terkenal la jugak.. Haha..

"Apsal letak gambar teddy bear?
Macam perempuan."

"Sukati sayelah!"

''Patutnya letaklah gambar askar ke, buku ker, baru nampak lelaki"

Kenapa saya pilih "gambar itu", lain kalilah saya cerita.


Lebih ramai yang kenal Nat Cure daripada diri saya sendiri.

3 comments:

salam..ermmm saya pon masih tertanya tanya siapa gerangan Nut Cure nie..saya pon masih x tahu sama ade nat cure ini perempuan atau laki..tapi lepas bace entry nie...maybe nat cure ni lelaki..maaf yer...

isk..skali lagi nama akk muncul~ wo0h..jgn selalu mengumpat kakak ye!! xbek untuk kesihatan.

siti masitah ~ Memang ramai yang kata saya mewarisi keayuan ibu saya. Tengok muka saya, memang ada iras2 mak saya. Sampai orang ingatkan saya perempuan, dan diorang pelik bila saya tak pakai tudung dan bert-shirt lengan pendek. Kalau duduk rumah, suka lepak kat dapur dan memasak. Huhu.. Lembut sangat ker.. Tapi saya memang lelaki tulen yer, bukan lelaki songsang.

kakak sn ~ mana ada selalu mengumpat kakak.. Saya x mengumpat, saya mengata. Bukan selalu, tapi hari2. Xbek untuk kesihatan? Saya rasa makin sihat adalah.. Hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...