"La.. Kotak ni takyahlah.. Kena tulis AJK dalam kotak, bukan luar kotak.."

"Oh.. Baru saya paham apa Pak Lang nak.."

Pak Lang mintak saya buat tag nama (name) untuk program KPSD.
Tapi Abang Aslam takde kat bilik.

(Baru hang taw pentingnya Abang Aslam dalam KRU..
Time ade, asyik mengutuk dia jer..
Dia lesap, hang berguling2 menangis mintak tolong dengan aku.. Haha)

Back to the story..

"Eh, blackout.." kata Zhafri, roommate saya.
Saya check bateri laptop.
Dah tak cas lagi.

"Nasib baik hang pakai bateri laptop," kata Pak Lang.

Kemudian keje saya pun dah siap.
Pak Lang meninggalkan bilik.

Kemudian buka semula bilik saya.

"Time kasih Cap!"
Saya x suka betol org panggil saya nama tu.
Tapi, biar je la.. Malas nak bertekak.

"Apa bau hangit ni?" kata Pak Lang.
"Fius terbakor kot.." jawab Pak Lang.
Dia tanya, dia jawab.

Saya buat tak taw.
Blackout perkara luar biasa yang biasa berlaku di sini.

Seketika kemudian..

"Asap!" kata roommate saya.
Kelihatan kepulan asap putih dari luar tingkap.
Roommate saya naik atas, cari asap.
Saya bertapa depan laptop jer.

Asap jer pun, kan?

Dan roommate saya kembali.

"Tingkat atas terbakar!" kata si roommate.

Saya berlari2 naik tingkat atas.
Kenapa?
Amik baju yang disidai kat luar tingkap.
Takut kena sambar api.
Ish3..
Owang lain sibuk nak padamkan api, kita sibuk jaga tepi kain kita sendiri..

Selepas saya letak kain2 dalam bilik, ada seorang wanita di luar tingkap jerit,
"Bilik tu terbakar! Tengok ada orang atau tak!"

Saya rush ke tingkat atas.
Api dah sampai ke siling.
Siling bilik tu, bukan siling satu blok.
Asap berkepul2.

Ada seorang hamba Allah ni cepat2 keluarkan hos @ getah paip panjang, yang bomba punya tu.

Saya jerit,
"Guna FIRE EXTINGUISHER jer!"
Amboi, bukan main betul PRONOUNCIATIONnyer.
Saya panik sampai lupa nama benda tu ALAT PEMADAM API dalam bahasa Melayu.

Dan saya pun bagi kat orang.
Suruh depa padamkan.

Bilik yang terbakar tu berkunci, sebab takde orang.
Takde orang, tapi terbakar?
Banyak sebab.
Boleh jadi short circuit.
Boleh jadi rokok.

Saya pun turun ke bawah, dan keluar.
Terdengar bunyi sepakan dan aksi tendang menendang pintu.

Dari luar, kaca2 dan siling jatuh ke bawah.
Api masih membakar siling tersebut.
Juga tuala yang disidai di luar terbakar.
Boleh agak tak besar mana api tu?

Saya ambil telefon bimbit, dan call Abang Faisal Hassan.
"Abang, bilik S10 219 terbakar. Abang ada nombor orang tu tak?"
Abang Faisal kan dulu JKM, ketua kebajikan.
Mesti ada nombor telefon SETIAP mahasiswa.
Saya nak pastikan tuan punya bilik takde dalam bilik.

"Terus call pak guard jer!" kata abang Faisal.
Panik punya pasal, sampai tak terpikir nak mintak bantuan.

Saki baki api yang membara di luar, saya sempat padam guna FIRE EXTINGUISHER.
Habis tuala tuan punya bilik.

Kemudian barulah terpikir nak bunyikan loceng.

Kemudian che' Polis sampai, diikuti cik wartawan berkamera.
Eh, kamera?

Huwaa...
Aku lupa nak tangkap gambor...

Pedulikan.
Yang penting tiada jiwa yang terkorban.

Saya jenguk bilik tu.
Hangus separuh.
Habis laptop beliau.
Dan harta-hartanya.

Katil ok lagi.
Bilik ni single.
So, inilah kelemahan bilik single...

Selesai semua urusan, dan selesai solat Asar, saya kembali ke bilk.
Bilik saya ok la.
Tapi masih blackout.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...