"Iqa kat UTM tu aktif macam-macam," kata kakak sepupu saya.
"Dia masuk gamelan," ujarnya lagi.

"As kat sana (UTM) aktif apa?"

Saya tersenyum.
"Biro kerohanian," kata saya, perlahan.


Terbeliak kakak sepupu berdua.
Dan mulalah tersengih.
"Alhamdulillah..." kata mereka, sambil ketawa.
Tangan mereka berada dekat dengan muka, seperti sedang berdoa.
Dan mereka masih belum berhenti ketawa.

Pendidikan Islam
Saya bersekolah menengah harian yang sangat biasa.
Pagi pergi sekolah, petang ambil kelas tuisyen di luar.
Atau menghadiri aktiviti kokurikulum, sekadar tunjuk muka.

Sosial?
Saya akui, kami sangat bebas.
Lelaki dan wanita saling bertepuk dan bertampar - tapi tak semua.
Sangat mudah untuk melihat seorang lelaki di tengah-tengah kelompok wanita.
Ataupun wanita yang didampingi ramai lelaki.

Pendidikan agama, kami terima sejak sekolah rendah lagi.
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina juga mempunyai ustaz atau ustazah atau gurunya sendiri.
Dan sistem ini terus diamalkan di sekolah menengah harian.

Ertinya, kami tahu, walaupun tak banyak, tentang Islam.

Namun, sejujurnya, saya kenal Islam hanyalah sebuah agama.
Dan saya tak pernah mendalaminya sepanjang zaman persekolahan.
Yang pasti, hati saya terasa "sesuatu".
Satu keadaan yang tak mampu saya luahkan.
Ia bukanlah sesuatu yang menyakitkan, tapi lebih kepada "perasaan kekosongan".
Selembar jiwa yang mencari selautan cinta.

Saya bukanlah pelajar sekolah agama sejak sekolah rendah lagi.
Malahan saya pandang sinis terhadap mereka yang memilih untuk menyambung pelajaran peringkat agama.
""Orang agama ni, kalau asyik pilih agama, bila nak maju?" kata saya, ketika zaman persekolahan dulu."
Selalu juga nampak anak-anak kecil, bersongkok, berbaju melayu putih dan bersampin hijau, mencuri gula-gula di kedai.
Selalu juga dengar cemuhan tentang mereka di mana-mana.
Menggenggam agama, mengutamakn akhirat dan "meninggalkan" dunia.

Sehingga pakai songkok pun dah cukup untuk buat saya segan.

Itulah pandangan saya terhadap "orang agama" satu ketika dahulu.

Benarkah begitu?

Dalam perasaan yang penuh dengan "tidak tahu", saya memohon doa.
Doa yang saya ulangi setiap kali selepas solat, sebelum SPM.
"Ya Allah, bawalah aku ke tempat yang jauh, supaya aku dapat mempelajari agama-Mu.."

Suara mereka
Hakikatnya, memang ramai yang terkejut dengan perubahan saya.
Tak terkecuali sahabat-sahabat di sekolah menengah.
Walaupun ada yang memilih untuk tidak bertudung, berseluar ketat, dan hidup bercampur lelaki dan perempuan, saya sama sekali tidak meminggirkan mereka.

Apa akan berlaku sekiranya saya meminggirkan mereka?
Mereka akan terus menjauhi Islam.
Tidak, jangan menjauhi mereka.
Barangkali mereka mempunyai nilai Islam yang lebih tinggi daripada kita.
Berikan mereka sedikit masa.
InsyaAllah, hati mereka masih disinari hidayah.
Mungkin juga mereka mahu memilih Islam, namun jalannya masih kelam.

"Sampaikanlah daripadaku, walau sepotong ayat"

Zaman Matrikulasi
Entah apa yang ajaibnya, saya rasa teruja dapat solat Zohor berjemaah.
Entah berapa saf di belakang. Pastinya penuh.
Solat ini ialah solat pertama saya di Kolej Matrikulasi Kedah.
Kami bersolat sejurus selepas mendaftar masuk ke sana.

Hati saya mula terdetik.
Entah berapa kali saya solat sepanjang hidup.
Dalam semua tu, adakah semuanya diterima?
Wallahualam.

Sepanjang tahun itu, saya merajinkan diri melangkah ke masjid, sehinggalah saya menjadikan masjid itu umpama rumah.
Dari subuh sampai selepas isyak, kami tetap berkumpul di masjid.
Belajar bersama. Makan bersama.

Di sini jugalah saya belajar untuk makan di talam beramai-ramai.
Baru saya tahu, itu adalah sunah.
Mula-mula memang geli.
Saya tetap curi-curi ambil pinggan, dan makan seorang diri di tepi tangga.
Lama-lama perasaan itu hilang.
Dan mula hidup berjemaah.

Saya mula kenal erti persahabatan.
Kerana saya sangat suka bersendirian sewaktu zaman sekolah.
Makan seorang diri. Pulang ke rumah pun sendiri.

Saya banyak belajar tentang Islam di sini.
Islam tidak lagi dilihat sebagai agama, tetapi sebuah kehidupan.
Ia mempunyai rohnya yang tersendiri.
Dan jiwa saya tidak lagi kosong.
Bahkan ia penuh dengan "warna".

"Warna" inilah yang saya cuba terapkan di rumah, bagi mengindahkan isinya.
Dan rumah itu tidak lagi suram seperti dulu.

Doa saya sebelum tamat persekolahan dulu telah termakbul.

Perjuangan
Saya meneruskan semangat ini di peringkat universiti.
Membawa keindahan Islamuntuk  mewarnai mereka di sekeliling saya.

Saya pernah ditanya seorang sahabat,
"Tadi, masa temuduga biro kerohanian, dia tanya apa? Hafal ayat Kursi ya?"
Itulah Islam, menurut mereka.
Saya tidak mengatakan itu salah.
Bagi saya, mereka pun belum faham apa itu Islam.

Masih jauh lagi perjuangan ini.
Hidayah itu milik Allah.
Namun, usaha perlu dilipatgandakan, agar jiwa mereka sebati dengan Islam.
Dan sekaligus mencerminkan akhlak Islam dan memberi imej yang baik kepada bukan Islam.
Agar tidak dipandang serong oleh mana-mana pihak.
InsyaAllah..

4 comments:

salam dear~ suka baca ni~ moga istiqamah~

W'salam ~ suka ke? kisah dari dalam hati. Pengalaman sendiri ~ insyaAllah akan terus istiqamah..

alhamdulillah..syukur..
sahabatku, bangga punya sahabat sepertimu..
Islam tetap dihati..
jangan pernah letih mengejar syurgaNYa.. :)

terima kasih Ju..
"Islam tetap dihati.. jangan pernah letih mengejar syurgaNYa.. :)"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...